KEKADANG TEROVER TU BAGUSLAH

Menyampah kan tengok aku ni, suka suka tukar template. Konon mencari identiti tersendiri la konon. Menyampah tauuuuu, kata Ijaz.

Aku ni tengah semangat awal tahun 2011 lah ni. Template girlie hari tu aku tau, korang yang jenis abang macho ni kalau bukak blog aku kat ofis mesti macam segan silu sebab OIII! MAK KAU!! kegadisan sungguh. Mesti kakak-kakak kat sebelah tu mengusyar sekali, perempuan poyo mana pulak blog ada bunga ros bagai. Pulak tu bila tak rajin update, bukak2 blog je, entry lama tersembul. Dah lah malu kat kakak sebelah tu, tak ada pulak update yang boleh menyengihkan gigi. Macam buang karan je. Habis menyumpah. Lalu berjanji pada diri, esok tak nak check blog dia lagi.

Aisey, mintak maaflah sayang-sayang dan abang-abang kesayangan *eceh* Asalnya template tempoh hari adalah sekadar ekperimentasi, tak sangka lepas tu aku malas nak geledah template yang lebih profesional, lebih berdaya saing lebih keyakinan diri. Natijahnya sayang-sayang dan abang-abang kesayangan dimalukan sedemikian rupa.

Ok, sekarang bukalah blog aku seluas-luasnya tanpa perlu dikecilkan saiz window macam bukak web porn time kerja. Biarlah kakak tijah sebelah sekodeng lalu bertanyakan apakah yang sedang kamu baca itu. Beritahulah kepadanya perihal blog ini yang empunyanya perasan best konon menulis yang jujur dan rock dan sengal, padahal isinya sampah luahan hati yang mengada drama dan selalunya adalah crapsssssssssss sepanjang tahun dan entahlah. Sebab pada tahun ini, sempena memiliki handphone baru yang kononnya boleh mengupdate blog dari handphone, maka ada sedikit keazaman untuk melakukan segala community and networking melalui gajet canggih made in china tersebut. Namun, janganlah kamu menyangka bahawa aku telah mengeluarkan belanja besar untuk membeli IPHONE4, BLACKBERRY TORCH, SAMSUNG GALAXY atau NOKIA N97 atau apa sahaja yang berharga lebih rm500 ke atas. Oh! Tidak tidak. Harga hanya rm500, tapi itupun sudah buat suami kecintaan mendiamkan diri dan rasa itu adalah pembaziran yang tidak sepatutnya berlaku kepada orang yang hanya menggunakan hotlink prepaid.

Suami, sikap berjimat itu memang bagus. Tapi bila dibaca oleh wanita suka berbelanja offline online macam I ni, nampaknya macam kedekut, tahu?

Ok, template ni macam huduh sedikit, tulisan besar besar aku tak suka. Kenapalah aku ni dah lah tak rajin tapi ada hati nak template lawa, mudah dan ringan. Belajar buat template sendiri tak nak, buang masa. Nak free pulak tu. Layan ajelah. Nanti tunggu suami kedekut penjimat tu balik geledah google untuk aku.

nota mama kesunyian: alaaaa..cakap jelah ada handphone baru! kecoh betul!

0 comments: