Wah!
Pagi-pagi lagi rasa nak menjerit. Pehal aku?
Puasa ke tidak?
Tak, frenkly speaking aku tak puasa.
Selamat Hari Raya.
So what kalau aku bagitau aku tak puasa? Nak mengata? Silalah. DO I CARE???ADA AKU KESAH????
Dua tiga hari rasa meluap-luap kemalasan dan kemorongan.
Read; morong. Makna dah tahap murung gila.
Lepas tu mencorot *makna mencurut gila* dan meroyan. Makna meroyan lah.
Bila di rationalize, di fikir-fikir, di soal-soal balik diri
"Kenapa aku ni?"
Entah, aku tak dapat jawapan tepat selain PMS.
Asyik nak salahkan hormon je, mana boleh jadi.
Tapi, ya betul juga, aku hampir tak didatangi teman baik hampir dua bulan. Ni semua gara-gara makan ubat penambah tenaga, konon nak lebih bersemangat dan lebih bertenaga, tengok-tengok 2 bulan tak menjadi wanita anggun. Kemudian sasau, terasa macam "eh, aku monopause ke?". Nah, ambik kau. Otak dah melalut. Tapi serius aku rasa macam perempuan simpanann Datuk yang datuk dah lama tak datang jenguk. Loser.
Nasib baik tuhan sayang aku. Akhirnya semalam datuk datang.Hahaha.
Aku suka period. Have a happy period!
Yeay, balik nak buat toasted bread. Nyum.
Kan? See? Mood swing.
Pagi tadi meeting, seorang kontraktor aku banyak sangat songeh, pagi-pagi kena taruk dengan aku.
Yes, sudah hangin satu badan.
Tapi itupun kira baik, aku taruk yang patut sahaja. Sebab aku masih tahu untuk bekerja guna akal, bukan guna mood sahaja.
Kerja tak deliver, banyak sangat alasan, sendiri yang salah tapi nak salahkan aku.
Kau telah mencari pasal dengan ibu singa beb!
Tiba-tiba teringat bicara Dr.Azizan.
Pasal hal serotonin ni.
Nak tau apa tu serotonin tu, goggle lah sendiri aku malas tak bersemangat nak explain.
Tapi aku baik, aku bagitau serba ringkas.
Dalam otak kita ada centre of thoughts; pusat pemikiran yang mana lelaki ada +/- 18K cell dan perempuan ada 24K cell dimana 90% adalah cell negative. Tapi Allah ciptakan hormon serotonin, sejenis hormon yang assosiate dengan feelings and relaxation. Kalau kita ceria, hormon serotonin tu akan increase dan semua +/-24K cell of pusat pemikiran itu boleh menjadi cell positif.
Bila positif, maka tak adalah kita murung morong mencorot meroyan semua tu.
Cuma, kaum hawa ni, bila datang period, automaticnya hormon serotonin tu akan merundum. Bila dah decrease, maka banyaklah cell negative yang bercantum berhubung, maka jadilah apa pun yang disebut PMS ke MMS ke apa pun lah.
Berkocak hormon aku hari ni.
Tapi, nasib baik aku tak mahu kekal tidak berserotonin begini. Menyeksakan. Nak menangis tak ku tahu mengapa. Jadi aku tak suka.
Lalu, pertebaran lah aku mencari penebar roti..eh..tak tak..bertebaranlah aku di muka bumi ini. Mencari makanan jiwa terbaik.
Mana lagi.
Kedai buku.
dan Alhamdulillah. Kembali segar. kembali bersemngat. kembali optimis.
3 hours ago




0 comments:
Post a Comment