POOR IJAZ

Aduhai kasihan anakanda..

Teringat 3 hari sebelum umur genap setahun Ijaz suspect H1N1, merasa duduk wad *kuarantin* sehari semalam. Sejak hari tu Ijaz tak pernah demam lagi atau apa-apa sakit lagi. Sebenarnya Ijaz ni susah sangat demam sebab dia breastfeeding, tapi kalau dia demam jugak tu maknanya dia memang betul betul kalah. Since semua orang cakap macam ni...
"Ijaz ni tak lasak sangat, tapi dia tak de 'off' punya orang. Asyik 'on' je, payah nak suruh berhenti walau 2 minit"

Contoh, bangun pagi pukul 8 pagi, main je sampai tengahari, tidur 1 jam itupun dengan syarat tak ada orang, tapi kalau ada orang, tidur macam tak tidur je, 15 minit je, lepas tu bangun dan main sampai lah malam. Pukul 11 malam baru boleh tidur balik. Dan lagi. dia tak suka main dengan budak budak sebaya dia, dia main dengan budak besar sebab boleh ikut berlari.

Apantah motif aku tadi. Ok, sebab suka sangat main dengan budak besar tu lah maka mudahlah dia diserang penyakit. Dan terbaru selepas 3 bulan tak ada sakit apa-apa, Ijaz dijangkiti CONJUNCTIVITIS. Adeh, menjadi emak lah parahnya, terpaksa berspek sepanjang masa waima tengah menyusukan anak.

Asalnya aku balik kampung suami last weekend. Tujuan nak merehatkan fikiran, menyegarkan badan, tengok-tengok lain pulak jadinya. Dahlah hujan sepanjang, baju semua tak kering konon balik kampung tumpang basuh baju last-last baju nak pakai pun kena keringkan bawah kipas, padan muka aku sape suruh pemalas sangat. Tak ramai yang balik, cuma ada aku sekeluarga, kakak ipar aku anak-beranak, adik ipar 3 orang tu je yang ada. So kalau kira-kira matematik yang simple, ada 4 orang lagi adik-beradik tak balik. Soalannya, berapa jumlah adik beradik suami aku? Jeng jeng jeng! Dah sampai kampung baru tahu anak-anak kakak ipar aku kedua-duanya baru je nak baik sakit mata. Well, sungguhpun dia ada inform aku suruh jaga Ijaz tengok-tengok kot berjangkit, tapi yelah aku tengok mata budak berdua tu elok je, aku tak adalah nak kuarantinkan Ijaz dari sepupu-sepupu diakan. Jadi dasar mak pemalas ni lah, tiba tiba pagi tadi adikipar aku mengadu, dia perasan mata Ijaz dah keluar warna merah. Aku macam.."BERTUKAR!" Tiba tiba sempat buat lawak I AM LEGEND. Tak adalah Will Smith tu nak jerit macam Ultraman kemenda, tapi tiba tiba terasa combination I AM LEGEND dengan BERTUKAR tu sesuai dan kena dengan situasi Ijaz.

Tapi yelah, being budak-budak yang nak membesar yang tengah lasak nih, apalah sangat sakit mata tu, lainlah kaki terkehel sakit nak berjalan tu barulah nak merengek (sebab tak boleh berlari) tapi sakit mata, mengada-ngada sikit jelah, but then bila kat Klinik Aziani ada gelongsor, bercintalah amat aku nak heret dia masuk bilik doktor, sampai menjerit-jerit nak keluar balik nak sambung main. Sikitpunya kerek makan ubat, berlagak macam lah boleh habis satu botol sekaligus, tapi bila je start titis ubat kat mata, baru tau takut macam nak lari tak cukup tanah.

Aduhai, kenapalah tajuk POOR IJAZ, patut POOR MAK IJAZ.

Note: Aku tak pernah kurus walau setiap hari menyusu dan mengejar anak.



Sila lihat pada mata kiri yang lebih lebam dan lebih sepet sehingga menimbulkan kesangsian doktor. Mungkin mengsyaki adanya unsur-unsur penderaan barangkali?

REFRAMING

Beberapa minggu ni aku belajar tentang teknik REFRAMING. Oh, apa tu? Well, I shall not do detailing here, but REFRAMING is something that YOU RE-FRAME THE OBJECTION YOU HAD, AS YOU CHANGE IT FROM NEGATIVE TO POSITIVE STATEMENT. So-so lah, so siapa nak tahu lebih lanjut hapementangkera tuh may reach me through phone ONLY. Email sangat jarang-jarang dibuka kecuali selepas waktu pekerjaan. Tapi kerja macam aku ni bilakah habis waktu bekerjanya. ?

Ok, no technical sharing, well here some story or metaphor that may lead to the application of REFRAMING. Haha bunyi cam gempak nak mampus, tapi yang sebenarnya adalah AKU CUMA NAK BERCERITA SAHAJA. Thats All. No tricks.

Berlaku hari Isnin hari tu. OH? CERITA BASI BARU NAK BAGITAHU SEKARANG? Erk. .

Hari tu aku ada training dengan salah seorang manager tempat aku menumpang cari makan. Well Iguess, hari tu adalah hari yang terburuk dalam hidup aku dalam hari hari yang buruk. Walau hari hari pun masih buruk, tapi hari tu lebih buruk dari biasanya. Tapi sebab aku belajar teknik reframing tu, jadi aku asuh minda dan hati aku untuk mengatakan
"Ok, hari ni hari UJIAN. Pagi, paper 'human', petang paper 'heart'. Tak perlu kecewa dengan apa berlaku, ini cuma satu hari yang sukar. Anda lulus 90%. TAHNIAH!"

Ia bermula dengan kenyataannya bahawa duit baki akaun dan dalam wallet aku suami isteri tinggal RM20 sahaja. RM20 pada 1hb, tuan puan.
Kenyataannya, aku kena pergi training hari ni, dan barang dapur dah habis. Well, mana satu anda pilih.

Kami (aku & suami) memilih kedua-duanya. RM20 dibahagi 2, aku pergi dengan membawa RM10+ HARAPAN BESAR ke destinasi di tuju, manakala suami membawa lagi RM10 balik ke rumah untuk membeli barang yang patut.
Reframing: Alhamdulillah, sekurang-kurangnya aku ada juga duit tambang pergi balik untuk mengutip sedikit ilmu yang dititipkan dari orang-orang yang sudi berkongsi ilmu dan motivasi. Alhamdulillah.

Jadi berbekalkan RM10, aku gunakan beli tiket star lrt RM3.40 pergi balik, tiket monorail RM2.40 pergi balik dan setin air nescafe RM2.00.

Sampai destinasi, aku mula bekerja. Memandangkan pejabat yang aku tumpang cari makan tu ada sediakan telefon yang banyak, jadi aku gunakan untuk call prospect aku atas dasar nak confirmkan appoinnment. Dari jam 9.00 sehinggalah sebelum training bermula, aku telah dengan JAYA secara automaticnya GAGAL mendapatkan appoinmnet. Faham? Maksudnya, appoinment semua batal hari tu, itu je.

Kecewa? Mestilah. Appoinment batal= peluang closed sales adalah zero=tiada duit.

Ditambah dengan aku yang sedang dilanda gulana, kerana kenyataannya aku dan suami belum berjaya menyediakan duit sewa rumah bulan ni. Kecewa sangat.Ya Allah, mana aku nak korek duit ni? DIMANA? Air mata nak tumpah tapi aku tahan. Sabar.

5 minit sebelum tranining, ayah aku call. Tanya ada masalah ke tak dan sebagainya. Sebagai anak yang sedang dilanda ribut bukan badai, ayah aku tahu yang aku memang tengah bermasalah. Dengan sedikit juraian air mata aku terpaksa cerita semuanya. Tuhan je tahu macam mana aku rasa. Aku TAK NAK LANGSUNG menyusahkan mak ayah aku. LANGSUNG LANGSUNG TAK NAK walau mak ayah aku selalu je nak hulurkan bantuan. Aku tak berlagak cuma aku tak nak menyusahkan diaorang, tak nak susahkan hati mereka walau kenyataannya aku SUDAH dan SEDANG menyusahkan hati diorang. Aku MALU nak terima bantuan mak ayah aku sebab aku bukan bujang lagi, aku dah ada keluarga sendiri, jadi bila aku terpaksa dibantu sedemian rupa, macam mana orang tengok suami aku?

Reframing: Alhamdulillah, tuhan tak melupakan aku. Aku masih ada emak ayah yang ambil berat. Aku cuma perlu kuat sedikit je lagi. Bukankah setiap yang berlaku ada hikmahnya?

Kemudian selesai hal dengan ayah aku, aku terus pergi training room. Perasaan memang tengah sedih. Ditambah denga perut yang sedang sangat lapar TUHAN JE TAHU, bila orang ajak aku lunch aku jawab, " tak pe, lepas semua training habis, I pergi makan sedap sedap" walau kenyataannya aku tahu, suami aku masak sardin SEDAP SEDAP kat rumah untuk aku balik kerja nanti.

