APA DAH JADI DGN BLOG NI?
KENAPA BERABUK SANGAT NI???
TUAN KO MANA????????????
Ya, ya, aku kat sini. Aku memang sengaja berhabukkan blog ni. Saja bagi id luaran nampak banyak spiderweb, biar nampak kesan lebih creepy jadah.
Tak payah banyak explanation aku kemana bla bla bla, just to let you know bulan 12 2010 yang lepas aku agak sibuk dengan persidangan wanita-wanita
1) Mengadaptasi keadaan baru dimana EN JASMI YANG KUSAYANGI KUCINTAI DAN KUKASIHI, kini tinggal berjauhan (sementara waktu aje). Setiap minggu adalah PJJ. mak ni penat lah sesangat. prestasi kerja adalah merundum kerana makcik ni tidur lambat kerana polis sentri one two jaga, almost setiap malam, maka bangun selalu kelewatan dan kerja kepenatan.
Ya, AKU PARANOID giler tiap malam, maka tidur berlampu terang dan setiap sejam pasti terjaga mencheck testing one two three setiap sudut. kronik weiiii! Aku tak tahan, harap EN JASMI YANG KUSAYANGI KUCINTAI DAN KUKASIHI segera siap concretting dan pulang kepangkuan keluarga yang menunggu dengan
2) Emak tersayang yang paling kiut pernah melahirkan aku telah sakit dan masuk wad. Part ni paling aku sedih sekali. Sekarang emak dah tak boleh kerja kuat-kuat lagi. Jantung dah tak kuat sangat. Terima kasih kepada semua yang concern kepada keadaan emak aku. Bukan aku tak nak layan atau reply atau apa pun, we need time to handle 'person' bukan 'situation'.
Maksudnya begini, emak aku memang banyak orang approach dengan semua dewata mahahebat supplement dan ubat. Tapi dia ada sedikit stuborn dan picky pasal ubat. Asal tawar, asal meloyakan mesti dia tak makan. Tanyalah doktor ucu yang duduk sebumbung dengan dia. Semua makanan yang sihat sejahtera ada dirumah. Ucu ni gigih belikan emak aku segala macam yang ditawarkan di market dan MLM, namun akhirnya, aku yang perabiskan kesemuanya sebab dah menghampiri tarikh luput.
So, segalanya bukan bermula dengan sekelip mata. Kena latih dulu mak aku berdisplin. But now emak aku progressing very well. Sebab telah jaga makan dengan betul. Sebab telah mendengar kata doktor pakar yang gertak emak aku masa kat hospital dulu. Sebab telah mengambil supplement dan makanan kesihatan yang disarankan oleh emak sedara puan matren yang sungguh berdiplin. Dan sebab telah diwarning oleh cik doktor garang yang takut juga kalau emak masuk wad lagi nanti dia kena rotan dengan doktor pakar wad dia bekerja. Maka emak telah menjadi lebih sihat namun kadangkala kantoi juga sebab walau memakan makanan sihat tapi emosi tidak dijaga, maka paras gula pun boleh naik. Jadi, sesi makanan jiwa adalah rawatan terbaik kepada masalah ini.
3. Prestasi adalah merundum sedikit. Kecoh jugalah. Tapi menjadi aku yang kental ni, aku tak akan menyerah kalah. Mengapa aku mesti bertahan walau KL dilanda banjir kilat walau ribut dan taufan dan tsunami dan segala bencana alam berlaku dimuka bumi, hanya aku dan ENCIK JASMI YANG KUSAYANGI KUCINTAI DAN KUKASIHI sahaja tahu mengapa. Setiap kejayaan perlukan sedikit downpayment, maka inilah downpayment yang mesti aku bayar.
Ok, nampak sangat aku memang pantang diajak memblog. Konon tak nak explain segala, tapi kamu tengoklah apa dah jadi.
p/s: hehe, aku turun 2kg u olls!




0 comments:
Post a Comment