Hari Sabtu macam juga hari-hari lain. Memang tuhan dengan adil dan saksama telah menetapkan hari Sabtu mempunyai 24jam, sama seperti hari-hari yang lain. Tapi, sebab Sabtu lepas, mcam-macam aktiviti berlaku, terasa mcm sungguh pangjanglah hari Sabtu ni, bila nak Ahad pula ye. Ya, ianya ialah hari yang panjang macam bila tengok kelender, eh hari ni masih Sabtu lagi.
Hari Sabtu, En Jasmi dah bilang mahu pulang. Maka kami dua beranak yang setia ni sudah excited menunggu kepulangan dia. Pagi-pagi aku bangun tanak nasi. Tanak pakai rice cooker je. Nada sebut tanak tu macam isteri-isteri zaman nenek aku, bangun pagi tanak nasi pakai dapur kayu. Kejap-kejap lap peluh didahi sebab wap panas dapur kayu.
Sebab tak tahu dia sampai jam berapa, maka masak nasi goreng ayam sahaja. Weh, apa plak sahaja? NASI GORENG AYAM - YNAG NASINYA TANAK PAGI-PAGI TAHU. Bukan nasi lebihan makan malam. Entah, pemberitahuan ini untuk siapa. Mungkin untuk Ijaz sebab geram dia tak nak habiskan nasi, tapi asyik korek ayam dalam nasi goreng.
Tunggu punya tunggu, tiba-tiba dia call, keluar Kluang lambat sikit. Workers mogok tak nak kerja. Cis! Biasa dak abangla ni, time lelaki aku nak balik, time tu lah pulak melancar mogok. Jadi, tak adalah rasa nak masak tengah hari, makan sahajalah dua beranak NASI GORENG AYAM tersebut yang ayamnya yang dari tadi asyik dikorek oleh budak tembam yang kuat berak itu.
Dalam jam 5 petang, baru En. Jasmi sampai rumah. Sepatutnya malam tu aku dan dia kena pergi G*D punya company dinner, tapi sebab dia sampai dah petang dan pula penat, maka aku pun pergilah seorang diri. Talking about the dinner ni, yang menariknya, ex-company yang juga company aku sekarang, since 2 kali downsize dan last year tak ada buat dinner, tahun ni resume balik company dinner. Only thing is, it was held at a fine dinning restaurant sahaja, bukan kat 4/5 star hotels macam tahun-tahun sudah. Dan kalau nak diikutkan, tahun ni tahun pertama aku pergi sorang diri. Aku pun tak excited sgt pasal dinner ni, sbb ialah staff yang kat site tak di jemput pun. Mungkin sbb aku ni ex-staff dia, kita pun saling kenal mengenali sayang menyayangi kutuk megutuki gossip mengosipi antara satu sama lain, maka aku pun di ajak sama. For that, thanks to Maggie sebab invite aku. Asal macam malas sebab geng dah tak ada, tapi consider malay staff pun tak ramai, maka aku decide juga pergi.
Dinner di Delicious Marc Resident Jalan Pinang KL. Eventhough not a 4/5 star hotel tapi baguslah, it was a good sign for G*D. After 2 difficult years and after 2 times downsizing.
The food was good, macam Delicious yang korang biasa pergi. So tak adalah nak buat review ke apa, plus the quality of the pic taken pun tak bagus. Yeah, my digicamera gone wild so harapkan Cik Norkiah ni, 2 pixels sahaja. Apalah sangat kan. Tapi bantai juga camwhore yang tutup aurat. Huh.



Bukan ini sahaja yang aku makan. Banyak lagi. Tapi malu nak letak sini. Gelojoh.
At 9pm, masa masih tengah makan, aku dah angkat punggung. Sebab teringat orang kat rumah, lagi pun janji tak lama sangat. Ingatkan buffet. Sempat juga tanya waiter tu masa dia hantar nasi lemak (2nd part of the 2nd course) , "lepas ni ada lagi ke?" Dia jawab "ada lagi kak, lagi 2". Aku pun, dengan makanan dah takat dada, rasa tak ada ruang nak sumbat terus je mintak diri. Dan Alhamdulillah, dapatlah RM50 voucher Jusco sebab join dinner. Tak pelah kan, tak dapat lucky draw ke apa ke.
Sampai rumah, lelaki 2 orang cakap dah makan kat Jusco, tapi sebab gatal nak jalan-jalan juga maka pergilah ke Bangi Kopitiam kat Bangi. Tak pernah pun sampai sini, first time try dan confirm tak mau pergi lagi. Kami berdua ni, kalau pergi kopitiam yang claim famous, mesti nak try kopi mereka. But, quite frustrated sbb Bangi Kopitiam tak buat kopi sendiri, cuma ambil Ipoh white coffee sahaja sbg specialty mereka. Unlike Bidor Station kat Baiduri Cheras. Tak ada kopi sendiri tak kesah, yang penting effort nak cipta kopi sendiri dengan campurkan kopi2 lain sehingga tercipta kopi yang sedap, macam tu barulah best. Plus toast bread dia sangat biasa dah so-so sahaja membuatkan aku tak terasa nak habiskan minyak pergi Bangi semata-mata nak minum kopi disitu lagi.
Dengan perut kenyang tapi mengada-nagada, aku minum teh o limau suam sahaja. Tak pernah aku buat perangai pergi kopitiam minum menda lain selain kopi. Nak je rasa nak supply Kopi Peladang Rengit yang best dan murah tu kat Bangi Kopitiam. At least better lah sikit dari kopi 'ah chong'. Ingat aku main-main ke tulis kopi 'ah chong' ni. Memang menu dia ada kopi ah chong lah. Dan En Jasmi telah order kopi ah chong dengan harapan supaya kopi itu sedap, tapi yelah, Kopi Ah Chong kan.


Dah dekat jam 12 baru balik. Itu pun ada rasa nak jalan lagi tapi kesian En Jasmi yang dah penat sangat, plus kami pun tak tau nak pergi mana. Jadi balik rumah tidur.
Cerita Ahad next entry. Eeceh, bajet update setiap hari konon.









0 comments:
Post a Comment