CIK KIAH SINGGAH SEKEJAP

Such a long pause but in real life, I AM A BUSY GIRL!

Sorry for the long silence friends, in case you are still there. My life is just fine, eventhough kadang-kadang nampak horrible to some people punya percepation, but i don't care lah apa depa nak fikir pasal aku. I learn NOT to live up to other's expectation. I live my life as per plan. Either my plan or Allah's plan, yang pentingnya walau apapun ketetapan Allah, itu yang terbaik, kan!

Alhamdulillah, walaupun pelbagai halangan melanda, I FEEL GOOD! Alhamdulillah!

Ok, back to my routine. Eh, ada meh rutin? HAHA. Hari-hari walau nampak kerja yang sama, tapi perjalanan agak berbeza. Gempak tak gempak aku buat 2 kerja. Jangan tanya pasal masyuk, itu kemudian hal, yang aku kejarkan adalah PRECIOUS EXPERIENCE. Kenapa aku pentingkan sangat experience tu, hanya orang-orang yang duduk dalam line ni je faham mengapa.
The more experience of the sepak terajang you'll get, the more survival you can be. At the end, only the fittest will survive.
Kemudian kita cerita pasal monetary. Subjective. The more you do, more money will flow in. Duduk goyang kaki pun duit masuk, tapi tak masyukkkk.

My current job is my priority. Monthly pay, so tak fikir sangat. Buat je kerja macam biasa. Second job, also fixed job, tapi treat as a part time job. Nak kata part time pun susah, sebab first and second job tu it's link to each other macam Silk Highway, walau ada 2 cabang, last-last connect juga. Lebih kurang macam tu lah.

Is that explain how busy I am recently? 60% because of this. 30% because of personal life. Another 10% because my professional development yang aku dok kejarkan sangat sekarang ni. Wonder bila yang 10% nak increase padahal itulah yang paling UTAMA of them all. HEY HUZAIRIYAH! JANGAN MAIN-MAIN!

Pergh! Koyak aku.

Kaya, belum lagi. Tak tahu bila, itu kerja Tuhan. Sebagai manusia, sebagai aku, jalankan tanggungjawab, teruskan usaha, usaha dan USAHA. Work as it plans, the results? Serah pada Dia.

But something yang aku agak terkilan, because of my busyness ini, makanya beberapa perkara aku tak dapat lakukan, which i think, sepatutnya aku kena lakukan in order nak balancekan work-life aku.

Antaranya lebih banyak masa spend dengan family especially Ijaz. Walaupun balik kerja, masak, makan bersama dan kemudian layan dia merapu, still rasa tak cukup. Kadang-kadang dah sibuk sangat sangat sangat, tengok-tengok dah hari Jumaat, tengok-tengok rambut Ijaz dah panjang sampai tutup mata. Rasanya, aduilahh, cepatnya!

Secondly, temankan Wazan yang patah kaki bertongkat. Kalau sempat on fb thru mobile phone, dapatlah baca status dia yang kebosanan sebab berbulan mc kat rumah. Adalah sekali keluar outing dengan Pojot sekali, which aku rasa baru je hari tu, padahal dah bulan lepas lamanya cerita tu berlaku. *Sigh* Padahal rumah kami sekangkang kera.

And I wish, i had more time to exercise. Dulu sebelum sibuk gila babs macam ni, aku dengan Jasmi selalu either brisk walking or jogging kat Lake Valley. Brisk walking waktu petang sebab bawa Ijaz sekali. Kalau jogging waktu tu kena kecilkan langkah, memang tak jadi apa lah, dengan dia yang meraban ke depan ke belakang, kejap-kejap nak bagi ikan makan. Kalau pagi-pagi pula selepas hantar Ijaz ke babysitter barulah boleh berjogging dengan aman dan berpeluh sakan. Oh, how i miss that moment!

And the list goes on.

Anyway, kalau ini semua proses yang perlu dan wajib aku jalani untuk berjaya, maka aku perlu jalani dengan hati dan fikiran terbuka. I've already stop whining long time ago, just kekadang bila dah dapat keyboard mengada-ngada tu datang. Macam budak kecil ngadu kat bapa, camtulah.

