ASAL USUL NAMA

Baru lepas meeting yang *whoaa! legaaaa*

Asal dapat idea nak buat entry ni sebab masa meeting tadi ada orang panggil aku 'Huzai'. Entah siapa wakil J*R ni tiba-tiba terpanggil nama aku macam ni. Tak ada apa-apa kesalahan cuma dah lama tak ada orang panggil aku dengan panggilan tu kecuali kawan-kawan masa sekolah rendah sahaja. Bertitik tolak dari situlah maka entry ini timbul.

Nama sebenar aku HUZAIRIYAH BINTI HUSSIN. Itu nama dalam kad pengenalan. bukan HUZAIRIYAH BTE HUSSIN. Tak boleh salah tulis BINTI dengan BTE, nanti form kena isi semula sebab tak sama dengan ic. Korang tahukan pasal ni. Sebab tu dalam form mesti ada star* kat bawah sruang isi nama tu, suruh tulis SEPERTI TERTERA DI DALAM KAD PENGENALAN.
Nama ni adalah gabungan nama ayah dan emak aku. HU for HUSSIN dan ZAI for ZAITON. Semua adik beradik aku ada HUZAI dihadapan. HUZAIMAH, HUZAIDAH, HUZAIRIYAH, HUZAIRINAH, HUZAIFAH, HUZAIDON, HUZAIDIN, HUZAIMON, HUZAITAN. Chopp..1,2,3,4,5. Eh, lima aje rupanya adik beradik aku. Sampai HUZAIFAH. Best sangat taip HUZAI HUZAI HUZAI sampai terlalut. ceh. Tapi kenapa ye kalau balik riuh rendah macam ada 15 HUZAI didalamnya?

Dalam family semua orang panggil aku UDA. Sebab aku anak nombor 3. Sedar-sedar sejak mumaiz, aku ingat orang panggil aku UDA. Uda bulat, Uda comel, Uda garang, Uda degil. Semua UDA. Tak ada Kak Uda, Kak De, Dede, tak ada. Memang UDA.

Kemudian masa aku sekolah rendah, semua orang panggil aku HUZAI. Cikgu-cikgu dan kawan-kawan memang panggil aku HUZAI. Yang lawaknya semua adik beradik aku cikgu dan kawan-kawan dia pun panggil Huzai. Padahal dah lah sekolah yang sama. Macam Huzai 1, Huzai 2, Huzai 3 dan seterusnya. Memang tak seronok langsung ada macam ni.

Ingat lagi masa aku darjah 4. Kawan aku baru masuk talian telefon kat rumah dia. Jadi kitaorang ni memang suka calling-calling. Nama kawan aku ni ZAIHA, pun gabungan mak ayah dia juga ZAINAH dan HARUN. Adik beradik dia pun semua ZAIHA. Suatu hari dia call rumah dan emak aku yang jawab. Dia kata nak cakap dengan HUZAI. Sebab anak mak aku semua HUZAI, mak aku tanyalah siapa nama pemanggil tu instead of tanya which Huzai kan. Being emak yang strict, memang dia tahu semua nama kawan-kawan kitaorang. Jadi dengan tanya nama pemanggil, emak aku bajet boleh terus pick up which Huzai yang dimaksudkan. Si kawan aku dengan jujur jawablah "Zaiha". Masa ni mak aku dah confuse. Kalau masa tu dah ada rancangan GOTCHA ke WAKENABEB mesti aku nak jerit "Mak! GOTCHA!" dan lepas tu confirim kena bantai baik dengan emak aku.

So mak aku tanya balik "Yelah, Zaiha mana nak cakap dengan Huzai mana?"
Kih Kih Kih. Ada jugak lawak sebegitu. Macam "yelah, baju mana nak suit dengan kasut mana?"

Kawan aku pun jawab " Zaiha Nursyuada nak cakap dengan Huzairiyah".

See kawan-kawan, inilah yang berlaku jika tiada nama panggilan khusus. Then, bila dah besar borak-borak dengan adik aku, rupanya dia ada peristiwa yang exactly sama dengan apa yang berlaku kat generasi HUZAI dan ZAIHA yang terdahulu. Kali ini anatara HUZAIRINAH dan ZAIHA NABILA. Lawak lawak. Kesian emak aku dibuatnya.

Sebab itu bila aku dapat masuk asrama aku tak nak dikenali sebagai HUZAI. Dok fikir dok fikir nama apalah yang orang boleh panggil aku tanpa menjejaskan nama asal aku, jadik sebaik aku masuk SMKA Maahad Muar (ex Maahad aku ni jangan tak tahu tau) aku pilih untuk dikenali sebagai ZAI. ZAI? Biar betul aku ni. Meh taip balik ::::::ZAI. Harggggh! Tiba-tiba pitam jap.

Maka aku dibrandingkan di Maahad dengan sapaan:::::::ZAI *pitam balik*

Namun begitu, nasib baik aku bertemu dengan seorang kawan yang sangat comel, cantik dan sempoi bernama ADIBAH AHMAD. Wahwahwah! Dia inilah bestfriend aku masa sekolah di Maahad dekat 2 bulan.

PUAN ADIBAH AHMAD inilah yang bertanggungjawab menukarkan nama aku. Aku ingat lagi insiden bilamana dia kata "Aku nak panggil kau Jai lah. Zai tak sesuai" dan aku menerima dengan seronok panggilan baru untuk aku yang lebih cool itu. Dah macam perunding imej pulak dia ni. Maybe sebab aku agak brutal maka nama Zai tu macam tak masuk. Jadi bermula saat itulah nama Jai tu jadi nama aku.

Selepas hamppir 2 bulan kat Maahad, aku dapat offer pergi STF di JB. Mati-mati tak nak pergi, tapi ayah suruh juga. Dengan berbekalkan panggilan JAI tu, maka aku datanglah STF dan mahu dipanggil dengan JAI.

Kemudian aku berkawan pula dengan seorang budak paling cantik dalam kelas 1B. Namanya Wan Baqhiah. Panggil dia Becky. Memang cantikkkkkkk sangat. Dia pulak mengusulkan nama baru untuk aku. Dia kata Jai tu macam jantan sangat tak sesuai dengan aku . Maybe sebab aku masuk STF masa tu masih pakai tudung labuh dari Maahad, jadi bajet macam wanita muslimahlah. Dia bagi nama baru, tambah sikit kat JAI tu. Maka jadilah AJAI.?.Feminin jugak nama AJAI ni ye..hemmm.

Dan lekatlah nama AJAI tu sampai aku masuk Universiti. Kebetulan pulak ramai budak sekolah aku masuk Matrix yang sama, jadi tak adalah dapatnya nak rebranding semula nama aku ni.

Sebenarnya mak aku kurang berkenan dengan nama Ajai ni. Ayah aku selalu perli, macam nama lelaki. Mak aku kata kenapa tak suruh kawan-kawan panggil 'YAH'. Aku macam terjenggil mata biru muka bila mak aku suruh panggil Yah. Yelah, mana sesuai nama makcik-makcik ni masuk sekolah asrama all girls ni. YO! WASSUP YAH! Boleh tercekik fork and spoon budak-budak STF nanti. Jadi aku selesa carry nama AJAI ni sampai habis sekolah. Bila masuk Matrix, bila dah start ada secret admirer terasa juga nak tukar nick name, tapi semua tak kekal. Just panggilan gatal untuk MIRC Chat aje. Malu nak tulis kat sini. Nanti ramai pakat gelakkan aku. Ada juga masa final year dulu, kawan-kawan panggil Cik Yah. Tapi 7-8 orang sahaja yang panggil. Selebihnya masih selesa panggil AJAI.

Even kenal dengan husband aku pun, nama AJAI ni lah yang dia kenal. Dulu dia panggil AJAI. Sekarang dia panggil AYANG, SAYANG, BUSUK, MAMA, CINTA.
hik hikk..blushing.mengada.meluet.

Ok, masuk alam pekerjaan. Memandangkan kerja adalah lebih profesional dan matang, tak bolehlah bawak nama glamor aku AJAI lagi lah kan. Jadi the moment aku dapat first job, aku dikenali sebagai RIYAH. Dari Cik Riyah sampailah Puan Riyah. Orang-orang yang dikenali selepas itupun panggil aku RIYAH. Baik keluarga mertua atau kawan-kawan baru. In laws panggil Yah/Kak Yah. Mak aku cukuuup setuju dengan nama ni sebab itulah cita-citanya dari dulu nak suruh orang panggil aku Yah. Ok mak. Lega sekarang? Hahahaha.

Apa-apa sahaja nama panggilan aku yang korang nak panggil, aku tak kisah. Janji jatuh didalam kategori di atas. Kecuali ada orang nak tokok tambah bagi lebih bermakna, contohnya SI CANTIK AJAI, SI MANIS RIYAH, aku terima sahaja. Hik hik. Asalkan yang baik-baik. Hik Hik. Otherwise, aku tunggu jelah gelaran DATIN/DATUK/TOH PUAN IR HUZAIRIYAH BINTI HUSSIN. Amin. InsyaAllah!

Nota Transkripsi Huzairiyah: Gelaran terbaru. Dari Ijaz 'MAMA UTAIYAH'. iaitu Mama Huzairiyah.

5 comments:

chics said...

Yah? hahahahahha!

Memang tercekik. Ajai dah cukup sesuai dan sinonim dengan kau :)

HW said...

Haha, macam tak sesuai je Yah tu K.Ajai. Hihi :D

-Wahida-

Huzairiyah Hussin said...

Chics,
zaman terejal dulu mmg tak sesuai. Kalau panggil mcm tu mesti ko dh lama tak nak geng ngan aku, ingat aku budak skema kan.haha

wahida,
kalau zaman sekolah dulu panggil Yah, hilanglah segala kebrutalan kita. tapi dh beripar duai, org panggil Kak Yah pun ttp juga brutal juga.Try lah ubah panggil kita Kak Yah sekali sekala. ok pe.hehe

ayin1911 said...

paling best skali...mama utaiyah!!
chumelll :)

Huzairiyah Hussin said...

zaireen,

tau dah.hehhe