4 DAYS 3 NIGHTS TRIP

Nota kepala: Gambar & cerita sebenar tidak mengikut urutan. Blogger hari ni ada maintenance.

Dia ni suka-suka je terjun laut. Dah lah tak bawak baju salin. Kopak duit aku beli baju kat kedai situ yang mahal dan kerek. I ni pelancong tahu!

Long & Siti; mereka memang gigih!


Adik & Ijaz; Mereka lagilah gigih.

Gambar apek dua beranak jual topup ni sepatutnya berada di atas. Di Perhentian Lanchang untuk melanchang perut.

Hai pembaca budiman. Mari kita pergi jual top up!
Nota mama: Ijaz yang pilih baju ayah. Mama tak terlibat dengan aktiviti boria mereka ini. Harap bersabar.

Eceh!

Macam bagus. Macam honeymoon trip. Macam club med vocation kemenda.

Last wednesday, masa birthday si cantik yang ke-3o. Semasa semua rakan taulan mengucapkan selamat hari jadi dan welcome to the 3 series club, telah berlaku sesuatu yang tidak dijangkakan.

Kami menerima berita, ibunda kepada suami dimasukkan wad. Itupun menurut kakak ipar yang bertanggungjawab menghantar mak ke hospital iaitu Mona, mak belum confirm masuk wad.
Tapi menjadi aku yang telah immune dan biasa sangat dengan berita mak ayah aku masuk wad ni *since 1992*, terus mengajak encik jasmi pulang melawat emak. Encik Jasmi mula-mula plan nak tunggu je berita dari Mona, tapi aku bagitahu dia bahawasanya tak kisahlah mak dia confirm ke tak confirm ke, tapi memang confirm dah sakit lah tu.

Hari Khamis, aku pergi site, bekerja 1/2 hari, kemudian pulang rumah berkemas dan terus gerak ke Kuantan.

Sebenarnya mak mertua aku dah 3 bulan sakit, sebelum bulan Ramadhan lagi. Dah hantar hospital Raub dan minta air dari Darul Syifa, tapi masih tak sembuh lagi. Kemudian, Mona yang tinggal di Muazzam, balik jemput mak di Raub, awalnya hanya untuk pergi check up dengan hospital disana, tak sangka mak pula kena warded. Nasib baik ada Pijen kat Kuantan, awal-awal lagi aku dah booked rumah dia, in case tak dapat hotel.

Sampai Kuantan jam 6.30. Sampai Hospital Besar Kuantan, call Mona semula. Tapi Mona kata, mak kat Kuantan Specialist Hospital. Dia bagi direction, maka kami terus ke sana. Rupa-rupanya Kuantan Specialist tu adalah KPJ. Patutlah waktu melawat pun sampai jam 8 malam.

Sampai KPJ, call Mona balik, tanya wad. Suami Mona, abang Hanif bagitau nama wad mak. Masa tu muka encik Jasmi dah pucat. Tergamam. Aku pun terdiam.

Mak kat ICU!

Serius masa tu memang terkejut badak. We have no clue at all!

Naik tingkat 2, terus cari bilik mak. Muka Encik Jasmi tak usah cakaplah macam mana. Macam nak nangis. Muka dia dah tergamam, terkelu dan terkedu habis. Dahlah malam sebelum tu dia memang terkilan menyesal segala sebab dah janji dengan mak nak hantar ke Darul Syifa Bangi, plan nak pergi hari Selasa terus jumpa Datuk Harun Din. Tapi tak jadi sebab mak tak ngadu apa-apa lagi masa weekend sebelum tu. Muka dia memang regret gila. Apalagi tau mak kat ICU, lagilah dia rasa sebiji anak derhaka. HAHAHA part derhaka ni memang aku suka-suka tambah.

The rest become history.

Macam biasalah, macammana kalau jaga orang sakit kat hospital, maka tak adalah nak enjoy joli bagai. Itupun dah rasa amazing sebab akhirnya sampai juga aku kat Kuantan ni. Last time datang tahun 2003 masa outstation bersama company lama dulu. Time before that adalah semasa Cik Ala aku duduk sana. Back in 1990, masa darjah 4. Lama kan? Tapi amazing, Kompleks Teruntum tetap maintain awet muda. Ada gak tersesat *sesatlah sangat padahal mengelat* ke Teluk Cempedak. Asalnya nak cari makan, berakhir dengan aku gaduh dengan Ijaz je sebab dia meluru terjun masuk laut. Kurang asam pedas betul.

Syukur juga, apabila sedang ligat fikir mana nak booked hotel, berapa lama nak stay, abah mertua aku dapat accomodation free from his friend. Not so 4-5 star, tapi alhamdulillah! Tuhan mendengar doa kami, menghadirkan insan-insan mulia yang ikhlas membantu.

Dan syukur, emak pun semakin pulih, eventhough some percentage of her heart sahaja yang function sekarang, tetapi at least ada healing sign. Alhamdulillah!
So, above are the picas yang diambil dengan gigih, sebab bateri semakin out. Itu sahajalah karangan aku buat kali ini. Sekian.

0 comments: