Tujuan tulisan ini hanya satu, sekadar mahu menjadi tatapan buat anak cucu aku akan datang. Dan sekadar satu kenangan terindah pernah berlaku dalam hidup aku. Jika terasa meluat hendak muntah dan menyampah, DIMINTA BAWA CURSOR KE HUJUNG PALING KIRI PALING ATAS SEKALU DI SCREEN LAPTOP KAMU, YANG ADA BOX KECIL BERTANDA 'x', DAN KLIK SITU. Dan kamu move on segera masuk blog OH BULAN, ROTI KAYA, SENSASI SELEBRITI, BEAUTIFUL NARA untuk kisah artis-artis yang lebih mewarnakan hidup dipejabat kamu yang ketiadaan bos itu.
JengJengJeng. Ok tamat. Tepuk tangan babai. Suspens je. Bodoh betul. Tampar karang. Ok, memang nak cerita juga hatiku melonjak-lonjak nak tulis jugak tapi malu tapi mahu konon lengah-lengahkan masa.Anak-anak dan cucu-cucu yang dikasihi. Inilah kisah antara mama dan ayah kamu, kisah pertemuan penuh suka dan duka. Semoga kamu semua keduabelas (12)anak-anak kami dan empat puluh lapan (48) orang cucu-cucu kami akan mendapat iktibar dan pelajaran dari kisah yang mama ingin paparkan disini.
Kita mulakan dengan Bismillah. > cubaan cuba melengahkan masa.
Eh, apa tu?? Helicopter landing kat TM! Fulamak!! Dasyat!! Ijaz nampak ni mesti suka!! >>ok cubaan kedua ni annoying.
Grandma! Cepatlah cerita! Arissa penat tau!
Ok, itu suara bakal cucu sudah marah. Ok, haruslah Grandma cerita sekarang.
Epik Cinta ke-1
First time kenal, bila ye? Hemm. tak berapa ingat bila betul-betul kenal. Yang aku ingat kita memang dah kawan. Sebab aku budak Mechanical Engineering, dia pula budak Aerospace Engineering. Banyak kelas yang kami sama. Dia dulu matriks kat Trolak, aku pulak Matriks UPM. Sebenarnya tak geng pun, tak eprnah bercakap langsung cuma kenal nama sebab geng-geng aku banyak budak Trolak. Jasmi ni dulu mat rock, datang kelas selebet, helmet tampal, t-shirt hitam, jeans serabai. Pulak tu dia tak banyak cakap, banyak duduk sorang-sorang, low self esteem katanya. Aku pulak jenis yang suka minggle around dengan semua orang. Habis semua orang aku tegur dan buat lawak kasar sebelum masuk kelas. Tapi aku baik dengan Aiman, kawan Jasmi budak Aero sebab aku dan Aiman ada ambil subject elektif yang sama.
Aiman selalu juga cerita pasal Jasmi, konon nak promote kat kawan girl aku. Tujuan promote sebab that girl suka kat Aiman dan Aiman cuba nak divert, tepis kat Jasmi. Yelah Aiman ni anak orang kaya, ada rupa sikit, tinggilah konon padahal lawak straight bangang tak ingat. Jasmi yang tak tahu menahu, tiba-tiba nama dia timbul dan start dari tu lah aku kenal Jasmi, tapi hanya pada nama.
Disebabkan Jasmi ni cold semacam, tak bergaul dengan orang, maka aku tak adalah nak tegur ke cuba-cuba borak ke apa, karang dia ingat aku syok kat dia pulak kan. Lagi satu macam pernah ku dengar dari seorang kawan, Jasmi ni mulut dia boleh tahan gak, jadi aku pun tak ambik port sangat pasal dia ni walaupun aku pun pernah bawak kawan girl aku ni tunjuk mana satu Jasmi.
Then cerita habis kat situ.
Kemudian, bila aku selalu lepak dengan Wazan, Pojot dan geng-geng budak lelaki mekanikal kejut (mechanical engineering) yang kebanyakannya semua dari Matriks Trolak, barulah aku ada bercakap sepatah dua dengan Jasmi. Tapi tak ingat sebab tak penting. Yang aku ingat masa tu memang start bertegur sapa tapi kasual dan jarang-jarang. Dan masa tu dalam hati aku dah ada orang lain, seorang 'teman tapi mesra' dan 'it's complicated'. Masa tu cuma Digi yang ada sms free sebab tengah trial. Maka tiap-tiap malam aku bersms dengan 'teman tapi mesra' aku ni pakai hp kawan girl aku. So, nama Jasmi ni tak begitu penting dalam hidup aku masa tu.
Geng-geng aku iaitu Wazan, Pojot, Epul, Lipih, Pi'e, Jawer dan ramai lagi, selepas kelas malam mesti nak pergi makan kat Padang (tempat makan kat UPM). Join sekali dengan budak Aero juga sebab kelas Math kitaorang saing. Tapi dalam ramai-ramai tu Jasmi mesti tak join, bak kata Yazdi, Jasmi mana nak makan ramai-ramai macam ni.
Cuma ada satu peristiwa yang buat nama Jasmi ni tiba-tiba berada nombor 1 dalam carta petang aku suatu hari.
Ceritanya, masa tu tahun 2000, tak silap aku masa nak final exam. Aku baru balik umrah dengan family aku. Disebabkan geng-geng aku hantar aku dan family kat airport masa nak berangkat, jadi aku ada bawak oleh-oleh untuk semua geng. Excluding him, sebab masa tu dia bukan geng aku pun.
So aku pun distribute lah kat rumah budak-budak bujang geng-geng aku kat Desa Serdang. Masa tu aku duduk kolej 12 lagi dan Emizul jadi driver aku masa tu.
Masa hantar kat rumah budak Aero, tak ada orang. Yang ada Jasmi seorang. Dia yang sambut bontrot aku dengan muka terpisat-pisat baru bangun tidur. Masa tu dah nak petang. Jadi aku tanya dia " baru bangun ke? Ko dah solat belum?" Memang masa tu tujuan tak lain tak bukan nak ingatkan member je. Bukan nak tunjuk baik pun, sebab masa tu dah nak masuk Asar.
Dia jawab "nak solatlah ni". So, that conversation takat tu jelah selain aku ingatkan suruh agih-agihkan kurma dengan geng yang lainnya.
Kemudian petang tu macam biasa, kami (geng-geng aku) lepak kat kedai mamak bawah pokok yang kami panggil Mapley. Mapley ni sampai sekarang kenal kitaorang lagi, punyalah setiakasih dengan diorang ni. Memang dah petang sangat dah masa tu tapi sebab Pojot nak makan roti bom kesukaan kami, yang lain ikut aje. Kemudian bila semua dah selesai, Jasmi baru sampai. Atas dasar tunggu kawan, yang lain pun tak jadilah nak angkat punggung. Aku pun ikutlah sama, dah nama lepak mestilah ebst, mana boleh nak balik rumah kalau yang lain tak balik lagikan.
Masa scene tu, kalau kawan-kawan aku masih ingat lagilah, memang semua orang tak balik lagi sebab khas untuk menunggu Jasmi yang terhegeh-hegeh baru nak order teh tarik dia. Sementara tunggu tu semua orang borak-borak lah termasuk aku. Masa tu kira-kira betul-betul orang dah nak azan Magrib.Tiba-tiba dia bersuara..
"Ajai, kat Mekah tak ada orang sembahyang Magrib ke?"
Dengan muka selamba, dengan nada suara menyindir.Dengan tak pandang muka aku tanda konon buat lawak. Serius, segalanya nampak serius dan menyindir.
Aku punya malu sampai terdiam tak terkata apa. Dah lah aku fresh form oven baru balik umrah. Muka masih berseri-seri lagi kata orang. Statement dia tu macamlah aku ni plastic sangat, konon kata pergi umrah, tapi balik melepak Mapley sampai maghrib.
Aku terus angkat punggung ajak Pojot blah. Memang bengang gile sampai aku tak cakap apa-apa. From that moment, memang aku berjanji dengan diri tak nak cakap langsung dengan mamat kerek dan berlagak ni. Malu aku depan kawan-kawan. Masa tu aku agree sangat dengan kata-kata kawan kawan yang lain bahawasanya JASMI ABDUL RAHMAN ni memang mulut laser. dan kerek. fullstop.
Apa yang berlaku seterusnya? Kita nantikan part 2 yang lebih dramatik dan mengujakan kuch kuch hota hai. Hehheeh
Dah jam 4.15 lah wei, aku ada kerja nak buat. Esok cuti Thaipusam. Hahaha. Kita sambung nantilah ye, at least sempat aku menggodek gambar-gambar lama.
nota Grandma Arissa: Arissa, nanti sambung lagi ye thayang. Ijaz! Bawak anak kamu ni tukar pampers!




5 comments:
Sambunggggggggggg
yelah yelah!
sukeee...sukeee!!!
epik 3 bile lg???
hahaha...
bnyk tol kenangan..
aku rindu zaman kat u!!!
Pojot ^_^
zaireen,
siap dah..tunggu tv3 panggil buat skrip je hahah
pojot,
tak pernah terluput kenangan kita. Sanagt manis kan. Ingat tak cipan angle? haha
Post a Comment