SEORANG NENEK YANG DISAYANGI

Gosh! Speaking of nenek buat hati rasa kesayuan. This entry special dedicated untuk nenek yang dikasihi, khas menjelang Hari Ibu.

Nenek kami adalah emak kepada emak, yang kami panggil Atuk. Tahukah anda, di certain area di Johor, datuk dan nenek dipanggil Atuk, Cuma yang membezakan dan mengurangkan kekeliruan adalah datuk digelar Atuk Jantan, dan perempuan digelar Atuk sahaja.

Atuk aku dah berumur 90++ tahun. Tapi dia selalu kata umur dia 83, seingat aku dari aku baru first year kat universiti tahun 2000 dia kata umur dia 83, 84 tahun sampai aku dah ada anak pun dia kata umur dia 86.Hahaha. Tak, nenek aku tak nyanyuk, ingatan dia kuat, in fact kalau dia bercerita tentang sejarah lama, dia lagi kuat ingat dari emak aku. Dia kenal semua orang dengan baik, Cuma keuzurannya membuatkan telinganya semakin kurang pendengaran dan mata semakin kabur. Cuma bab umur dia confuse sikit, sebab zaman dia tak ada surat beranak, dia tak berapa jelas tahun kelahiran dia. Kami anak cucu dia pun kira umur dia hasil tambah tolok dengan umur anak sulung dia. So, andaian umur atuk sekarang dalam 93 atau 94. Tapi tak hairan sangat , sebab masa aku sekolah rendah dulu, aku masih ingat atuk ada makcik dan pakcik yang kitaorang panggil buyut (moyang) yang masa tu umur mereka pun dah melangkaui 100 tahun. Sekarang dah meninggal lah, kalau tak mesti aku gempak punya, masuk guiness book of record segala.

Atuk duduk dengan keluarga aku, dari aku kecil sampai sekarang. Jadi kami cucu dia anak Cikgu Eton memang sangat super rapat dan super duper suka melawan cakap dia. Tapi kami semua sayang atuk, sebab dia sangat baik, sangat pemurah dan sangat tegas. Aik,sangat tegas pun sayang ke? Berbanding emak yang selalu bertegang leher dan kemudian berbaik semula dengan atuk, ayah lebih penyabar dan penyayang dengan atuk. Sebab tu kalau emak dan ayah lama-lama kat KL melawat anak-anak perempuan yang degil, mengada-ngada dan banyak kerenah ni, atuk lebih rindukan ayah dari emak. ‘Hussin bila nak balik?” bukan “Eton bila nak balik?” Kalau ayah masuk wad, oh, ayah selalu masuk wad kerana kes jantung, atuk sangat concern dan lebih risau dari orang lain dan asyik tanya “Bila ayah nak keluar?” Percaya atau tak, ayah aku sangat penyabar dengan atuk, yelah orang tua, sampaikan dalam sehari ayah boleh pergi kedai 2-3 kali untuk beli barang yang atuk kirim. Biasanya kes begini, petang atuk berak-berak, ayah keluar beli pil chitkittekun, tengahari atuk gatal-gatal, ayah keluar beli gambir, petang atuk sakit badan, ayah beli penadol. Last-last emak macam dah boleh baca patern tu, terus emak suruh ayah borong ubat banyak-banyak kat sensei, dan buat stock kat rumah. Hahaha. Mak aku genius.

Atuk aku pun pemurah dan tak kedekut, kalau anak-anak dia kirim duit alaun, mesti ada hulur sikit kat ayah aku. Dia tak direct bagi, tapi dia suruh ayah beli lauk, ikan ke sayur ke, ubat dia ke, dia bagilah sikit, konon upah ayah. Cucu-cucu pun ada upah juga. Kalau tolong belikan barang atau apa pun kerja, ada upah, tapi yang kelakar, upahnya tak pernah naik-naik dari aku sekolah rendah sampai aku umur 30 tahun, upah tetap 50 sen. Hahaha. Tapi kalau nak balik asrama, atau balik U, ada lagi duit poket atuk bagi.

