EPIK MENGONG TERAKHIR YANG BELUM BERAKHIR

Ok, sambung. Alang-alang penyeluk pekasam. Siapa pergi Kedah aku kirim pekasam.

Epik Cinta Ke-3

Sedutan Epik Cinta Ke-2

On the day tu, Pojot hantar aku pergi stesen komuter. Jasmi pun budak rumah dia yang hantar. Kami berdua naik komuter sampai stesen KL, turun disitu, jalan kaki pergi CM. Konon nak makan Mc Donalds, tapi itu semua perangkap air liur je. Last-last makan kedai mamak sebab dua-dua lapar nasi. Ohhh, patut lah anak pantang nampak Mc Donalds sekarang, rupa-rupa dulu hasrat tak tercapai.

We spent one whole day together. Sebab apa tau, sebab tiket bas kitaorang semua petang. Hahahaha. Ada bajet macam filem Ada Apa Dengan Cinta keww? Nak jalan-jalan seharian sampai lupa waktu keww? Hahaha.

Dari CM, merentas ke Kotaraya dan balik ke Puduraya. Tengok orang busking di CM, tengok orang berendek di Kotaraya dan tengok orang balik kampung di Puduraya.

Sebelum aku naik bas (aku punya tiket awal 2 jam dari tiket dia) aku bagi salah satu mouse pad kesayangan aku yang ada gambar Rukawa Kaede. Kenal ke Rukawa tu siapa? Siapa baca komik Slam Dunk tu taulah. Romantik ke? Pun bukan! Sebab Puduraya panas gila masa tu, dia nak pinjam buat kipas tangan. HAHAHAHAHA. Jangan bajet macam filem mat salleh ye, bagi handkerchief sebelum bas bergerak meninggalkan kekasih. Hahaha.

Masa dalam bas, tiba-tiba dia call aku. Tak ingatlah butir bicara nya apa, mungkin tanya aku dah sampai mana kot. Tak ingat sangat. Apa ye aku rasa?..ermm..Suka kot. Tapi fikir-fikir balik, alah..kawan-kawan je yang call, tak ada apa lah.

Kemudian, bila dah start cuti kat rumah, ada juga 2-3 kali dia call. Cakap biasa-biasa je. Masa tu aku dah pakai handphone, manakala dia masih pakai public phone.Kahkahkah gelakkan dia. Isk. tak baik tau. Memang masa tahun 2000 dulu, tak ramai lagi budak U yang pakai handphone. kawan-kawan aku pun tak semua ada handphone lagi jadi tak hairanlah kalau dia pun tak ada handphone. YELAH, MANA NAK ADA. ADA DUIT PERGI BELI GITAR KARAN, MEMANGLAH!

Bila naik semester baru, kitaorang pura-pura buat macam biasa. Macam tak ada apa-apa berlaku. Lagi pula bila naik semester, aku pula tak ada kolej nak duduk. Plan awal duduk rumah sewa dengan Wazan dengan Pojot, tapi last-last tak jadi sebab tak cukup housemate. Sebelum pergi umrah dulu, aku dah sign off dengan kolej 12 tempat aku tinggal, sebab masa tu dah hujung semester dan ingatnya naik semester dah boleh duduk rumah sewa. Tup tup tak jadi, maka terpaksalah aku ulang alik rumah kakak aku dengan bilik Pojot. Memang menyusahkan. Aku tahu pasal rumah sewa tak jadi ni pun masa dah balik umrah. Wazan pulak dapat offer kolej 11, sebilik dengan kawan lama dia. Pulak tu masa tu Pojot pun ada masalah lain, jadi aku pindahlah keluar cari rumah sewa sendiri. Memang aku terkontang kanting kejap juga masa tu. Dengan hal kolej lagi, dengan hal result lagi.

Aku pula tak banyak kawan yang duduk luar. Susah juga aku nak cari rumah sewa. Entah macam mana, tiba-tiba teringat kawan aku masa matrix dulu, Ija dan Amoi yang duduk serumah kat Desa Serdang. Bila aku call Ija, masa yang sama pula dia memang tengah cari seorang lagi housemate. Alhamdulillah! Tengah-tengah susah, ada juga rezeki aku.

Tak fikir panjang, aku terus angkat barang pindah rumah baru. Memang tak kecoh-kecoh kat sesiapa, or masa tu macam kecik hati kat kekawan. Hahaha. Kecik punya hal, biasalah budak -budak perempuan kan.

Settle hal rumah, hal kelas semua, maka start lah episod baru aku. Pergi kelas macam biasa. Masa tu dia pun aku tak tahu cerita sebab aku memang sibuk settlekan banyak menda. Ada juga teringat kat dia, tapi aku terfikir, alah, kawan-kawan, datang dan pergi. Maybe sebab aku masih phobia dengan peritiwa 'teman tapi mesra' jadi aku malas nak syok sendiri sangat. Ada jodoh adalah.

Tapi, selepas seminggu tu, tiba-tiba dia call aku. Ewah, macam rumah jauh sangat kan, padahal masa tu dah kira satu taman perumahan, aku kat Desa Serdang 7, dia Desa Serdang 13, memang dekat yaa amat.

Walau pun macam tu, aku tetap semat dalam hati aku 'alah, kawan-kawan je. bukan apa pun'. Kadang-kadang fikir, mungkin dia biasa telefon kawan-kawan perempuan lain kot. Jadi memang aku asuh hati supaya jangan perasan dan syok sendiri.

Tak lama lepas tu masuk bulan puasa. Memandangkan aku baru kat area Desa Serdang, budak-budak lelaki geng aku ni suka bawak aku pergi sahur sekali. Awal-awal minggu memang semua berkobar, bila masuk 2nd week, semua memang liat nak bangun. Tinggal Aboy je yang patuh bangun sahur. Tiap-tiap hari dia datang rumah aku, tunggu aku dan kitaorang sahur kat kedai makan kat bawah. Bukan berdua sahaja tau, malahan bertiga. Dengan orang tu sekali lah. Jadi, maksudnya, setiap hari aku, Jasmi dan Aboy akan turun sahur bersama-sama. I like!

Pun, tak ada yang romatikadiamor berlaku.

Kemudian, pada suatu hari, Aboy tak dapat join bersahur. Maka kami berdua sahajalah cikgu yang pergi sahur. Blushing ke tidak masa tu? Isk, entah. Dag dig dug juga lah, eh kenapa ni ye? Apehal pulak ni? Masa makan pun tak banyak cakap. Tapi mungkin ianya terjadi sebab pada masa tulah, tiba-tiba je dia nak ajak aku keluar pergi Jalan TAR, jalan-jalan cari persiapan raya. Inilah permulaan peristiwa revival kitraorang. (Baca entri revival disini)

Tak silap aku hari Ahad, hari tulah kitaorang offically dating pergi Jalan TAR. Pusing-pusing keluar masuk SOGO, Pertama Kompleks, Cambell, Semua House semua. Dan aku ingat, masa tu lah aku hadiahkan dia songkok raihan, sebab dialah satu-satunya kawan aku yang tak dapat songkok oleh-oleh dari mekah tempohari. Dan sebagai balasannya, dia belikan aku bunga dan suruh aku pilih bunga mana yang aku nak. Pheeeewiiitt!!!!!

Songkok tu tetap ada sampai sekarang, dia pakai untuk solat.

Dan bunga tu (aku pilih bunga rose baldu sebab tahan lama) masih kekal ada sampai sekarang jadi perhiasan kat meja konsol aku. Walau ada bunga yang lebih cune yang aku beli kat Lovely Lace, tapi bunga rose ni juga mesti kena masuk vas sekali. Manyak sentimental value wo!

Eventhough, dah sampai macam ni pun, aku still tak nak percaya 'there is something happen between us'. Aku enggan untuk mempercayai, semuanya lebih dari kawan biasa. maybe sebab aku dah simpan dalam kepala hotak, selagi tiada declaration atau propose, selagi tu tiada apa-apa yang pasti. Remain as a friend. Atau aku cuba playsafe kot, takut terkeciwa lagi.

Kemudian, dah tak tahan sangat, aku cerita kat Wazan minta pendapat. Wazan menjerit bila dengar. Aku ingat kata Wazan

"aku tak taulah nak cakap apa, tapi Jasmi yang aku kenal bukan jenis yang keluar dengan perempuan tanpa sebab. Lagipun, selepas dengan ex dia tu, dia tak pernah
ajak mana-mana perempuan keluar. Aku rasa dia suka kau lah!"

Lebih kurang macam tu lah.

Aku apalagi, senyum lah sampai ke telinga. Of course lah aku pun dah start suka dia. Aku rasa Jasmi ni macam jelmaan Rukawa Kaede yang aku suka sangat dari dulu tu. Orangnya tak banyak cakap, misteri, menyendiri, mata kecil, rambut straight bla bla bla. HAHAHHA. Lawak pulak aku rasa.

Lepas dari tu, slowly perhubungan ni berkembang, But still, we keep it secret from our friends. Adalah sebabnya, tapi salah satunya maluuuuuuuukkk hik hik. Selalunya bawa diri dating jauh-jauh sampai Bangi, kat area section 10, kawasan budak UKM berdating.

Kadang-kadang kitaorang lepak kat depan bilik kuliah kat fakulti lama. Biasanya masa tu aku baru habis kelas, ada gap sejam sebelum kelas seterusnya. Dia pun ada gap sejam juga seblum kelas lain. So masa menunggu tu kitaorang macam konon-konon accidently terlepak sama sebab tunggu kelas. Tak delah nampak macam memang dua budak gatal tengah dating sebenarnya.HAHAHA

Pernah meronda jauh sampai ke PD naik motor. Sebab aku tak mahu peluk pinggang dia (yelah kata tadi bukan awek kan). Aku pegang lampu handbrake belakang motor tu sepanjang jalan Serdang-PD-Serdang. Gila kematu dowh!

Pergi PD bukan apa pun, pusing-pusing, balik. JANGAN KORANG FIKIR PASAL MANDA BASAH BERSAMA RINGAN RINGAN KE APA, SEDANGKAN PELUK PINGGANG ATAS DASAR KESELAMATAN PUN TAK ADA INIKAN PULA NAK BERCANDA DIPASIRAN PANTAI!!

Disitu telah aku buat satu peraturan, tidak boleh pakai jeans koyak dan smoking bila dengan aku. Bukan apa, aku malas lah, karang terserempak dengan sedara mara ingat aku dating dengan hantu pecah rumah. Malas nak bersoal jawab kan. (Yang sebenarnya rimas dengan asap rokok, dan malu oiii jumpa ex-schoolmate tengok pakwe aku macam drug addict hahaha)

Hampir satu semester kitaorang kawan, tapi dia still tak declare dengan aku. Aku pun pelik gak kenapalah dia ni. Pada aku declaration tu penting sebab mana boleh tak declare, nanti orang rampas aku karang baru kau tahu.

Even, sampai tahap perkara tu betul-betul jadi.

Maksud aku perkara tu ialah, kisahnya begini. Housemate aku Kak Izzah, main MIRC chat dengan seorang mamat Kampung Medan. Tak ingat dowh nama. Katakanlah Bob nama dia. Sekali sekala Bob ni datang jumpa Kak Izzah dan bila Bob datang je, mesti Kak Izzah ajak satu rumah dating sekali. Selalunya Bob bawak kawan-kawan dia jugak, salah sorangnya yang bernama Li/Lan/Lah? Aku lupa lah pulak nama kawan dia ni. Katakan lah Lan. Lan di minat pulak kat aku. Setiap masa suruh Kak Izzah kenalkan dengan aku. Kak Izzah pernah bagitau aku, tapi aku buat tak reti je. Mamat ni memang kulit cerah, kurus,hensem, tinggi semua, tapi gaya dia gangster memang aku tak berkenan sangat.

Tapi sekali tu, tengah aku tension bangat dengan Jasmi ni, dan kebetulan pulak hari yang sama Bob dan Lan ni ada kat luar rumah, tunggu Kak Izzah. Masuk je rumah, Kak Izzah ajak aku lepak dengan mamat-mamat tu. Aku pun, orang tengah tension terus je setuju. Maka kami dengan budak rumah yang lainnnya pun lepak sekali kat kedai makan borak-borak. Aku tak layan sangat si Lan ni, tapi entah macam mana masa hantar kitaorang balik, dia ajak aku pusing taman jalan kaki. Dia janji sekejap je, siap cakap selama ni aku tak nak, sekali ni aje. Ok, lah aku pun setuju.

Tengah merendek meronda tu, tiba-tiba ada phone call dari Jasmi. Dia tanya aku kat mana. Aku cakap aku kat rumah tengah lepak dengan Kak Izzah. Tak lama tu dia letak telefon, aku ingat syiling dia dah habis kot. Tak pelah, kejap lagi dia call balik, macam selalu.

Tapi lepas tu dia tak call balik. Bukan setakat tu, 2-3 hari dia tak call balik. Tak jumpa aku pun. Tak ada lagi accidently terlepak tunggu next class lagi dengan aku pun. 2-3 hari dia menghilang. Aku pulak tak ada pulak rasa nak pergi cari dia kan. Yelah, aku ni bukan awek dia nak pergi cari dia ke apa ke. Memang aku tak ada clue, apa dah jadi sebenarnya. Masa tu aku fikir, SAH! DIA MEMANG SELAMA NI MAIN-MAIN AJE. Tapi aku dah bersedia. Aku tak nak sedih-sedih macam orang bodoh macam dulu tu, aku tak nak layan perasaan dah. Jadi dalam confuse (dan rindu) aku kuatkan semangat je, cuba mengubati hati sendiri.

