Kita start dari Sejarah lah ye.
Nama gadis yang dimaksudkan ialah Umi Kalsom Adnan. Merupakan rakan sedarjah semasa di Sekolah Tun Fatimah Johor Bahru dari form 4 hingga form 5.
Semasa itu dia masih seorang remaja yang baik.
Sekarang pun baik jugak....hahaha... saja bagi Umi tension.
Umi nih semasa hayatnya (di STF) dia adalah seorang yang sangat talented dalam arts dan juga subject BM,BI,PI,PJK,MATH,ADD MATH,ACCOUNT,FIZIK,KIMIA,ART & SEJARAH. Biologi dia tak pandai sampai sekarang sebab dia tak ambik subject tuh.
Bakat Umi terserlah dalam seni lukisan. Hand drawing dia memang disukai dan dikagumi. Setiap kali tengok mesti nak tanya 'macam mana kau buat ni".
Umi ni kalau buat sesuatu berkaitan dengan art, mesti dia sangat tekun dan bersungguh-sungguh. Sangat detail. Halus je hasil seni dia.
Aku ingat dia akan study architecture atau ID masa nak masuk U dulu, but she ends up dengan buat Account (ye ke account?).Dan bekerja dengan TM sampai sekarang.
Kali terakhir aku jumpa Umi adalah semasa dia tolong aku jual kain pasang kat TM. Itu pun 3-4 tahun lepas.
Dan kerana percaya dengan keupayaan dan kesungguhan dia tu lah, maka aku telah berhasrat untuk meminta Umi menjahitkan beads kat baju aku, sebab Umi nih juga adalah penjahit beads yang berjaya. Hasil-hasil tangannya boleh dilihat di sini- Pepari Dsign. Jemput masuk. Rugi tak tengok!
Tapi akibat kesengalan aku yang suka sangat mendelete sms tanpa usul pereksa sebab aku pakai hp COKIA, dan kapasiti inbox adalah terhad, jadi aku mmg tibai je delete sms termasuk sms yang tak bermaksud untuk di delete.
Kaitan Umi, jahit beads dan sms?
Sebab dah janji dengan Umi nak pos baju ke rumah dia. Umi dah sms alamat. 2 kali. YA 2 KALI!.tapi sampai sekarang masih tak pos kan lagi. Umi pun agaknya dah tension tunggu, pulak aku pun malu nak bagitau kes sebenar, dia pun berpesan kat yahoogroup bahawa dia ada di KL hujung minggu nih. terutama kepada aku lah..
Cik Umi,
aku mintak maaf ye sebab menyebabkan kau tak senang duduk tunggu parcel. Hampeh betullah kawan kau nih. Jadi nak membuktikan yang aku benar-benar telah membungkus parcel tersebut, ku sertakan gambar2 di bawah ini sebgai bukti.

Sebenarnya, gambar di atas sahaja yang releven dengan maksud, yang di bawah ni semua hanya nak tunjuk spec baru je. Harap maklum


Kepada rakan-rakan yang membaca blog nih, jika anda sedang mencari orang yang boleh jahit beads bolehlah consider Umi. jika berminat boleh terus hantar message kat fotopage dia. InsyaAllah anda tidak akan kecewa kecuali kalau Umi tersalah anggap baju anda dengan kain langsir rumah dia.
Pengiklanan ini adalah percuma.





4 comments:
ajai berapa eh dia amik jahit beads tu?
ikut design gak..tak sampai seratus untuk dsign yg under tajuk baju kurung kedah kak cima tuh. aku buat design mcm tuh. klu ko nak dia turun kl ari ahad nih, bleh aku kirim kan kat dia
ahahaha.. AJAIII!!!!! adalah aku tergelak sorang2 baca entry ko nih... oh terharu sungguh aku. Tapi saya tak amik Account ye kak.. saya amik Creative Multimedia.. tapi aku suxx!!! Esok kita jumpa ya.... you made my day la ajai.. tu kira kasi parcel kat aku terus la yek? hehe
umi,
patutlah lagi mantop..creative multimedia lagi!
ya, kita jumpa esok..mcm mana dlm pic mcm tuh lah bentuk parcel aku bwk esok.
Post a Comment