Dulu masa kuat, atuk tak boleh duduk diam, ada je kerja nak buat. Dulu belakang rumah aku sebelum jadi taman perumahan, adalah kebun sawit cina. So ada sikit space betul-betul lepas pagar rumah, atuk aku gunakan untuk cucuk tanam dan bela ayam. Kalau parit keliling rumah ni jangan haraplah nak lumut hijau sikit pun, tiap-tiap hari kerja menyental. Aku masa kecik selalu kena marah dengan emak, sebab suka buat kerja lambat-lambat sampai atuk yang buat. Kerja aku masa kecik lipat baju dan basuh pinggan, so emak bising kalau dia tengok atuk yang buat. Tapi atuk pun rimas tengok aku basuh pinggan, sebab aku suka main-main, main sabun lah, main masak-masak lah, bancuh kek lah apa lah dengan sisa makanan, baik-baik kerja basuh pinggan setengah jam jadi sejam sampai kecut tangan semua.

Kalau tidur, aku sebilik dengan atuk dan Inah. Masa aku sekolah rendah, angah dan along tidur bilik depan, ucu tidur dengan mak dan ayah, kak Meah pembantu rumah tidur bilik belakang. So, setiap malam atuk rajin bercerita. Especially zaman perang, zaman muda-muda, cerita tentang anak-anak dia masa kecil, ajar aku mengira dalam bahasa jawa sampai 100 dan macam-macam lagi. Atuk aku tak reti cakap jawa sebab dia sendiri berdarah campuran, tapi kalau setakat siji loro telu papat tu, expert lah. Kemudian kalau dia nak tidur, dia suka selubung badan dia sampai kepala dengan selimut dan ajarkan kitaorang teknik selubung jangan bagi lemas. Yelah budak-budak mana reti. Aku pernah baca blog adik bongsu aku ucu pasal entry atuk juga, dia pun cerita menda yang sama, maknanya masa ucu dah sekolah dan kena tidur dengan atuk,nmasa tu aku dah tinggal asrama, atuk masih mengekalkan ritual atau rutin yang sama iaitu bercerita kat cucu-cucu sebelum tidur. Bedtimestory kata orang putih. Kalau aku jadik nenek sok, aku bagi pil tidur je kat cucu-cucu aku. Hahaha.

Kalau tengok tv, dia akan bawa bantal betul-betul depan tv, baring sebelah kitaorang. Sebab atuk dari dulu memang ada masalah penglihatan, pakai cermin mata pun tak berapa nampak. Dulu tv standard channel TV1, TV2 & TV3. Tapi duduk Batu Pahat yang dekat Singapore adalah extra TCS5 & TCS8 (dulu SBC). Dengan atuk confirm cerita melayu. Memang atuk gemar menonton cerita melayu. Kalau dia betul-betul tak nampak, dia suka tanya, tu siapa, ni siapa, itu mak dia ke dan macam-macam lagi. Sebab masa tu kitaorang budak-budak memang tension dan berangin je jawab pertanyaan dia, tapi bila dikenang-kenang sekarang, manisnya kenangan tu. Sekarang, dah berapa tahun atuk tak tengok tv. Dulu tempat port atuk mengunyah sirih adalah kat rumah tengah, family area. Sekarang, atuk port kat bilik belakang sebab ada bilik air dan dekat dengan dapur.

Banyak mendalah tentang atuk yang masih segar dalam otak aku. Boleh buat bibligiorafi lagi, Semua memori yang baik dan kelakar pada aku, padahal masa aku kecik dulu, rasa tension sangat dan asyik gaduh je dengan atuk. Bila dah besar, baru aku faham, atuk sebenarnya mengajar kitaorang dan bukannya memanjang memanjakan kitaorang. Sebab tu aku dulu jeles dengan cousin yang balik bercuti kat kampong, manjanya dengan atuk, padahal dengan aku adik beradik ada je kena tegur. Sekarang, aku berterima kasih kat atuk, sebab atuk membantu emak mengasuh dan membesarkan kami adik beradik di hadapan matanya dengan baik.

Mata atuk betul-betul dah tak nampak. Kalau balik kampong dah seminggu, tiap-tiap hari dia tanya “kau ni siapa?”. Pertama dia dah tak nampak, kedua dia dah start lupa. Kalau sehari tu, masa breakfast tanya, lunch tanya, masa tea tanya, masa dinner pun tanya “kau ni siapa. Ini antara soalan-soalan favourite dia

“uda bila balik?”- yang ni dia ingat dia tanya kat adik aku bila aku balik, padahal dia tanya sendiri kat aku.

“rumah kau dengan pakcik jauh?” – tujuan suruh aku jenguk rumah pakcik aku sebab dia dah rindu kat pakcik.

“pak usu bila balik”- rindu pak usu.

“pak uteh apa khabar?”- rindu pak uteh

“anak kau dah besar? Ada 4 tahun?” dia lupa aku baru bersalin hari tu, terconfuse dengan anak along yang dah besar.

“kau dah gaji?”- ini maksudnya dah bekerja ke belum? Semua wajib bagi dia rm10 kalau dah kerja. Itu amalan keluarga.

“suami kau apa nama, atuk lupa”. Nama Jasmi pelik sangat kot, susah nak ingat.

“bila kau balik?” padahal aku dah kat kampong seminggu.

Dan selepas semua soalan tu, dia pun start mengadu sakit-sakit dia yang ada. Kesian atuk. Dah tak ada ubat yang membantu, sebab bukan dia sakit kronik, tapi sebab dia sakit tua. Yang paling sedih, dia pernah tanya aku “kat Kolompo ada ubat sakit tengkuk tak?”. Sebab ubat yang dia makan dah tak dapat membantu mengurangkan sakit-sakit yang ada, jadi dia harap aku dapat cari ubat yang lebih bagus di KL. Padahal system badan dia dah semakin uzur sehingga ubat pun dah tak berkesan lagi.

Dalam masa 5 bulan ni, atuk aku sangat uzur, semua system dia merundum. Pada aku, atuk sekarang terlalu berbeza dengan atuk aku 10 tahun lepas. Jangan kata 10 tahun lepas, hampir 2 tahun lepas, selepas Ijaz lahir dan aku berpantang kat kampong pun atuk tak adalah seuzur sekarang.

Memang atuk makin uzur. Tersangat uzur. Last thing yang aku tahu, emak, ucu dan bibik sedang gigih ajar atuk guna diapers dewasa, bukan sebab atuk terkecing-kencing atas katil, tapi sebab atuk asyik masuk bilik air untuk kencing tapi tak lawas. Kalau dia masuk toilet, dia akan ‘lepak’mencangkung kat situ dekat sejam kerana kencing tak lawas. Sampai ada ketikanya, bibik terpaksa angkat atuk keluar bilik air sebab kaki dia dah kejung, tak boleh bangun. Atuk berdegil tak nak pakai diapers, last-last sebab ucu garang, dia terpaksa lah pakai. Hahaha. Doktor tak ada mercy punya ni. Tapi ada masalah barulah pula, dia tension sebab kena tahan berak sebab dia geli nak berak dalan diapers tu. Alahai, atuk atuk.

Tahun ni, untuk hari ibu ada hadiah untuk atuk. Sebab atuk adalah seorang ibu, tanpa atuk, tiadalah emak, tanpa emak, tiadalah aku. Tanpa aku, tiadalah Ijaz.Hihi

Nota anak emak: Tiadalah Transkripsi Huzairiyah

5 comments:

RajaMenangis said...

Bile hari ibu?

huzairiyah hussin said...

some said 9th may, some 14th may. entah. ikut suka

Hapi said...

hello... hapi blogging... have a nice day! just visiting here....

adila said...

ajai..
aku baru tau yg mother's day adalah hari ahad minggu kedua pada setiap bulan may.. heheh.. selamat hari ibu!

huzairiyah hussin said...

dila,
happy mother's day!
semoga sentiasa ceria menjadi ibu.
biar garang asal gembira.haha