You got an idea tak bila ada tajuk best mcm ni. Tema lari ke laut.
Ok, i should have said, sebenarnya adalah cerita random. Cerita random ni boleh berlaku bila otak kau jammed. Kau rasa nak baham orang. Kau rasa bila menaip, jari kau tak synchronized dengan apa yang ada dlm otak. Semuanya seperti berterabur. Typo here and there.
1. Pergi jalan-jalan di shopping complex mesti ada banyak idea to blog. Especially bila masuk kedai buku, mencurah-curah idea datang. Tengok novel, keluar idea. Tengok magazine, keluar idea. Tengok fiction, non fiction, lagi bersepah idea. Berlumba-lumba keluar. Then, i have my theory.
That>>
These book are talking. And my mind is listening to what they talk.
Make sense kan?
Itu yang rasa macam bising je dalam otak ni. Otak bercakap-cakap, hati pun sama nak bergossip. Bingit.
Kalau kau perati betul-betul, sebenarnya teori ni applies kepada semua tempat. Contohnya, bila masuk kedai baju, kedai kasut, kedai baby, pernah tak rasa dipanggil-panggil, digoda-goda? Selalukan. Most of the time. Well, ini semua adalah angkara mereka yang dipamerkan di situ.
"Come...pick me..I am gorgeous.."
"Pilihlah daku!"
"Sayalah! Sayalah!"
"Saya juga"
2. Bila merajuk dengan partner, apa yang korang buat?
Macam aku, masa bujang-bujang dulu masa tahap kedegilan dan kesabaran berkadar terus dengan usia perkenalan, asal gaduh je mesti nak jadi drama queen. Mesti nak fire kaw kaw punya. Mesti nak bawa diri ke tempat terpencil.
Ewah.
Bajet macam bawa diri pergi Pulau Redang.
Padahal, lepak berejam di R&R highway. R&R yang selalu jadi mangsa biasanya R&R Desa Serdang dan R&R Awan Besar. Nak sampai situ pun banyaklah dramanya. Bawak laju-laju bajet lepaskan perasaan. Bayar tol mata merah-merah.
Then, bila dah sampai situ, bukan buat apa pun. Bukan masuk toilet, singgah surau buat solat sunat taubat ke, istikharah ke. Tak ada. Cuma duduk diam diam dalam kereta. Kunci pintu dulu, takut abang lori ke abang bangla ke tiba-tiba serbu masuk. Lain pulak jadinya. Kemudian, layanlah perasaan sampai penat. Rasa-rasa mengantuk, start kereta balik rumah.
Tapi now ni, tak bolehlah macam tu.
Kalau merajuk setakat tersalah faham, tersalah cakap, diam ajelah. Paling kuat pun bertekak kejap, lepas tu masing-masing diam. Lepas 1/2 jam, baik balik.
Tapi kalau betul-betul kecik hati, makan hati *macam sekarang ni HAHAHAHAHA kantoi gaduh tadi*, aku start kereta lepak Jusco. Sebab Jusco paling dekat. Masuk kedai buku, cari bacaan yang menghiburkan. Bukan majalah hiburan. Bacalah buku-buku keagamaan, yang suka sangat nak menceritakan balasan isteri yang durhaka *zass!*, bagi keinsafan seminit dua, bagi reda hati, barulah balik rumah. Kalau dia ada call atau sms pujuk, cepatlah sikit baliknya. Kalau tak ada langsung, maka baliklah juga, tapi balik jinjit berbeg-beg plastik. Mengadakan?
3. Pergi kerja badan lenguh-lenguh lagi. Cari punca kenapa. Aku punya masalah, sebab bilik panas. Jadi memilih tidur diluar, beralaskan tilam nipis. Sekarang sudah padan muka. Badan sakit-sakit. Nak pasang air-cond. Bagus tak idea tu? Sekarang, mana satu nak buat dulu. Nak pasang air cond ke, atau nak beli rak buku? Dua-dua pun nak. Dua-dua pun keperluan. Pening. Ok, buat satu-satu.
Jom makan!
3 hours ago




2 comments:
ooo..mentang2 jusco mahkota cheras kat rumah ko..haha..x pela merajuk ada org pujuk..aku merajuk xde sape kesah..
mazu,
bukan setakat jusco mahkota cheras, malah jusco cheras selatan, carrefour btho, tesco kajang pun dekat!
bkn selalu dipujuk pun.
kejap lagilah tu mazu, kejap je lagi
Post a Comment