Then, masuk training room. Macam dah penuh. Adalah seorang minah ni, orang baru jugak tapi sebab kat tempat lama dia kira top seller, jadi aku ada sikit respect lah sama dia. Masalahnya minah ni TAK PERNAH SENYUM kat aku dan TAK PERNAH BALAS SENYUM AKU. Ok, aku tak tahu apa masalah dia, cuma dia memang suka sakit sejak lepak company ni. So, aku tak adalah nak borak2 dengan dia, just berbahasalah apa yang patut sebab tunjuklah sikit concern kat member tak sihat apa salahnya. Dan hari tu dia ngadu kat seorang kawan yang dia kurang sihat. Tak pelah, aku kena faham. Bila masuk, ok, sebelah dia ada kerusi kosong tapi ada beg. Tengah mata melilau cari seat, dia tunjuk seat sebelah dia dan cakap something tanpa pandang muka aku

She: "da..da.da..da.there."
Aku: "sorry?"
She: "nobody sit there"
Aku: "but there's a beg?"
She" "nobody sit there" louder.
being me yang confius sebab tempat tu dah ada beg aku try nak confirmation
Aku: "the beg?"
She :" I SAID NOBODY SIT THERE!" dengan kuat dan air muka yang marah. dan KEREK. Sampi kawan dia macam tersegan dengan aku sebab terkejut dia cakap macam tu.

Oh oh oh, ini sudah lebih ok! Cakap baik baik tak boleh ke? Kau ingat aku ni adik kau ke kau nak kerek kerek ngan aku. Fine! Aku pun menghempaskan badan badak aku ke sit dan cakap

"OK THANK YOU!"

Aku tau kau sakit, tapi ini yang aku tak berkenan orang sakit datang ofis. Aku appreciate kesungguhan dia nak datang training walau dalam keadaan tak sihat, dan aku faham sangat orang tak sihat macam mana. Tapi jangan sampai kau MNEYEBARKAN VIRUS. kalau takat virus selsema, aku boleh carik ubat dowh. tapi virus BENCI SAKIT HATI ni makan hari nak lupa. Especially tempat macam ni yang SEBoLEH BOLEHNYA NAK MENYUBURKAN MOTIVASI DAN SEMANGAT KERJA, kau boleh buat macam ni, INI PETANDA.

Tapi, aku masih mampu reframing

Reframing: Bagi peluang kat dia. SABAR

Training berjalan lancar, manager aku seorang yang cakap cepat dan sungguh bersemangat. Tiba tiba tumpuan aku terganggu sebab orang depan aku punya handphone berbunyi, dan dia kena keluar jawab telefon. Sebab aku dah miss few words, aku mintak dengan sopan dari manager aku tu, repeat 3 LAST WORDS dia, tapi dia jawab,

He: "OH? I DON'T REPEAT WHATEVER I'VE SAID."
Me: "Er, I mean, the last 3 words you said just now"
He: Smile " Ok, TO THOSE WHO ARE JUST AWAKE, FYI..."apehal dia kata aku baru bangun plak, aku punyalah khusyuk dengar apa dia cakap, sebab tu lah bila terlepas ayat, aku mintak ulang je.
Me: "No, I've been distract just now and Imissed the last words.."
He : "NO. FYI I DON'T REPEAT WHATEVER I'VE ALREADY SAID, next time you put your recorder or handphone here" sambil tunjuk beberapa mp3 recorder yang ada atas meja.

Ok, salah aku sebab aku tak tahu ITULAH CARA DIA. bukan tak tahu tapi TAK AWARE. Aku tahu dia tak bermaksud nak MENGAJAR aku, tapi IA TELAH MAKAN DALAM hingga buat aku menggigil satu badan sebab SEDIH. SEDIH SIOT. Recorder menatang menda. TAHU TAK AKU TAK DE DUIT SEKARANG? DAPAT LEPAS MAKAN PUN DAH KIRA BAIK TAU!
Reframing? Still.

Reframing: My silly mistake. I should be more alert. Kerja kuat lagi! Nanti esok boleh beli semua gadjet yang dahsyat dahsyat dan bagi free kat kawan-kawan yang susah dan memerlukan, macam aku sekarang. SABAR

See, how the REFRAMING works on me? I should score 100% dalam UJIAN HARI TERBURUK, but then aku score 90%. Another 10%?

5.30 pm, dalam kereta, Stesen LRT Bandar Tasik Selatan. Pemandu adalah suami tercinta.

"They shouldn't do this to me! Tau tak orang ni tengah susah hati tak de suit sume? Dah lah tak makan lagi, tak cukup duit! Tak pe lah tak tahu, but they shouln't do this!!!!Kejam! Huuuuuuuuuu. Minah CE****!! Mamat tak ada hati!"*MENANGIS TAHAP GABAN*. There's the 10% laid. TERIMA KASIH.

REFRAMING: APA YANG BERLAKU ADA HIKMAHNYA.