AINA DIKASIHI

Hari isnin kelmarin, cik huzairinah memberitahu perihal si kecil aina ni. luruh sekejap jantung ni mendengarnya. eh, cerita pasal aina ni macam glamour lah sangat, pasal sebut aina je satu dunia kenal aina. well, ini intro aina AINA SHAHRINA-MATAKU BAK BULAN PURNAMA, ok ingat lagi? Adik aku bagitau pasal result IJN yang confirmkan wedok-cilik-kiut-manis-nyum-nyum ini mengidap jantung berlubang. Mau tak luruh jantung ni. Air mata rasa nak tumpah, bila terkenangkan betapa si kecil ni terpaksa melalui kesukaran sedangkan diri terlalu kecil lagi. Bila cuba menyelemai perasaan kakak sulung aku Along- si ibu, rasa lagi sedih menusuk-nusuk kalbu. Pulak tu masa yang sama saudara 'abang saudara aina', encik Ijaz gagah-hensem-anak jantan ayah baru sihat demam nak tumbuh gigi geraham yang berlarutan seminggu. Betapa. Semoga tuhan berikan kekuatan minda yang mantap kepada puan huzaimah untuk berhadapan dengan ujian ini. Cerita tentang rentetan perjalanan semenjak dilahirkan TO MY LOVE AINA SHAHRINA, pinjam blog Huzaifah sekejap ye mak ucu. Sebab terminolgy mak ucu lagu gempak. Buah hati kami Aina, semoga cepat sembuh. Dan melihat dunia dari mata yang bak bulan purnama itu. Aminn p/s-copp, jangan confuse, nama adik beradik aku memang semua HUZAI. baca betul-betul, nanti salah baca membawa salah makna.

0 comments: