Itulah, gatal-gatal nak buat epik segala. Nah, sekarang kenalah komited terhadap assignment baru ni. Perah otak kuat-kuat, ingatkan segala detik berlaku 10 tahun lepas. Perghhh! Time pulak limited bila dah balik rumah, mana nak rebut laptop dengan Ijaz yang dah pandai main game (ya, terima kasih Jasmi Abdul Rahman yang tlah ajarin anakanda main game kat Laptop), mana nak buat susu, gaduh dengan Ijaz selang sejam. Tapi, kena usaha jugak, untuk anak cucu ni besok, tak main-main nih. Grandma usaha hingga titisan peluh terakhir. Chaiyok!
Tiba-tiba terfikir - Kenapalah masa rasa-rasa ada bibit-bibit cinta remaja nak berlaku, aku tak buat proposal kat tv3 untuk buat reality show kisah aku ni. Kalau tak mesti aku tinggal download kat youtube bagi kamu semua tonton sampai muntah darah.
Epik Cinta Ke-2
Sedutan epik cinta ke-1
Aku terus angkat punggung ajak Pojot blah. Memang bengang gile sampai aku tak cakap apa-apa. From that moment, memang aku berjanji dengan diri tak nak cakap langsung dengan mamat kerek dan berlagak ni. Malu aku depan kawan-kawan. Masa tu aku agree sangat dengan kata-kata kawan kawan yang lain bahawasanya JASMI ABDUL RAHMAN ni memang mulut laser. dan kerek. fullstop.
Aku masih ingat lagi, petang tu atas motor, dengan Pojot yang tukang bawak dan aku pemboncengnya, punyalah aku geram sampai aku terjerit-jerit atas motor tak puas hati dengan dia ni.
"Apa aku dah buat kat dia?? Apesal dia nak laser laser aku macam tu pulak?? Macamlah dia tengah on the way nak pergi sembahyang kat masjid??. Tak appreciate member langsung yang tunggu dia!!"
Nyamuk-ngamuk betul aku akibat terasa maruah tercalar.
Pojot balas "alah Jai, Jasmi memang macam tu lah. sabar je".
Bila cerita ni sampai kat Wazan, dia kata "ko jangan benci benci Jai, esok kau yang sayang".
HAHAHA.. Walaupun memang betul pun, tapi masa tu aku tak lah benci dia. Aku cuma BENGANG.
Kemudian dalam pada perjanjian termetri dalam diri sorang-sorang tu, ada juga 2-3 kali incident yang menemukan kami berdua secara sengaja atau tidak, yang menyebabkan aku kena bermanis muka dan bercakap sepuluh dua puluh patah dengan mamat ni. Mulut aku ni mana lah boleh berkata sepatah dua u olls!
Korang rasa ada ke mamat kerek ni nak say sorry ke apa ke? NAY! NAHI! TARAK! TAK ADA. Memang eksen dan kerek. Tapi nasib baik lah aku ni pemaaf orangnya, maka slowly aku lupakan peritiwa tu. Dok kemam buat apa, aku kan SALURAN CERIA ANDA.
Sebenarnya Pojot dan Wazan terlebih dahulu rapat dengan diaorang ni, kemudian bila aku join study group diaorang barulah aku rapat dengan semua orang (KECUALI JASMI OK). Selalunya memang aktiviti Pojot adalah bergebang dengan budak-budak tu, baik Aboy ke, Jasmi ke, Edi ke Shakir ke, lepak kat Mapley atau depan rumah teres diaorang. Epul, Yazdi, Pie dan budak mechies lain dah memang wajib lah aktiviti lepak, tak boleh kata apa. Lepak lepak juga, tapi part study memang serius dan semua scorer gila wa cakap lu!
Dari situ, aku slowly kenal Jasmi dengan rapat. Mula jadi kawan dan aku boleh layan jugak laser dia. Pulak tu mulut aku pun 2x5 je sama. Elok sangatlah tu. Pernah masa Pojot accident dan kena warded kat Hospital Kajang, aku, Wazan dan Jasmi jugalah antara pengunjung tetap yang setia menemani.
Paling tak lupa ialah bila memancing beramai-ramai yang mana Jasmi telah kutuk MELASER aku sekali lagi dan aku kali ni memang tak bagi chance langsung tak ada nak buat muka mangsa dera ke apa, aku hadiahkan dengan TAMPARAN SELIPAR CAP BATA tepat ke bahu dia. Ya tuan puan, aku juga pernah TENDANG PINGGANG dia sebab dia MASIH MELASER aku lagi. Punya banyak dia kutuk aku sampai tahap tu aku tibai dia. HAHAHA. Mana aku tahu, rupanya-rupanya itu semua ada udang disebalik batu.Huh!
Walau bagaimanapun janganlah kamu anggap cinta telah berkembang mekar pada masa itu. Kemudian ada sekali masa tengah lepak, Pojot beritahu Jasmi dan Aboy yang aku sebenarnya dah ada 'teman tapi mesra'. Tapi sebab masa tu, kita pun masih kawan-kawan, so semua pun OK sahajalah. Tak adalah macam cerita Kuch Kuch Hota Hai, bila si Rahul bagitau Anjeli yang dia syok kat Pria dan Anjali lari-lari menangis.. Ye ke Pria nama dia. Tak ada, tak ada. Aku ingat mas atu dia just cakap "baguslah, jagalah baik-baik".
Masa berlalu. Lepas exam, aku lepak bilik Pjot denagn Wazan sekali kat kolej 12. Wazan dengan Pojot buat part time masa cuti semester jadi semua berkampung kat bilik Pojot. Kolej 12 ni macam rumah sewa sikit, kena bayar sewa bilik. Pojot pulak duduk sorang, jadi senanglah Wazan dengan aku nak lepak. Aku pulak lepak UPM masa cuti semester sebab nak jumpa lecturer untuk buat rayuan sebab result semester aku snagat teruk masa tu.
Tapi macam dah jodoh kot, 2-3 kali juga terserempak secara tidak sengaja. Masa tu aku tak ada clue pun yang dia ni akan jadi pakwe aku.
1. Pernah satu hari aku temankan Wazan pergi Mines untuk cari kasut kerja. Kat situ kami terserempak dengan Jasmi yang tengah terhencot-hencot macam kera entah kenapa kaki dia ntah, tengah cari barang ke atau baru balik kerja (dia kerja Tepanyaki masa cuti semester tu). Wazan tegur Jasmi dan ajak-ajak ayam kalau Jasmi nak join kami masuk kedai kasut. Bolehlah pulak dia dengan rasa tak bersalah apa lagi nak malu, terus nak ikut, ceh! Tak senonoh, orang tu bukan ajak betul-betul pun. Awak ni sebenarnya memang syok kat saya masa ni lagi kan bang? Eceh, serkup jarang betul!
Laa, bukan tak pernah pergi window shoping dengan kawan-kawan lelaki, akan tetapi ini JASMI BIN ABDUL RAHMAN yang kerek penuh eksen begini. Biar betul.
Last-last, aku dan Jasmi jadi penasihat Wazan. Masa Wazan sibuk belek-belek kasut, kitaorang pun sibuk borak-borak. Of course, keluar juga cerita 'teman tapi mesra' ni tapi akulah yang start sebab konon nak ingatkan dia jangan bagitau orang lain. Poyo gila kan?
2. Kesah aku dengan Pojot naik motor masuk kampus nak pergi CIMB keluar duit, dalam perjalanan terserempaka Jasmi dan Atan Setan tengah mengendeng rambutan kat encik pegawai pertanian. Sila harap maklum, kawasan UPM memang banyak pokok buah-buahan. Kami berdua pun join sekali ngendeng, alih-alih dapat lebih banyak dari dua orang tu. Benganglah member. Tapi siap ada rancangan jahat nak rembat buah durian kat kebun UPM depan Kolej Pendita Zaaba. Hasilnya, berjaya rembat 2 biji durian. Kemudian boleh pulak semua sepakat nak lepak Dataran Putrajaya melenjan hasil rompakan. Hahaha. Yang ni memang best giler! Siap posing-posing tak ingat tu. Gambar-gambar tu semua sampai sekaang aku tak scan lagi, sampi Atan dan Pojot bising, mana gambar oii! Mana gamabr! Sampai Atan dah ada anak.
Mungkin ada 3-4 kali masa pergi makan, tapi aku tak ingat sangat yang tu. 2 peristiwa ni sahaja yang kuat dalam ingatan aku.
Kemudian, nak jadikan cerita bagaimana kami boleh betul-betul terkait ni.
Manalah aku tahu, tatkala tepat 13hb Oktober 2000, masa birthday aku pula tu, aku dapat tahu dari seorang coursemate, yang 'teman tapi mesra' aku ni yang juga coursemate kami, rupa-rupanya dah ada awek start dari sekolah lagi. Celaka betul! Dahlah 'teman tapi mesra' aku tu yang beria-ia nak baik sayang bersms dengan aku bagai. Siap ayat-ayat aku rindulah sayanglah tahik kucing macam mana aku boleh cair padahal mamat tu bukan taste aku langsung langsung langsung! Kadang kala kita tak boleh kudus sangat, appearance doesn't matter lah apelah. Last-last frust menonggeng aku sorang-sorang. Berhari-hari aku menangis masa nak tidur,tidur dan bangun tidur. Mendayu-dayu doa lepas solat minta tuhan buangkan kesakitan dalam hati. Macam betul-betul dah putus cinta. Tak percaya tipah telah tertipu dnegan lakonan alim mamat tu. Dahlah tipah ni heartless, nak respond kat lelaki punyalah payah. Tiba-tiba..
Namun,
disebalik semua itu,
di suatu malam keramat...JENGJENGJENG!
hehehe..
APA KAMU SEMUA INGAT GRANDMA TERUS REBAH KEPANGKUAN GRANDPA KAMU DAN DIBAWA KE BILIK HOTEL???
TOLONG SKET.
Tengok kaki lah bro!
Ok,kita sambung semula.
Mungkin telah tertulis di Luh Mahfuz, suatu malam JENJENGJENG ??? >>>> Sound effect lagi. Boring. Lame.
Suatu malam, macam biasa, aku temankan Pojot melepak dengan Aboy dan Jasmi lagi. Masa ni kira dah pulih lah hati aku ni kononnya. Tengah borak tu, aku bukak cerita kat Jasmi, ialah since dia kawan lelaki yang tau cerita aku, aku bagitau yang no more 'teman tapi mesra'. aku luahkan rasa kecewa aku. Aku dok curse "Lelaki memang susah nak dipercaya. Sampai lubang cacing pun aku susah nak jumpa" Eceh, yang kita dok curse tu lelaki, yang tukang dengar tu pun lelaki. Nasib baik dia cool je. Tapi yang aku ingat dia kata, lebih kurang begini
"tak apalah, InsyaAllah, suatu hari nanti kau mesti jumpa dengan lelaki tu".
Aku pulak terus curse "Ah, tak de, tak de. Lelaki memang tak boleh percaya"
Bila fikir-fikir balik, adakah masa tu sebiji tahi bintang telah jatuh di Utah, Amerika Utara?
Atau masa tu Malaikat telah naik ke langit dan mengaminkan kata-kata si empunya badan?
Atau memang dia nak bagi hint " WEH, AKU NI SYOK KAT KAU LAH NI!" Hahahaha.. Sorry bang, epik cinta kena exaggerate.HIKHIK.
Aku tak tau, tapi aku percaya inilah dikatakan TAKDIR. QADA' DAN QADAR.
Kemudian, pada suatu malam lepaking yang lainnya pula, aku telah terusik dia tanpa ada maksud tersirat. Kudus mulus semata-mata. Since dia dah gaji, aku tanya tak nak belanja aku ke? Memang aku kudus dowh, bajet belanja Mapley lah apa lagi. Dan dan dia terus setuju, siap nak belanja Mc Donalds. Aku cakap, susah juga tu, bila masa nak makan Mc Donalds, nanti kawan-kawan kecik ati tak ajak. Aku pun terfikir gak, gaji mamat ni bukan besar mana, tukang masak kat tepanyaki je pun, berapa ratus lah sangat, lagi nak open table Mc Donalds ramai-ramai.
Kemudian dia usulkan, apakata balik kampung saing, kita makanlah Mc Donalds dulu kat Central Market.
Tak fikir panjang, lagipun aku ni memang suka berjoli dengan rakan-rakan, dan aku kata "YES! YES! I DO! I DO!". Bongok dan exaggerate. Sebetulnya aku kata, yelah boleh juga. Nanti aku bagitau bila nak balik.
Then, cut the story short. NO NO NO! Mana boleh short cut, ni kan epik, kenalah detail.
Ok, yang ngantuk dan boring tu boleh pergi basuh muka kamu dulu. Buat lah nescafe biskut kering apa patut. Lepas tu datang balik sini.>>> Stock kursus kepimpinan jabatan alam dan manusia.
Kemudian, selepas aku tahu result exam aku dah lulus, aku mintak Ijan hantar aku pergi Mines jumpa Jasmi. Ijan masa tu tak tahu yang aku bakal dating balik kampung dengan Jasmi. Tujuan jumpa tu hanya nak confirmkan bila aku nak balik sebab result aku dah tahu, maka boleh balik kampung dengan senang hati. So, kita pun set date dan time bila nak keluar. Yang part ni saje aku tulis balik walau tak berapa perlu, sebab nak libatkan Ijan sekali. Kerana Ijanlah insan pertama yang tahu cerita yang paling awal dari cerita epik merong mengong ini yang encik Jasmi pun tak pernah tahu apa dia.
Yang tu tak sedia Grandma nak story kat kamu semua. Tapi kamu akan tahu juga nanti bila lawyer baca surat wasiat Grandma besok, bila Grandma tak ada. Ok, sabar ye cucu-cucu semua!
On the day tu, Pojot hantar aku pergi stesen komuter. Jasmi pun budak rumah dia yang hantar. Kami berdua naik komuter sampai stesen KL, turun disitu, jalan kaki pergi CM. Konon nak makan Mc Donalds, tapi itu semua perangkap air liur je. Last-last makan kedai mamak sebab dua-dua lapar nasi. Ohhh, patut lah anak pantang nampak Mc Donalds sekarang, rupa-rupa dulu hasrat tak tercapai.
Oklah anak-anak, sudah sampai masa untuk tidur ni. Letih juga ni. Ni bukan merapu, ni cerita benar ni. Satu-satunya yang merapu tulah yang kau tulis JENGJENGJENG, yang lain benar belaka. Jadi kita bertemu nanti di Epik Cinta No.3.
Ya, aku faham kamu bersungut bila nak habis. Agak-agaklah, hubungan ni terlangsung dah 10 tahun, kau ingat cerita tu macam Paris Hilton BFF? Nak cari BFF boleh dalam masa sebulan 2? Makan bulan, makan tahun kamu tahu?
Kita sambung je lah nanti, ya. Tungguuuuuuuu
Nota Grandma: Aminuddin! Kenapa tarik tocang Zahrah? Grandma rotan baru tahu!




0 comments:
Post a Comment