MASALAH ADALAH CABARAN

Hai, masalah. mana pernahkan habis. Tak nama manusia jika tidak ada masalah. Masalah kerja, masalah anak-anak, masalah attitude orang tu, orang ni, masalah famili, masalah kereta. Dan macam-macam lagi. Fikir pasal masalah setiap hari boleh berasap kepala. Boleh hilang keceriaan di wajah. Muka dah make up cantik-cantik, baju dah iron kemas-kemas, boleh hilang maknanya sebaik kepala teringat masalah.
Tapi kalau tak fikir, tak boleh juga. Mana boleh lari, nak tak nak kena tempuh juga. Nak tak nak kena mencuka juga, kena bad mood juga, kena nak memaki hamun juga, kena hangin satu badan juga. Macam-macam gaya muka dan body language kita bila dirundung masalah. Nak hilangkan stress sekejap, dengar lagu kuat-kuat, makan banyak-banyak, bawa kereta laju-laju, menangis tepi highway *AHA MACAM KU KENAL SIAPA BUAT NI*.

Tetiba kawan call
"nyah, jom shopping jom, at least lega sikit kepala kau yang berasap tu" atau
"nyah, gi club malam ni. jumpa kawan-kawan. ko tension-tension buat apa, jom enjoy nak". Eh, betullah tu, itu cara nak lepas tension. Asyik ingat masalah je, penat dah otak ni.

Ok, kita pun bertandanglah ke Pavillion. Bukan shopping mana sangat pun, walau kantoilah juga beli cluth Paris Hilton sebiji & dress BCBGMAXAZRIA buat penawar luka hati yang gundah gulana. Senyum senyum lah suka hati.

Tapi.... menjelang malam yang sunyi, bila butik Paris Hilton tutup, hati kembali merundum sedih. Eh, ada lagi. Mak nak lepak club malam ni. Cik Gayah bergaya dan ajak siang tadi. Ok, pakai shatekkk shanteeekkkk seksi mantop segala. Dress merah BCBGMAXAZRIA yang masih bau air-cond monorail bukit bintang dipakai dengan penuh gaya mutu keunggulan, siap make-up top up dengan fake eyelashes bagai. Sampai ke tempat hiburan disambut bak celebriti bintang realiti tv. Semua puji
"nyah, u look gojes la, u buat rambut ke?"
"hey beautiful, may i pay your drink". dahsyat betul. Dah macam iklan sabun mandi. Dari masuk, sampai keluar jam 4 pagi, semuanya tip top lah. Siap ramai mamat anak VIP menghimpit. Balik rumah rasa macam Miss World dapat tiara. Fuyo, tinggal tak ada paparazi ngekor je, kalau tak dah sebiji mcm Kim Kardashian punyalah.

Tapi... bila menjelang subuh *KALAU BELUM TIDURLAH, KALAU TIDUR ESOK JAM 5 PTG BARU TERASA* hilang semua kemeriahan. Sunyi. Sepi. Hati kembali sendu.

Atau, kisah biasa-biasa macam kita semua. Bila ada masalah, monyok je muka. Tak mahu bergaul. Nak privasi. Sehari. Dua Hari. Dah seminggu baru ok. Baru mingle balik dengan kawan-kawan. Buat orang lain susah hati je memikirkan kita.

Lepas tu mak pula call " Kakak, bila nak balik? Mak nak mintak tolong............."

"mak! Kakak sibuk lah. mak suruh acik lah. kakak bnyk kerja, bos nak tu, senior nak ni, mak lagi. Pening kepala kakak. Semua orang ni nape tak boleh tengok kakak senang. Kakak tengah tension ni!!"

Amboi kau, mak belum habis cakap pun lagi. Entah entah mak nak cakap, mak nak mintak tolong kakak hantar mak pi Holiday Plaza *tempat I outing masa sekolah u*, mak nak belikan kakak gelang emas. takut mak beli kakak tak berkenan.

Kesian mak kat sebelah sana. Terkebil-kebil dia. Mana tau dia mintak tolong anak hantar ke hospital, sebab mak sakit sangat. Mak tak nak menyusahkan anak, selagi terdaya mak pergi sendiri. Tapi kali ni mak betul-betul sakit. Mak tak larat.

Sebenarnya tak payah cakap orang lain. Inilah yang aku buat dulu. Bila ada masalah melanda. Habis semua orang aku amuk. Mak ayah tak terkecuali. Tapi ayah...bila aku betul-betul susah, ada sahaja pertolongan yang datang tak pernah henti. Kesal. Begitulah kita setiap kali di landa masalah. Samada diselesaikan dengan lebih buruk atau buruk. Buruk tak mengira tahap, suku buruk, setengah buruk, 4/5 buruk. Sama sahaja. Kesannya memberikan hasil yang sama. Masalah tetap ada.

Jadi bagaimana? Ambil kata-kata ini dulu. Lakukannya. Mulakannya. Jika berhasil, kita bertemu lagi di entry seterusnya. Jika tidak, lupakan aku. Teruskan dengan kemarahan kau itu. Lihat, kemana ia membawa kau pergi

Tutup mata.

Tarik nafas dalam dalam, 2 saat, 4 saat, 8 saat 10 saat. Lepaskan perlahan-lahan. Beristifar.

Beristifar tanpa henti sampai kemarahan reda.

Cuba nampakkan "masalah' itu dalam bentuk bulatan seperti bola. Warnanya merah. Saiz bola itu bergantung kepada besar mana masalah kau.

Cakap dalam otak, kepada bola masalah tu "kau adalah masalah.Nah! sekarang aku jadikan kau cabaran."

maka bola yang merah menyala tu kau mesti cuba olah dan ubahkan warnanya kepada warna yang lebih lembut. Warna pink misalnya. Lebih friendly. Kalau boleh ubah warna kepada warna sejuk lagi bagus. Motif ubah bentuk, sebab bila kata CABARAN tu kita lebih lega. Macam nak masuk exam, bukan rasa macam nak bunuh orang.

Kemudian, cuba kecilkan bola cabaran yang besar tu menjadi kecil, seperti bila takraw. Seperti mana yang kau mampu, yang kau fikir sewajarnya. Sekarang, dengan hati yang lebih tenang, kau nampak bola takraw warna pink? warna hijau? warna biru? kau katakan kepada bola itu "kau hanyalah satu CABARAN KECIL.HANYA CABARAN KECIL. KAU BOLEH AKU ATASI!"

kemudian perlahan-lahan buka mata. Keep in mind, kau tiada masalah. Hanyalah satu cabaran kecil yang datang dalam hidup. kemudian, ini dia

SENYUM & SABAR.

Setiap masalah ada jalan penyelesaian. Namun adakah kita mahu menyelsaikan masalah dengan masalah (clubbing, overspending, derhaka, hilang keyakinan, hilang sahabat) dan sebagainya. Atau kita memilih untuk berhadapan dengan masalah itu dengan melihatnya sebagai cabaran, maka kita lebih focus, lebih sabar, lebih tenang, lebih optimis, lebih memahami diri dan situasi. Percayalah, jalan penyelesaian pasti akan muncul. Hanya terpulang kepada kita untuk mencarinya dengan masalah atau dengan optimis.

p/s- terima kasih tuan syed, aku kini lebih mengerti

0 comments: