huzairiyah hussin


Lama tak cerita pasal Ijaz panjang-panjang. Ijaz pun dah kecik hati agaknya, dahlah mama janji nak buat special entry untuk dia sempena birthday hari tu. Well actually I did, but then purposely tak publish for some reason. Nanti orang kata aku perasan anak bijak kuihkuihkuih.PADAHAL MEMANG PUN YA ALLAH! PUNYALAH BIJAK BUDAK NI SAMPAI RASA NAK BELASAH JE SETIAP HARI GERAMMMMMM.*Ok, yang perasan ni biasa berlaku pada semua parentskan*

Still remember the time when I was pregnant with Ijaz YELAH HABIS TUH SAPE LAGI, since hari pertama disahkan pregnant oleh 3 line kat pregnancy test kit dan was confirmed by Doktor Aziah tersayang, aku tak jemu jemu bertenggek dan bermain dengan si Adam Asyraf. Siapa tuh? Adik Asyraf Muslim yang handsome KENYIT MATA KANG BARU TAU ke?. Tak, itu anak sedara Jasmi, anak abang sulung dia. I soooo like him to death sebab dia sangat kiut, comot dan of course BIJAK GILLER! Umur baru masuk setahun tapi dah boleh differentiate mana satu bola sepak, mana satu bola takraw dan mana satu badminton. Bila pegang bola sepak, dia tak kan timbang tapi dia sepak. Bila pegang bola takraw dia tak sepak, tapi dia timbang. Bila jumpa raket badminton dia belasah abang dia. Hahaha. So, berkenan lah sangat every weekend mesti nak ajak minum kedai mamak, siap order milo ais untuk dia je. Umur setahun I tell you tuan puan, makan roti canai pandai nak cicah dhal sendiri. Yang best, penat mak dia suruh bercakap tapi dia asyik sengih je. Last last pandai jugak dia cakap, susun 3 ayat pertama iaitu BABI TETAN BODOH! Hahahaha, meniru abang lagi terer wa cakap lu!
So, akibatnya, Ijaz ni pun menurun lah keteraan abang sedara. Umur baru setahun sebulan tapi dah berlagak macam budak 2 tahun. Disebabkan awal sangat berjalan masa 9 bulan, apabila mencapai usia setahun sudah boleh mendaki coffee table, melompat ke tv cabinet atau ke dinner table. Kemudian beraksi superman nak terjun tapi bila dah kena sentap ngan mak yang amat garang ni, terpisat pisat turun elok elok. Hahahaha, nak melihat aksi tersebut di rumah anda, jangan haraplah. Dia dah start faham mak dia marah, mama dia garang, mama dia mesti nak BITTT (cubit) dia punya. Hahaha, Ijaz sungguh lawak dan gemok. Hahahaha HOH!


Next week Ijaz kena tinggal 3 hari, sebab mama dan ayah kursus. Hahahahhaha HARU, gelak lah sekarang esok malam malam nangis ingat anak.

Seronok tengok si Gen (gendut) telah membesar dengan sihat, ceria, aktif dan banyak akal. Ok, soalannya BILA IJAZ NAK DAPAT ADIK NI?


......

Ok, tak jadik lagi nak cerita panjang-panjang, Ijaz dah kacau. Sekian
0 Responses