Selebihnya aku panjatkan kesyukuran pada Tuhan. Atas segala kesulitan, kesukaran, kesedihan dan segala pengalaman menyakitkan sepanjang proses ini kerana ujian Tuhan tu tandanya dia tak lupakan aku, tak lupakan permintaan aku. Alhamdulillah.

Ok, sampai sini. Cik Kiah nak sambung kerja




HUJAN RAMADHAN ITU REZEKI!

Update Ramadhan amat rare sekali. Nak kata khusyuk buat ibadat tak juga. Nak kata busy at work langsung pun tidak. Nak kata duduk bertenggek kat facebook pun tak begitu. Hari-hari pergi kerja dalam bulan Ramadhan ni hanya duduk depan pc dan baca artikel-artikel yang menarik. Tapi selalu juga baca artikel tak menarik dan artikel penambah dosa, blog gossip. Tak rajin pula menjengah orang buat kerja, sebab konon tak nak terbatal puasa. Kalau dah turun ke bawah, mesti nak kena check betul-betul kerja kontraktor. Pas tu mesti penat. Pas tu mesti pesan “100 PLUS SATU, MAS!”. Blerghh.alasan.

Tapi memang banyak yang menarik pasal Ramadhan ni. Perasaan berpuasa tu sungguh indah. Soothing je rasa. Rasa lebih berdisplin je. Rasa memang diciptakan jadi khalifah dimuka bumi lah pendek kata!

Khalifah tak khalifah lah, REVIVAL tetap berjalan macam biasa. This year patah kaki sedikit. Sebab sambil revival sambil cari baju melayu Ijaz yang dikehendaki 99.9% matching color dengan ayahnya. Punyalah payah waktu tu nak mencari. Ada terjumpa kat satu tempat exactly same scheme color, tapi ada sulam-sulam pula kat leher. Aduss, tension betul. Kalau boleh nak clear plain baju melayu cekak musang. Akhirnya jumpa di Hari-Hari, itupun di lehernya masih ada jahitan ala-ala jahit jelujur. Bantai je lah, kami betul-betul dah patah kaki. Ijaz pula asyik nak berdukung sebab dah penat sangat. Siang tu sebelum keluar boleh plak carik pasal dengan aku, nangis-nangis kena marah. Dah nangis banyak mengantuk lah jadinya. Kan dah padan muka ayah kena dukung budak 17kg yang letih mengantuk di Jalan TAR. Muahaha!








Kemudian bila ada jemputan, berbukalah kami dirumah keluarga dan kawan-kawan yang menjemput. Rumah kakak sendiri, dijemput aku datang, tak jemput, aku yang menjemputkan diri datang rumah dia. Blood sisters, main aci redah je lah. Ijaz seronok bukan main pergi berbuka rumah kakak aku. Sebab nak mandi di ‘sungai pun’. HAAHAHA.Ni memang kelakar. Ni baru betul orang kampong masuk bandar. Sebut swimming pool jadi 'sungai pun'. Sebab biasa mandi-manda kat sungai di kampong husband, bila datang apartment Abang Danial, orang lain sebut swimming pool, penuh confident dia sebut ‘sungai pun’.Sangat kelakar HAHAHA!

Berbuka di rumah Pojot pun seronok, walau tak mandi swimming pool, tapi Pojot kenyangkan budak-budak ni dengan layan Boboi Boy dan entah apa lagi. Asyik khusyuk budak Ijaz dan Affan sampai tak terkacau parents masing-masing. Aku, Wazan dan Pojot borak je lah sampai “eh, pukul berapa dah ni?” Ye, lupa diri puan-puan sekalian. Kawan-kawan lama bergebang memang macam tu :)


Dan tidak pernah dilupai eksesais kegemaran rakyat 1Malaysia apalagi SHOPPING SPREE!


Duit gaji memang belum masuk, tapi Alhamdulillah, with a good planning, maka berdikit-dikitlah membeli. Mostly online shopping lah. (Refresh TEORI PRAKTIKAL MENGHALALKAN ‘BRANDED CLOTHING’S ONLINE SHOPPING disini) Tapi offline shopping pun jalan juga since bila few jobs yang kami buat dapat payment. Plus bajet untuk adik Nur dulu yang akhirnya digunakan untuk Ijaz. Sedar tak sedar baju Ijaz dah banyak. Almost 95% settle. Kasut dan sehelai jeans cikai je belum. Itu tunggu last minute shopping sebelum balik esok. Memang rezeki Ijaz kot. Tup-tup, ada pula rezeki mendatang . Sedikit masalah dengan seller few weeks back pasal baju dia ni, tapi aku redhakan je. Baju hilang dalam shipment dan tak dapat reorderlah tapi Alhamdulliah, semua berakhir dengan baik dan tuntas sekali!



Oh, syukur!

Persiapan diri pun, asalnya memang ala kadar. Sangat nak ala kadar sebab peruntukan untuk aku lebih kepada nak pergi training BEM lepas raya. Kepala ni memang focus ke PE sahaja. Baju kurung pun beli ready made yang murah-murah tak de blink-blink punya. Baju ke dua pula, sebelum puasa hari tu Umi owner pepari design hantar baju aku yang aku mintak kat dia jahit manik dahulu. Dah dekat 2 tahun, dulu nak ambil macam dah tersegan sebab lambat sangat aku claim. Tapi Alhamdulillah, umi yang baik hati masih simpan baju aku dan baju sample yang masih baru. Sebelum puasa tu tak muat sebab ukuran baju tu ukuran lama selepas beranak Ijaz. Tapi kelmarin bila aku acu cuba try test, masuklah pulak. Wow! Apa lagi, segeralah online shopping tudung. Tak cukup dengan itu, bleh lah pulak ajak wazan dan pojot menjejak kedainya di ampang. Macam-macam kerenah perempuan ni ye.

Alhamdulillah, semuanya baik-baik. Semua masih dalam circle keperluan, jadi have no regrets at all. Mood raya sudah mengaum. Mengaum pun mengaum jugak, tapi still report untuk PE masih belum buat apa pun lagi. Huzairiyah, kamu jangan main-main!

I AM LETTING YOU GO...


Yes, setelah beberapa bulan menyimpan barang-barang ini tanpa ada dipakai ditubuh badan, maka kata sepakat dikampung hai pening lalat aku ambil keputusan let go barang-barang di bawah ini.

FYI, barang ini semua aunthentic. Original. Bukan setakat look new, tetapi juga STILL NEW. VIRGIN. Namun begitu atas sebab-sebab tertentu, maka aku terpaksa let go item ni semua. Sebabnya aku akan beritahu di setiap item.


Here we go!



1. NINE WEST LUCRETIA WEDGE THONG SANDAL

Product Description:-
Color-Material: Light Natural/Black- Leather
Size: US10

Price:-
Purchase price on 13/10/2010:- RM271.
Letting go price on 22/08/2011 :- RM130 (Include postage)

Nine West sandals
Picture credit to Polyvore


Reason to let go:-
Salah ambil size. Bila ukur kaki di badan sendiri macam match dengan size US 10. Tapi bila sampai rupa-rupanya acik ni bangang tak tahu rupa-rupanya size BATA tu ikut US size. Kalau pakai saiz 7 kasut BATA maknanya size US7 juga lah. Achik size 8. So? Nganga lah tak boleh pakai. Masih cantik berbungkus plastik, tak penah jejak tanah. Apatah lagi buat hempuk kepala orang. Terpelihara dari habuk. Terpelihara dari dinoda kesucian.

LATEST UPDATE: BARU TENGOK DI NINE WEST ISETAN, THE GARDENS. THE SIMILAR SHOE, SAME MATERIAL & COLOR, BUT DESIGN BIT DIFFERENT DIJUAL PADA HARGA RM380!!.


2. DKNY LADIES GLITZ STAINLESS STEEL WATCH

Product Description:-
Mid-sized DKNY women's watch has round white with silver sheen dial and gold case.
Band material: Stainless-steel
Bezel material: Stainless-steel
Case materiasl: Stainless-steel
Clasp type: deployment-clasp-with-push-button
Dial color: White
Dial window material : Mineral
Mpvement type: japanese-quartz
Water-resistant to 50 meters


Price:-
Purchase price on 30/05/2011 :- RM280.
Retail price :- Almost RM600
Letting go price on 22/08/2011 :- RM260 (Include postage)

Picture credit to Bagaholic by Idzany


Reason to let go:-
Sebab jam ni agak besar. FYI, I am not a fan of an oversize watch. Normally aku suka yang diameter dalam 250mm approx to duit syiling 50sen. So kalau diameter 360mm, slightly biggerlah. Thing is masa order tu aku confuse sebab seller mention 'case size' instead of 'face size'. Anyway, bukan kesilapan seller langsung. My bad, aku yang tak tanya betul-betul, menggelabah tamak nak order sebab nampak jam ni shantek. For real, jam ni memang cantik just that aku tak selesa pakai jam besar sangat walau tangan aku sememangnya demok berisi. Dan supaya kamu tidak kata aku menipu kamu esok, the color is a bit pale from the picture shown.

Di kebanyakan blog jika kamu rajin pereksa, harganya masih dalam around this price and they currently selling this item now. So, ini memang consider sangat baru dan reduce sikit sahaja harga. Lagipun aku baru dapat barang ni in hand dalam 17hb Ogos last week. Fresh from the box!


Additional info:-
Postage with Pos Laju and will be arrive after raya if you are to purchase now.
Unless you request for other Courier services (in case you want it earlier and can be wear for raya) then additional RM10 will be imposed to you. But subject to the courier availability. Kena check dulu ye sayang-sayangku :)



Jadi, sesiapa yang berkenan dan berminat untuk membelinya, sila email aku huzairiyahhussin@yahoo.com untuk kaunter pertanyaan dan pengesahan.


Tolong war-warkan kepada rakan-rakan yang lain juga! A VALUE BUY!






Nota penjual kaki jalan: jual kuih raya tahun lepas punya boleh tak?

AKHIR SYAABAN

Selamat Menyambut Ramadhan yang mulia wahai sahabat taulan.

Bulan ni, tolong kurangkan aktiviti tak berfaedah. Seperti mengumpat, menular, paw duit kopi kat subcon, berlagak dalam facebook, stalking blog atau fb orang lain dengan niat tak berapa elok, mencarut dengan kawan baik, mengurat awek lain padahal bini gigih masak berbuka di rumah, menonton dvd lucah dan macam-macam lagilah yang menyebabkan pahala puasa menjadi ringan.

Kalau pergi pasar ramdhan tu, sebelum melangkah masuk, istighfar banyak-banyak. Beli yang basic sahaja. Nasi-lauk 2 jenis-kuih sejenis-murtabak untuk moreh-air. Kemudian cepat-cepat keluar. Jangan merapu, dah beli ayam masak merah kat gerai depan, nampak ketam masak lemak kat gerai hujung pun nak juga. Bila nak keluar, nampak ikan bakar, pun nak dirembat juga. Sudah-sudah lah tu. Puasakan sebulan.

Berjaga-jaga sedikit dengan penjual air ni. Ramai yang, dah lah airnya tak masak, pakai filter murah pulak tu. Tu yang selalu sakit perut. Boleh tahu sebenarnya. Bila minum, cepat je sakit tekak, lepas tu mencirit. Air tak masak lah tu. Esok jangan beli lagi. Pergilah econsave beli kordial F&N, bancuh sendiri kat rumah lagi baik.

Hari pertama ni, jangan beli kuih banyak-banyak kot ye pun lapar. Testing sebiji dua dulu. Kadang-kadang indah rupa dari rasa. Bila makan, tawarlah, tepung kat dalam tak masaklah, kelapa basi lah, macam-macam. Berhati-hati, kecuali dah aim "Hah, ni makcik jual tako tahun lepas yang sedap tu". Cakap pasal ni, teringat pulak penjual mee tarik kat Sungai Sekamat tahun 2009 dulu. Agaknya, manalah diaorang berniaga tahun ni. Nak mee tarik!

Tahun ni aku tak berniaga. Sebab kakitangan tak cukup dan kekangan masa. Kakitangan yang dimaksudkan adalah kaki&tangan Huzairiyah dan kaki&tangan Jasmi. Ada juga kaki&tangan Ijaz, tapi kalau dia ikut serta, jawabnya aku bakal buka gerai pukul 10malam. Tak jadi apa. Dapat masak sendiri kat rumah pun dah kira baik. Ada perancangan nak ambik order Nasi Ambeng dihujung minggu untuk sesiapa yang berhajat nak menghantar ke masjid/surau. Sekali tu baru teringat, alamak, kuali besar, periuk besar semua peralatn yang besar-besar semua dah hantar balik kampung. Cis, cis! Geget jari. Tak ambil peluang berniaga pada bulan puasa ni macam satu kerugiaan besar je rasa. Bukan sebab nak kaya cepat, tapi berniaga pada bulan puasa terutama jual makan minum untuk orang yang berpuasa, selain peluang menjana kewangan itu juga dikira amal jariah. Dengan syarat, makanan wajib sedap dan harga mesti berpatutan.

Rindunya nak bertarawikh. Kali terakhir masa duduk serdang dulu, tahun 2003. Itupun sekali dua sahaja, iaitu bila sempat dan tak buka kat luar. Tahun ni husband ajak tarawikh, tapi dia lupa agaknya, anak jantan dia nak letak mana. Kalau jenis boleh duduk diam tak apa, atau jenis main dalam kawasan tak apa. Ni jenis sukahati dia je, ikut hati ikut kaki. Hem, nampaknya pergilah awak sesorang. Itupun kalau sempat, kalau balik cepat ye bang.

Dan terakhir, Ramadhan ini Ramadhan pertama tanpa atuk tersayang. Hish, tak boleh ingat, tak boleh ingat. Nanti meleleh lagi air mata. :(

Semoga Ramadhan tahun ni, kita lebih istiqhamah dan jujur.

Nota akhir Syaaban: baju raya pertama dah siap semua kihkih!

TROUBLE TWO OR TROUBLE PARENTS?

A child can ask questions that a wise man cannot answer.; Unknown





Masih ingat cerita cerita budak kecik kesayangan emakbapanya ini?
Entry ini special untuk dia. Emak dia rasa, kadang-kadang kena juga interframe budak ni especially bila emak dia rasa dunia emak dia berkisar hanya tentang cita-cita dan dia sahaja.







Dunia emakbapanya menjadi sunyi jika budak ini tidur awal pada hari-hari tertentu.
Dan semakin bungkam dan sunyi jika budak ini jatuh sakit.




Dan dunia emakbapanya menjadi riuh dengan lawak spontan-naif budak 3 tahun yang bercakap dari hati yang tulus ikhlas.
Semakin riuh dan kecoh apabila tak semena-mena kentut busuk dalam kereta.




Cepat betul masa itu berlalu. Bulan Ramadhan hampir kunjung tiba. significant bulan puasa dengan budak ini adalah, dia lahir pada tarikh istimewa 17 Ramadhan. Sangat istimewa dan penuh ajaib. Jadi namanya letaklah Ali Baba dan Lampu Ajaib Ijaz yang bermakna keajaiban.


Eh, walaupun anak kamu semua pun penuh keajaiban, tidaklah wajib menamakan beliau Ijaz. Nanti penuh satu kelas 1 ALPHA dengan nama Ijaz. Ijaz bin Jasmi, Ijaz bin Mohamad, Ijaz bin Hazual, Ijaz bin Samad. LOL. Masih boleh letak juga Ali Baba dan Lampu Ajaib. *tak LOL langsung*


Semua ibu bapa tahu, dengan budak kecil yang sedang memahami persekitannya, jagna mudah tersalah cakap atau suka merapu rapek macam zaman kamu bujang atau berdua sahaja. Budak-budak mudah sangat meniru. Semudah budak-budak kolej sekarang yang buat assignment dengan copy paste dari wikipedia tanpa ada mahu mengedit dahulu. Budak besar buat itu bangang. Budak kecil, itu comel!


Kadang-kadang budak kecik tak buat direct on the spot apa yang dia tiru.


Macam kamu telah geram sebab rumah bersepah kamu cakap "ni rumah ke kadang lembu, sepah-sepah ni".


Lepas seminggu, dia cakap kat babysitter dia "ni rumah ke kandang lembu"


Hah, ambik kau. Bila babysitter cerita balik, malunya makcik ya.


Ni baru contoh mudah. Dah banyak dah berlaku kat aku. Sebab tu berjaga-jaga sangat jangan buat lawak bodoh merepek suami isteri depan anak. Kejap je dia tiru.


Apa lagi perbuatan.


Dan satu lagi, penuhkan lah ya dengan ilmu di dada walau sebenarnya taraf pendidikan kamu sampai PMR je. Budak kecik memang banyak soalan, sampai mati kutu nak menjawabnya


Contoh:


"mama, tu tower crane"


"haah, tower crane"


"tower crane buat apa, mama?"


"towercrane buat work"


"work macammana mama"


"work macam towercrane lah"


"work macam tower crane tu macammana mama"


"dia angkat barang lah"


"barang tu apa mama"


."barang tu macam batu"


"oh, dia angkat batu, batu tu macammana mama?"


.......................................


ok. masa ni kau tahu akan ada banyak lagi "macammana mama". Masa ni kau menyesal tak kawin je dengan mr google.



Nota mrs google: Belum sampai peringkat tanya, "baby datang dari mana mama?'

KITA SEMUA ADALAH ANNOYING. SIAPA BAJET SUCI DAN SUFI ANGKAT TANGAN!

Semenjak dua tiga menjak rindu kawan-kawan lama. Terutama kawan-kawan masa universiti. Kawan-kawan di rumah sewa lama, kawan-kawan matriks dan ada juga kawan-kawan masa degree. Kawan-kawan sekolah selalu je keepintouch yo, samada di twitter dan fb. Tapi kawan masa u, walau ada fb ramai yang setakat buat fb. Balik-balik asyik status aku je yang update, walau 'selalu' tu adalah seminggu 3 kali macam tu.

Jadi, dalam 2 hari ni aku gigih menjejak kawan-kawan lama. Mula-mula aku menyusuri friendlist aku, siapa yang tertinggal. Kemudian aku buat friend finder ikut kapsul masa. Mula-mula yang paling senang iaitu kawan-kawan degree. Kalau pencarian aku tu tak berjaya disebabkan samada aku tak ingat nama sebenar mereka, atau mereka ini pakai nama samaran, aku susur pula friendlist's friend aku. Kadang-kadang ada. Selalunya ada.

Formula ini adalah berjaya. Ramai yang aku jejak. Gigih tak gigih, adalah 2 malam aku buat menda ni. Senang, esok anak nak kahwin tak susah dah nak cari kawan lama. *Asal nak jejak skandal lama LOL.*

Tapi ada juga yang aku tak jadi nak add, sebab bila aku baca Basic Information orang ini, buat aku terjengkel sekejap. Tak pernah pun terfikir nak buat basic info seperti itu, tapi yelah, lain padang lain belalang kan.

Jadi, bila habis siap misi aku, dah macam hobi baru pula baca basic info orang, Hai, macam-macam. Ikut suka lah asal korang bahagia. Memang annoying pada aku sebab bajet celebriti ke entah apa, tapi kalau celebriti buat mcm ni memang lepas 5 minit aku bukak sendiri fanpage KAMI MELUET TENGOK CIK BEDAH.PERASAN BAGOS. LOL. *Lots of love*

Mungkin sebab mereka seperti hotchics, jadi berduyun duyung dan dugong nak add mereka. Maka rimas maka tulis JANGAN ADD AKU, HANYA AKU YANG BOLEH ADD KAMU.
Ini contoh.

Tapi, walaubagaimana pun aku bagi markah 110% kepada Achik Luna, Suraya Lunatots yang mengambil pendekatan yang lebih berhemah dengan kata-kata begini. Achik Luna ni memang 'hot-selling-mommy'. A founder to hot selling brand Lunatots. Dia buat begini bersebab. Hye Su, sorry stalking to you info. Gatai tangan. . :) By the way, you are really inspiring!





About Suraya
Saya besar hati untuk berkawan dengan teman baru di FB. Namun
minta di tinggalkan sebaris dua ayat mengenai intro diri anda untuk tujuan saya
refresh memori saya (seperti dimana kita berjumpa) dan approve for
friends. Saya tidak dapat approvekan friend request tanpa sebarang nota
atau message.Ianya tiada apa apa yang formal, sekadar nota perkenalan supaya
ukhuwah yang dibina lebih erat, insyaAllah.



(Sorry, malas copy paste and edit lagi. Semua kerja nak mudah je.)

Sejuk je hati dengar. Sangat berbudi bahasa dan berhemah. Orang lain tak adalah rasa nak merajuk tak tentu pasal.

Basically, macam tu lah adat manusia. Nak masuk rumah orang kena beri salam. Main ketuk je sape pun marah. Tapi kalau yang ketuk tu kita tengok dari lubang pintu, EH KENAL! maka tak adalah formality. Kita accept je.

