Aktiviti Hari Terakhir 2008

Ya..ya..aku tahu..aku rajin mengupdate kebelakangan ini.
Mengapa tidak, company telah membayar gaji aku untuk memblogging dan ditambah dengan server yang begitu efisien, tak mungkin aku melepaskan peluang terbuka ini.
Lupakan tentang etika di tempat kerja, atau internet code yang aku tandatangan di saat aku diterima bekerja di sini.
Hari terakhir 2008 mari kita melakukan aktiviti lagho dengan berfoya-foya secukupnya.
Manakala bapak-bapak manager sedang bercuti di luar, pekerja-pekerja juga giat menghabiskan masa bercuti di dalam ofis.

Esok pagi kami bertiga akan pulang ke Johor. Atuk Hussin sudah rindukan Ijaz yang katanya makin bulat selepas Inah tunjukkan gambar terbaru Ijaz dari camera. Itu belum jumpa betul.

Tak sabar..tak sabar..terutama terbayang asam pedas kepala ikan merah yang memang ranking teratas makanan kesukaan aku.

Untuk en. Jas, itu jatuh ranking ke-2 selepas gulai tempoyak ikan patin mak dia.

Selain itu, ada juga mee bandung Pak Atan yang superb, soto Milo yang tiada tolok tandingan, dan Sate Nani yang kaw.Perghh..leleh wa cakap lu!

Tapi tak terlawan Sago worm yang Chics makan di Sarawak. (sila lihat disini)

Menjelang Jumaat pula ada urusan yang perlu diselesaikan di kampung. Pening jua ye, duduk di KL pun tiap-tiap hari ada hal nak kena selesai, balik kampung pun ada jugakk.hemm..

Jangan pening-pening kepala. Baju kotor bagi sumbat semua dalam kereta. Balik kampung serahkan kepada Bibik yang sangat pakar. Apa-apa hal kasik settle kes asam pedas kepala ikan merah dulu.

Ok, selamat bercuti dan selamat tahun baru 2009!

Mengapa?

MENGAPA AKU?
1) Mengapa aku rasa nak menangis
2) Mengapa aku rasa sungguh letih
3) Mengapa aku rasa mahu marah
4) Mengapa aku rasa aku sudah tak boleh berfikir
5) Mengapa aku rasa aku sudah tidak ada rasa

MENGAPA ENGKAU?
1) Mengapa engkau membuatkan aku rasa nak menangis
2) Mengapa engkau membuatkan aku rasa sungguh letih
3) Mengapa engkau membuatkan aku rasa mahu marah
4) Mengapa engkau membuatkan aku rasa aku sudah tidak boleh berfikir
5) Mengapa engkau membuatkan aku rasa sudah tidak ada rasa

Mengapa?
Mengapa?
Mengapa?

Mengapa entry ini macam lagu bertajuk Mengapa?

LaLaLaLa..Lahanat

Pagi ini sebaik menjejakkan kaki ke pejabat yang sunyi sepi- ya, mereka semua masih bercuti- aku terus buka email GHD. Maka diceritakan seorang sepupu telah mengemailkan satu email berkisar tentang ‘blog lahanat’ yang kecoh sekarang ni kerana dikatakan menghina Nabi Muhamad S.A.W. Dan disertakan juga alamat blog itu iaitu http://adibahahmad.blogpot .com

Akibat bercuti hujung minggu dan cuti am dirumah yang mana akses internet adalah lebih laju sedikit dari kura-kura batuk, aku tidak berjaya menjejaki blog empunya diri. Diberitakan juga pemilik blog itu bukan lah penulis sebenar artikel2 sensitif lalu membuatkan segelintir rakyat merasakan darahnya adalah halal (dibunuh). Sesungguhnya aku telah gagal untuk mengetahui alamat blog tersebut. Sehinggalah pagi ini. Namun sayang seribu kali sayang semua telah terlambat. Blog itu telah ditutup.

Maka, kempunanlah aku untuk berkongsi rasa dan pendapat dengan mereka yang berkesempatan meneroka blog tersebut.

Jadi apabila tidak berkesempatan, bagaimana aku mahu mengulas isperut initpati karipap blog tersebut. Tapi jika difikirkan, sungguhpun aku berjaya mengikuti blog adibahahmad tu, aku tidak rasa aku mahu mengulas tentang apa yang diperkatakan dalam blog itu. Aku ada alasan tersendiri. Merasakan diri ‘tidak serba cukup’, baik aku memerhati sahaja kerana aku ini adalah ‘orang gila yang berada dipersimpangan untuk pergi ke KLCC’.

Jadi, kita tutupkan sahaja kes ini dengan memberi satu tepukan gemuruh dan standing ovation jika perlu kepada adibahahmad itu
- walau namanya dan bapanya sama dengan kawan aku di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Maahad Muar (sebelum masuk STF)
- walau dikatakan seseorang telah mengsabotaj blog miliknya

kerana dalam waktu yang singkat, blog itu telah menerima kunjungan yang ramai dalam masa sebulan sahaja. Diceritakan 3000 (ke 30.000?) orang telah mengunjungi blog itu.

Persoalanan yang berlegar-legar di kepala hotak aku sekarang adalah adakah kita boleh menjadi sangat glamour sekelip mata blink!blink! jika kita bercerita tentang sesuatu yang kontroversi dan boleh mengganggugugat keselamatan diri dan keluarga.

Mengapa tidak sahaja menyertai Akademi Fantasia jika mahu menjadi terkenal seperti Mawi, yang apabila berkahwin ada orang mahu sponsor baju, pelamin, jewellery, heli transportation dan lain-lain juga?

Mengapa tidak juga menyertai pencarian Gadis Melayu yang apabila siri berakhir, ada datuk atau tan sri mahupun VIP datang melamar?

Jika benar dia disabotaj, kasi kasihan sama ini Olang

Jika tidak, sendiri buat sendiri tanggung.

Ok, mari pula memberikan tepukan ‘Syabas Bethay!’ kepada aku pula kerana pagi ini telah menerima email hadiah dari Yam Tuan Besar GHD yang baru yang mana company telah bersetuju memberi ‘dental benefit’ kepada ibu-ibu dan bapak-bapak pekerja sebanyak RM250.00 sahaja (setahun pula tu) kerana jika diberi lebih dikhuatiri akan di ‘abuse-kan privillage’ yang diberi dengan membuat dental service yang mahal-mahal seperti khidmat meratakan gigi, memutihkan gigi dan lain-lain lagi.
Malam tadi, aku dan suami tercinta masing-masing merungut tentang gigi di kala usia menginjak akhir 20-an. Akibat memakan sup daging, daging dendeng dan ayam goreng, gigi kami merasa sakit dan banyak cebisan daging terselit di celah-celah gigi.

Sekarang aku tidak perlu khuatir kerana tidak perlu mengeluarkan kos untuk membaikpulih gigi yang sakit. Hurray!

The moment its end..

Menghitung hari-hari terakhir 2008, juga tahun Hijrah 1429. Apa di benak dan fikiran anda. Menilai semula pencapaian sepanjang 2008, dan menetapkan azam untuk 2009.

Saya tidak terkecuali.

2008 saya hampir tinggalkan dengan pencapaian terbesar dalam hidup saya. Ketika ramai kawan yang telah berjaya mengharunginya, sekali, dua kali malah berkali-kali, saya bersyukur kerana berjaya menghadapinya biar dalam keadaan yang tidak saya jangkakan.

Melahirkan permata hati yang kini sedang nyenyak tidur di ribaan saya.

Tak terungkap pahit getir saat bergelar ibu.

Sakit masih terasa, parut tetap ada. Kepenatan tak pernah surut.

Apa yang manis, adalah melihat harapan pada matanya.

Harapan yang memberi saya satu azam untuk memberi yang terbaik untuknya, walau bukan yang termahal.

Harapan yang membuatkan saya berfikir siang dan malam untuk mencari jalan keluar kepada masalah yang membelenggu.

Harapan yang menyumbang kepada 'new resolution' untuk 2009 yang bakal menjengah.

Untuk saya war-war kan tekad 2009 bukanlah sesuatu yang taboo. Mudah sahaja untuk diungkap apatah antara kita, azamnya hampir sama. Mahukan sesuatu yang lebih baik amnya. Namun saya tak mampu meluahkan, kerana khuatir tak tergapai.

InysaAllah, walau apapun azam saya, dan azam anda yang membaca blog saya, ikhlas saya doakan semoga tercapai apa yang baik-baik. Mungkin kita boleh bicara pencapaian 2009 dihujung tahun itu jua. InysaAllah, moga umur panjang.

Saya masih belum mampu untuk tidur lagi. Selama ini saya berlari mengejar. Saya pernah jatuh teruk, walau difinisi 'teruk' antara kita mungkin berbeza, tapi percayalah saya pernah 'hilang' diri saya. Bukan sedikit bencana menimpa, namun jka difikirkan semula, rasa tak percaya saya masih boleh bertahan dalam kancah ini.

Saya sedang meniti fasa antara siang-malam. Mungkinkah saya tergelongsor menongkah malam, atau usaha saya mencari sinar menyerlahkan cahaya kemilau yang saya harapkan. Saya tak sabar untuk berperang. Selama ini menyusun strategi saya sudah penat. Adakah perjuangan saya berhasil? Jika tidak kemenangan besar sekalipun, kemenangan kecil masih juga baik, dari pulang tanpa membawa piala.
Maka untuk itu saya harus terus berlari. Tiada jalan pulang untuk saya. Apa yang saya mulakan, wajib saya akhirkan.

Menghirup udara segar 2009

Adakah penukaran layout ini bermakna aku telah benar-benar bersedia untuk 2009?

Tidak dan Ya.

Tidak kepada penukaran layout. Aku tak suka yang ini. Nanti ada masa aku trial & error lagi. Sampai ketemu yang aku mahu.

Ya kepada tahun 2009 yang menggamit. Tinggal beberapa hari lagi. Perjuangan perlu diteruskan.
Kerana ia belum selesai!

Ahad punya cerita, hari ni baru update

Lama tak mengupdate. Sungguhlah lama. Bukan tak ada cerita. Tapi sbb banyak sangat menda nak buat. Last week, for one whole week sibuk training, balik rumah internet macam biasa - buat2 bodoh kat aku. Tuh adalah perangai celcom broadband aku. This week, bila dah releks sket, lappy pulak diserang virus bodoh. Nak update kat ofis, macam tak beretika (beretika sgt lah aku ni)

Ok. Enough of the story.
Mari buka buku baru

Hari Ahad baru2 ni, kawan aku yang bernama Aboy telah selesai menjalani majlis sambut menantu. Kalau nak ikutkan, Aboy ni kira penutup kepada kawan2 yang bercinta dari zaman Universiti. Reason kenapa dia lambat kahwin walaupun bercinta dari 2000/2001 adalah kerana dia baru habis belajar dengan MIAT dimana dia masuk Miat nih lepas dia grad kat UPM dulu. Cayalah Aboy, sekarang engineer MAS lah pulak. Dan syabas untuk Mek Na wife Aboy kerana setia menunggu Aboy walaupun aku difahamkan korang nih pernah clash 2-3 kali. Tapi tak pelah. Kata orang tua2, jodoh korang memang kuat.
Dan masa kat majlis nih lah, barulah aku dapat jumpa dengan kawan2 yang dah lama tak jumpa. Yang anak dah berlari, berlarilah, yang isteri mengandung lagi, mengandunglah. Macam-macam cerita yang dapat.

Oit korang, bila nak gathering ni?
Hemm..tak payah lah formal gathering2, buat jelah makan2, ajak kawan2..gerenti ramai datang. Lagi senang. Lagipun dengan anak2 yang dah semakin nakal (anak2 diaorang lah, anak aku kecik lagi), aku fikir susah nya nak makan kat luar. Takut hancur pulak susun atur Pizza Hut ke KFC ke, McD ke. Kalau pergi fine restaurant lagi tokey dia pening kepala. Susah2 kita buat kat rumah EPUL. Kan Pul?

Gambar tak delah ye. En. Jas bawak camera. Tapi sebab camera Adam lagi dahsyat siap ada flash pelik2 nih, maka camera cap ayam en.Jas simpan je. Dapat ambik sekeping dengan pengantin, tapi sebab tukang petik adalah orang yang sama dengan tukang bawa, maka gambar jadi kelam kabut. Ah, lupakan. Tunggu gambar ehsan dari Wazan & Adam sajelah.

nota kaki: aku dtg lenggang kangkung tak bawah pressie. sebab lupa majlis bila. itupun pojot sms tanya pukul baper nak pi majlis. tak guna punya kawan lah aku ni

Telefon..Telefon Berbunyi..

Pagi tadi dalam LRT, adalah seeorang wanita yang bercakap di telefon dalam dengan suara yang tegang.
"Mama dah call lebih 10 kali tak angkat, cuba Ahmad (bukan nama sebenar) call dia". Aku (yang pagi-pagi dah busy body) menjeling sekilas ke arah wanita lingkungan usia 40-an dan berbadan gempal dengan muka pura-pura tak dengar apa-apa. Jelas nampak garis-garis kegusaran terbit dari wajah wanita itu. Tak lama kemudian telefon dia berbunyi..
" dah try? tak angkat jugak? Ya Allah! Apalah budak ni. Mama dah risau ni. Mama dapat kejap lagi siap dia!"
Kemudian kelihatan wanita itu mendail ke satu nombor lain.
"Bang, saya call Ani (juga bukan nama sebenar) dari pagi tadi tak angkat. Lebih 10 kali. Ahmad pun dah. Cuba awak call sekali dua. Jantung saya bagai nak jatuh dah ni".
Selepas meletakkan telefon, wanita itu melepaskan satu keluhan yang amat sarat. Tiba-tiba aku terasa seperti DEJAVU. Bukan keadaan tapi perasaan. Ayat terakhir yang diluahkan benar-benar menyamai apa yang pernah aku lalui.
“Jantung saya bagai nak jatuh!”. Seperti aku berada di tempat wanita itu iaitu perasaan hampa, gusar dan geram apabila telefon tidak di angkat tanpa alasan tertentu. Tentunya oleh orang-orang yang rapat seperti suami, ibu bapa dan adik beradik sendiri.
Terutama adik aku Inah, yang selalu buat perangai sengal macam ni. Selalu sangat aku atau angah call dia tak berangkat. Bukan masa waktu kerja, tapi waktu-waktu yang melibatkan urusan antara aku dengan dia, contohnya aku datang rumah dia nak ambil barang, call dia berpuluh kali tak angkat. Tak ke tension. Lagi, macam angah balik rumah dan kunci tak bawak,nampak kereta Inah kat bawah apartment, tapi bila call suruh bukak pintu berpuluh kali tak angkat. Bila dah macam nih, mestilah kitaorang risau, fikir bukan2 dan mati kutu. Tak pasal2 ayah kat kampung yang kena cuba pulak. Manalah tau ayah ada apa2 doa mustajab yang membolehkan budak nih tergerak hati nak tengok phone dia yang ada 250 Missed Calls tu. Tapi, selalunya tak berjaya jugak lah. Dan selalunya selepas ½ jam kami menderita barulah Cik Inah kita call balik.
- “ Tadi Inah silent hp, ada meeting, lupa nak tukar mode balik. Balik rumah terus tido” atau..
- “hp Inah rosak, tak keluar bunyi ringing” atau..
- hp tinggal dalam kereta, tak perasan”

Tak ke hangin satu badan? Dah semua orang kalut2. Ayah siap nak start engine kereta datang KL. Aku dah pakai tudung nak pergi buat polis report. Angah dah sms bomoh Indon kawan dia yang pandai urut kat Jinjang tuh nak suruh tengok2 dalam air kat mana Inah ada.
Memang tak senonoh kelakuan budak ni.
Kan Inah? Kau selalu buat macam ni kan?

Nasihat aku kepada yang diluar sana. Silalah ada perasaan ‘sikit-sikit nak tengok handphone’. Bukan apa, manalah tau kot-kot hp korang mengalami nasib macam hp Inah tu, dapatlah korang perasan akan berapa banyak Missed Call yang ada. Kesian lah kat orang-orang yang amat risaukan akan keselamatan korang macam ibu ayah, isteri, anak atau pakwe sebab bila call banyak kali tak dapat, rasa macam nak menangis tau tak. Selamatkah? Pengsankah? Hidupkah? Ada apa2 kah? Betullah kata wanita tu tadi “jantung saya bagai nak jatuh”, macam tu lah yang kitaorang rasa.
Isk..wonderpet pun pandai angkat telefon.
Telefon..telefon berbunyi..ada haiwan dalam bahaya disana..

Paraniod

Sidang pembaca yang dihormati sekalian

Sekarang tepat jam 10.15pagi, 15 minit tadi saya sedang meneleku di meja kerja saya, konon2 tekun membaca report safety audit untuk persediaan bagi field inspection petang ini, padahal mata saya ralit memandang wallpaper skrin computer saya yang memaparkan wajah mungil anak bujang saya Ijaz.

Saya nampak seolah2 Ijaz sedang memandang tepat kepada saya sambil berkata “hunggeh..hunggeh..hunggeh..” iaitu “mama, saya lapar, saya mahu susu”.

Katalah apa sahajapun tentang saya. Perempuan psiko, poyo, mengada2, lembik, jakun dan apa sahaja. Namun saya tidak dapat menidakkan naluri keibuan saya yang asyik teringatkan anak saya.

Semalam apabila Ijaz dikembalikan ke pangkuan kami, dia lebih banyak tidur dari berjaga. Sebenarnya itu amat bagus dan memudahkan kami supaya kami boleh tidur lebih lama. Tetapi apabila tidak dapat meluangkan masa bersamanya pada siang hari saya dan ayah Ijaz amat berharap dapat bermain2 dan mengagahnya apabila kami bersama semula dengan Ijaz.

Namun Ijaz tidur begitu lena hinggakan hanya menyusu 3 kali sahaja sebaik sahaja kami mengambilnya hinggalah ke pagi hari (biasanya saya perlu bangun malam 2-3 kali untuk menyusukan Ijaz dari jam 11 malam hingga 6 pagi). Adakah itu ‘keajaiban’ atau anak saya benar2 kepenatan?

Maka mulalah kami berfikiran yang bukan2 tapi saya cepat2 mengingatkan diri “sila jangan paranoid”. Bagi masa dan peluang untuk Ijaz dan penjaganya mengenali satu sama lain. Mungkin juga semalam siang Ijaz kurang tidur kerana penat memikirkan “mungkinkah mama dan ayah telah menyerahkan saya kepada orang lain?”

Entahlah, saya dan encik Jasmi hanya berdoa dan bertawakal supaya Ijaz sentiasa dalam perlindungan-Nya. Saya menaruh harapan yang besar, sebagaimana saya menjaga Ijaz selama 2 ½ bulan ( + lagi 10 minggu semasa Ijaz dalam perut saya), begitulah juga penjaga Ijaz boleh menjaganya.

Cepatlah masa berlalu. Saya mahu petang. Saya mahu pulang!

From my Workstation..Halooooo!

10.00am..
Ibu-ibu dan bapak-bapak.
Today is my first day at work..slps 3 bln maternity leave. Jadual mula berubah, seawal pagi menyiapkan diri, mengejutkan si kecil untuk menyusu dan kemudian menghantarnya ke penjaga.
Perasaan ketika ini?
Masih boleh bertahan tetapi masih juga terbayang senyuman berlesung pipit Ijaz tatkala menyerahkannya kepada mama Joe.

Pagi tadi aku naik star LRT! Bukan jakun ke hape menda, tapi dah 3 bulan ++ aku tak naik LRT. Giller rindu kepada keadaan hingar bingar pagi di LRT Bandar Tasik Selatan, excited nak beli nasik lemak sedap (tapi abang tu tak de lah pulak hari ni) dan tak sabar nak balik beli tau fu fa kesukaan akak kat brother pau petang ni. Tengok..tengok…perangai sewel dah start dah.

Pagi-pagi masuk ofis dimulakan dengan tersengeh-sengeh dulu bila nampak muka K.Nor, tea lady GHD. On pc lepas tuh pi pantry untuk kerja pam mengepam susu ibu yang berkhasiat, then aku turun tingkat 4 breakfast sambil tuh nak jumpa kekawan meja kopi aku. Tapi yang ada cuma Fadhil dan Shah je, yang lain samada taubat ataupun dah jadi makin setan dengan sengaja pergi breakfast lepas pukul 9. (Kitaorang masuk pukul 9 pg balik 5.30 ok..7.5 working hours sahaja).

Masuk ofis jumpa en.Faiz dan Harold. Hai-hai kejap ngan sesiapa yang terserempak dan pastu ngadap pc balik. Workstation aku dah macam store, tempat bebudak nih letak barang diaorang. Dah lah ramai tak de ikut trip pi tengok Angkor Watt kat Cambodia. (Best ke?)Bior lantak lah..Sebenarnya banyak lagi gossip yang aku dpt pagi nih pasal ofis, tapi malas nak amek port. Catch up apa2 yang patut je, almaklum dah jadik ibu nih kurangkan sikit gossip tuh..tak baik..dosa tau!

Tak lama pas tuh Harold jumpa aku, brief apa yang patut. Bulan nih aku tak de kerja sangat, just pi training je. Bulan depan dah start sibuk dengan projek. Tak kesah lah..apa2 jelah..
Try cucuh pen drive tapi Rafik cakap dah tak boleh, kena mintak permission IT dulu baru dia boleh open access untuk kita. Cis! Punah harapan nak buat wall paper baru..hehehe..berangan betul aku nih. Alahai..dadaku sudah membengkak balik..yelah,..time2 nih adalah waktu Ijaz melekap..wargghhh!! malas nak pi pantry..jauh nun.. Hemm..nnt lah ku sambung balik..

2.30pm..
akitiviti hari ni?
11am-12.45am ; potpetpotpet dgn mas n mazu tadi sblm lunch..mazu tlh memberi hadiah berupa baby carrier yg aku panggil beg kanggaru..Terima Kasih Aunty Mazu!
12.45-2.15pm ; lunch dgn mas, lps tuh turun parkson..as a result ijaz dpt photo album, rompers, baby hat dan juga bottle warmer(untuk mama Joe)..all from baby kiko (what else yang boleh ku dpt disini). Noted that lunch time adalah dari 12.45pm to 1.45pm..another 30minutes adalah??
2.15pm until now ;
hemm..tengok je visual kt bawah dah faham-faham sahaja lah ye..

(click untuk besarkan)


5.00pm..
kan best kalau aku boleh upload muka aku skrg yang tercangak2 dan tercengang2 mcm org bodoh..
Aku nak balik lah woiiiii!