Tapi, suatu hari selepas 2-3 hari tu, dia call balik. Cakap pendek je "aku nak jumpa kau malam ni". Aku pun ok jelah. Masa tu memang dah sedia je dah. Kot dia kata,

"sorry, aku anggap kau macam kawan biasa je, jangan perasan aku nak kat kau tau".

Sampai macam tu sekali aku fikir. Aku reka macam-macam ayat dalam kepala, semuanya yang buruk-buruk sahaja.

Malam tu dia datang, dengan seluar jeans koyak dia (dia dah lama tak pakai jeans ni depan aku) Kitaorang lepak depan rumah kat luar pagar. Muka memang double trouble gila. Kusut je aku tengok. Dia mintak permission nak hisap rokok. Aku ok kan aje.

Then slowly, dia cakap, dia confess. Dia kata dia tak pernah kawan dengan perempuan macam mana dia kawan aku dan bla bla bla bla semua isi hati dia.

Dan aku pun, bla bla bla bla confess semua isi hati aku. Puzzle, tak puas hati bla bla bla

Dia kata lagi, yang hari tu masa dia call aku tu, rupa-rupanya dia call dari public phone dekat dengan rumah aku. Memang dengan kepala mata dia sendiri dia nampak aku tengah berjalan berdua-duaan (free hair pulak tu) macam perempuan hape ntah dengan seornag budak lelaki cerah-hensem-tinggi pakai cap.dia HAHAHAHAHAH!!!! KANTOI BIG TIME RUPANYAA CHIKAROOO NI!!!!!

Walaubagaimanapun, kita settle masa tu juga. Semuanya dijelaskan dengan baik.Perhubungan pun berjalan dengan baik. But still, tak ada ayat "aku nak kau jadik awek aku". jauh sekali lah "would you be my girl".

Bengang tak bengang?

Tapi masa awal cuti semester tak lama kemudian, selepas sedikit sinetron indonesia yang zoom in zoom out, lastly kitaorang officially couple. Maaf, terpaksa edit di sini, atas sebab-sebab menjaga hati dan kerukunan rumah tangga. Sesiapa yang baca entri aku siang tadi (now 22nd January 2011 @ 1:37am) tahulah apa yang aku maksudkan. HEHEHEHE.

Macam tulah kitaorang couple. Memang tak romantik tak ada bunga ros segala. Nak kata kenangan manis, manis ke korang fikir? Memang tak manis sangat, tapi selepas dari tu semuanya manis. Pahit memang tetap ada, adat orang bercinta. Tapi Alhamdulillah, tuhan temukan jodoh aku dengan lelaki yang paling sesuai dengan aku. Read me: bukan lelaki sempurna, tetapi yang paling sesuai.

Semenjak dari tu, misi aku, walau bercinta, tetap aku nak result semester yang baik. Aku tak nak jadi penyebab result dia teruk dan kecundang. Dan lagi, aku tak nak mak ayah aku bising bising, 'hah, bercintalah lagi, tengok sampai kena tendang". Nauzubillah.

Atas dasar itu, sebaik buka semester je, aku dan dia jadi THE BEST STUDY COMPANION EVER . Tiap-tiap malam pergi library untuk study. Menjelang weekends memang joli katak, tengok wayang, lepak mines walau kadang-kadang tak buat apa-apa pun, lepak mapley atau kedai mamak tengok HBO dan macam-macam lagi. Masuk weekdays balik jadi budak nerd, study kat library.

Alhamdulillah, berkat kerjasama, chemistry dan persefahaman yang wujud, semester tu dia dapat GPA 3.5, layak untuk Dean list (Anugerah Dekan). Aku pulak GPA 3.0.

Tak pernah berlaku selama 3 semester sebelum ini, yang rata-rata GPA aku 2.0 sahaja.

Selepas dari tu memang tak pandang belakang lagi. Macam tu lah kami, LIBRARY LAH TUGU PERCINTAAN SEBENAR. Kalau exam week, lagilah. SIANG MALAM PAGI PETANG WEEKDAY WEEKENDS, nak cari kitaorang pergilah library. Sayang sekali, tak ada sekeping pun gambar kenangan kitaorang kat library. Salahkan technology digicamera/phonecamera yang lambat sangat masuk.

Sampailah kami grad 2003. Tahun yang sama, sidang yang sama.

Memang, aku bersyukur sangat kat tuhan. Kadang-kadang menda yang baik dan cantik tu memang lambat kita nak dapat. Penuh dugaan dan cabaran. Tapi bila dah dapat tu, Alhamdulillah, lagi pula kalau ada persefahaman, segalanya masalah boleh diatasi.

Aku tak kata kisah aku ni macam Fairy Tales, ending dengan macam tu je. Banyakkkk dugaaan mendatang selepas tu. Banyak ujian bertimpa-timpa. Yang tu ada yang aku tulis dalam entri tahun-tahun sudah atau tak pernah tulis. Adat manusia, ada pasang surut kehidupannya.

Ok, cukuplah kisah epik cinta aku ni. Lepas couple sampai kahwin tu tak payah lah cerita lagi. Kalau tulis, SERIUS AKU TAK TIPU MEMANG PANJANG GILA SAMPAI EPISODE KE 55 MACAM TELENOVELA. Nanti korang juga yang merungut.

Dugaan sebelum dia suarakan nak kahwin dulu. Macammana kitaorang run pasar ramadhan semata-mata nak kumpul duit nak bertunang, masuk kumpulan agama lah, buka bisnis jual kain lagi lah semua lah. Semua tu berlaku SEBELUM KAHWIN lagi. Memang panjang gila. Tak payah cerita. Mungkin kalau nak cerita tunggu lepas 10 tahun lagi. Jubli emas pula besok k.

Baiklah, anak cucu, Grandma nak pergi tengok orang buat Pressure Test. Ya, Grandma memang tak beretika sikit, masa kerja boleh buat kerja lain. Kamu semua pun lebih kurang sama, sekarang 3.15 petang waktu kerja, apa kamu buat menenggek di blog orang?Huh!

Nota Grandma: Asap telah berkepul-kepul keluar dari kepala. Fuh!

Alhamdulillah.

8 comments:

Zamzam said...

pergh,,aku nak bace sequel die lg,, sequel,sequel,sequel,,

kalau xd sequel,,prequel, prequel,,

Huzairiyah Hussin said...

zamzam,

wah! first time pakai nama sebenar sampai aku nak taip pun ragu2.

sequel?
kau hilang akal?
yg ni pun buat aku perah otak mcm jawab paper dynamic engineering. berasap!

Zamzam said...

haha,, kingkenny tetap kingkenny

ayin1911 said...

Ajai,
lawakla...aku gelak part yg nk g tgk pressure test tuh..bolekan tulis epik cinta mase tgh kja kt site..gua tabik springla babe!!

aku duk imagine ko kt umah mase laki ko xde..anak dh tdo..menulis melayan perasaan..ko mmg penulis tegar!!

u go girl!!ohh..btw, sukelah cerita cinta anda!!

Zamzam said...

blogger, dpt pendapatan RM70k sbulan..

no wonder ramai tulis blog,, tulis cite best2 plak tu

,,nnt dah kaya,,jgn lupe aku ye

kingkenny

Huzairiyah Hussin said...

zaireen,

kerja kat site lah lagi senang nak mengupdate blog. akulah boss aku lah guru besar. consultant ni kejenya cari silap. lain lah duduk office, sume mata memandang. haha.

idea dtg x kira masa, kadang2 tengah kejar ijaz pun tiba2 terasa nak tulis pasal benda yg x berkaitan.haha

kau pun apa kurangnya, lagi bnyk idea menulis. maybe sbb busy so tak ada masa nak bertenggek sejam dua dpm laptop kan

anyway (budak stf mmg suka tulis anyway) thanks lah kalau kau suka. aku percaya semua certa pertemuan dua orang memang cerita best. tak caya ko dengar cerita mak ayah, mak cik pakcik tuk nenen kita camne dia jumpa..semua mengungkap memori dan sangat manis!

Huzairiyah Hussin said...

oh, zaireen..

sebenanrnya aku tak join pressure test tu at last. Clerk of work aku yg pergi tgk. lagilah goyang pinggul.hhaha

Huzairiyah Hussin said...

zamzam @ kingkenny,

itu blogger lain. kalau ko tgk kalau blogger tu sikit2 tulis pasal produk org lain, pastu siap ada nuff nang, iklan bagai, ya betul ada income e.g beautiful nara, hanis zalikha, red mummy dan mcm2 lagi. ini blog mmg purely utk aku merapu, bebas tulis apa sahaja, so income yg ada adalah dari gaji tetap sbg kuli uncle Gutteridge Haskins and Davey.

kalau dah kaya, masa tu aku ajak ko makan roti kaya k!