PUASA SUDAH

Amboi lah, pejam celik pejam celik.

Syahdunya rasa menghampiri ramadhan ni. Banyak perkara pahit dan manis tentang Ramadhan, but aku guarantee 99% semua manis-manis belaka.

Well, aku nak share satu ocassion yang aku dan husband akan buat semasa ramadhan. Forget pasal PARAM dan jualan tudung bawal bagai, it is more exiting than that.

Aku dan husband date since 2000 lagi. Sudah 9 tahun since kisah jeling menjeling tatap menatap usik mengusik tiru meniru exam berlaku. And it was ramadhan 2000 (around january), bilamana kita tak official lagi masa itu, tapi we hang out as teman tapi mesra. Our pick destination to hang out was Jalan TAR. Gila maksiat time puasa. Hahahaha. Mmapus mak aku tau ni.

So, we meet up at Komuter Station Serdang. Came down to station separately lah wei, belum jadi pakwe mak we lagi, mana bleh suka-suka angkut aku kulu kilir. Then, took komuter sampai Stesen Bandaraya.

Then as the young teen student yang baru nak belajar bercinta, kami pun melatalah di bumi KL, dari campbell, pertama kompleks, sogo, masjid india, masjid urdu masjid cina semua habis diredah. Sampai tak perasan waktu berbuka nak dekat, tup tup tengok jam dah lambat. dalam 15 minit sebelum buka. Cari tempat nak berbuka semua tempat dah full house. Jadi, apa boleh buat, kami belilah cucuk-cucuck barang 5-6 batang dan air kotak yang dijual depan Semua House. Dulu penjaja PARAM banyak sepanjang jalan depan Semua House, sekranag nape ntah diaorang tak buat lagi.

Berbuka ala kadar buat isi perut, then solat maghrib kat masjid india barulah kami berbuka betul-betul.

Jadi, sempena peristiwa MAKAN ALA KADAR DI TANGGA SEMUA HOUSE ini kami namakan dia sebagai REVIVAL. Semenjak tu, setiap tahun pun nak revival, walau tak beli hapa pun kat Jalan TAR, walau dah bekerja. Tak kisahlah hari apa, mesti pick satu hari yang agak lega sikit, naik LRT datang Semua House dan buka puasa kat tangga dia. Nostalgic sungguh.

But then, few years back tak dapat nak buat revival.
2008, aku tak sempat Revival sebab dah sarat sangat, takut terberanak kat situ.
2009, sibuk pasar ramadhan, baru nak Revival, Ijaz masuk wad suspect H1N1.
2010? InsyaAllah, jika Allah izinkan, berbuka lah aku di tangga Semua House lagi. Tapi yang pasti, jika itu berlaku, bersedialah wahai pengunjung Jalan TAR, dari Masjid India, ke Semua House sampai ke Campbell. Kalau tiba-tiba terdengar suara perempuan terpekik terlolong

"IJAZ!!!!!!!!!!! DUDUK DIAM DIAM!!"

itu aku lah tu.

2 comments:

openid said...

Selamat berpuasa. Start puasa nanti mesti sibuk menyiap makanan berbuka dan sahur. :)

ayin1911 said...

Classic. I like!! :)