Tapi, belum sempat ketuk dah ada pantang larang contohnya




About Cik Bedah
Aku tak janji aku accept friend request kalau aku tak senang dan tak senang
dengan kamu. Kalau kamu poyo, aku remove terus kamu. Kalau kamu mencarut dan
memaki aku, aku block kamu terus. Kalau kamu asyik upload gambar anak, aku
hide kamu.




Sekadar contoh. Malas nak copy paste yang betul punya. Kamu pergi cari dan tengok sendiri kalau rajin.



Malas kan nak add orang macam ni. Banyak songeh. Aku pun tak sudi. As for me, tak ada restriction yang mengarut kalau takat fb je. Lagi pun aku bukan famous amous pun kat Malaysia ni macam pakcik Tukar Tiub. Cuma, just behave as a normal person dan bukan beruk.

Nota gadis suci: Kalau rasa diri sendiri tak annoying, cuba tanya ex-ex kamu dahulu.

SAYA BERISI. SAYA OK!

Wanita dan kesedaran menjaga tubuh badan tak pernah dapat dipisahkan.
Sedar jelah, buatnya?


Selalu kan dengar quotation begini;

THERE ARE NO UGLY WOMAN, ONLY LAZY ONES.


Setuju tak kawan-kawan? Setuju ke tak? SETUJU KE TAK???

Saya bersetuju yang arif! Provided yang 'only lazy ones' tu adalah wanita yang seharian duduk di cauch sambil menonton tv. tidak berbuat apa-apa waima sidai baju sekalipun. Apa lagi kerja rumah yang lainnya.

Tidak bersetuju jika ditujukan kepada wanita bekerja, yang pulang ke rumah bawak kereta macam nak langgar semua kenderaan yang ada, yang melangggar lampu merah semata-mata untuk cepat sampai kerumah supaya sempat memasak, basuh pinggan/baju, menyapu ala kadar dan melayan anak dan suami.

Bagitau pada aku, mana celah nak bubuh aktiviti begini:-
1. pergi gym seminggu 3 kali
2. berjogging pagi-pagi seawal 7 pagi
3. Brisk walking setiap petang di taman bersama suami dan anak
4. Spa treatment sekurang-kurangnya 2 kali sebulan.

Aku bercakap bagi pihak kebanyakkan wanita bekerjaya, sebab dulu aku pun begini. Sebelum aku kerja di site, begitulah keadaan aku. Tapi lately, jadi begitu juga especially bila site tengah hectic dan ada kerja luar yang masuk.

Pun begitu, bukan bermakna alasan untuk tak jaga badan.
Cuma tak semantop mereka yang betul-betul rajin jaga badan. Yang jenis makan ulam-ulam je waktu malam dan tak sentuh nasi. Tahan tu tengok suami dan anak bedal ayam masak lemak yang diri sendiri masak tu. Aku salute kamu!

Untuk aku yang jogging cumalah seminggu sekali, brisk walking kalau langit petang cerah dan strength training kalau teringat dumbbell dan sit up mana yang mampu, hasilnya mestilah tidak segempak orang yang rajin aerobic exercise.

Tapi aku masih bahagia dengan tubuh badan aku. Tak adalah nak komplen selalu, cuma bila baju terketat sikit terutama bahagian chamber, barulah sibuk nak bising. Cuma aku pastikan aku tidak terlalu gemuk dan tidak makan makanan yang berkolestrol tinggi.

Semua orang nak kurus cantik, tapi aku pilih untuk sihat. Kurus tak bermakna kau sihat. Tapi kalau kurus dan sihat, itu bonus dan memberi bahagia. ITU SEKSI!

Dan ini kelakar. Bila aku google image untuk tengok macammana bentuk badan aku jika aku lentik menawan, iaitu ketinggian 160cm dan berat 55kg, hasilnya ada yang betul, tapi yang ada aku rasa tipu. Especially dari website pencari jodoh seperti marriageagency.com. Muka dan badan gebu, tp mengaku 55kg. Macam tak seia sekata dengan images yang lain.

Korang try lah sendiri. Aku tak sempat nak copy paste dan edit dalam photoshop. Boleh juga cuba untuk diri sendiri. Caranya taip '160cm 55kg'. Kemudian google image. Lepas tu boleh pilihlah gambar mana yang relevan dengan kamu yang memberi insiprasi.

Dan aku? I don't mind. Aku berisi dan aku OK.

Nota tangan berisi: Bahagia itu subjektif.