Mintak maaf aku tak dapat nak attached sekali gambar-gambar yang aku janji nak bagi tengok. Malam tadi aku tidur awal *bukan selalu boleh jadi macam ni*. Aku makan piriton, lantas jadi ngantuk yang teramat sampai tak larat nak fikir ONE TWO THREE SENTRI JAGA. Budak kecik tu masih ligat main, dan sekali- sekala telinga sempat menangkap dia panggil aku "mama! bangun!" tapi serius tak larat. Bila ayah dia call pun, aku main pass je kat Ijaz, dah tak tau apa lagi yang berlaku.
Hari ni aku agak sibuk, bila sampai office tengok-tengok kat white board office arhcitect ada inform, Isnin ada monthly site meeting. Mampos, report tak siap lagi, site diary tak kemas lagi, HUWAAAA!!
Tapi dalam pada tengah buat site diary, sempat juga aku melencong ke sini. Sebab dari pagi aku berkobar-kobar sebenarnya nak siapkan assignment epik cinta. Malam tadi aku mimpi aku tengok wayang dengan pakwe aku (of course lah dia tu). Situasi nya macam masih student lagi. Tapi sempat juga aku terfikir dalam mimpi tu, eh? bukan kita dah ada baby ke?
Terjaga je tengok dah jam 8.00 pagi. Terlajak rupanya aku ni. Hahahaha.
3 hours ago




0 comments:
Post a Comment