PAGI YANG LEBIH RILEKS

Alhamdulillah, berkat sms kepada ALL MY SISTERS yang ada di sini, asking for their help to wake me up early this morning, telah mengejutkan aku seawal 6 pagi. Bukan tak boleh nak bangun awal, tapi sebab as i mention earlier in my previous entry, tiap-tiap malam aku adalah One Two Three Sentry Jaga, atau seperti mak guard pintu Angkasapuri, jam 6 atau 7 baru boleh tidur lena. Bila dah tidur waktu orang pergi kerja, maka agak-agaklah jam berapa boleh bangun untuk aku pula pergi kerja? Semua ni kerja gila orang pethatic, kamu tahu? Dan lagi, Jumaat pagi ada meeting besar dengan segala tok cucu pengarah J*R, maka sebarang kelewatanan akan amat dikesali oleh diri sendiri.

First morning call dari Along. Tepat jam 6 pagi. Terus bangun tapi masih terpisat-pisat. Tak lama lepas tu 2nd call dari Angah. Tak tunggu lama terus mandi dan bersiap-siap. Ijaz bangun jam 7, Alhamdulillah tak buat perangai ninja jadi mudah diurus. Cuma dalam pada nak camwhorebuka pintu rumah, tiba-tiba dia mencangkung cakap "Mama, beyak" Aku apalagi, sebahai emak yang bijak dan mengelat, aku cepat-cepat bukak pintu rumah terus ajak dia masuk kereta. " Berak dalam kereta, basuh rumah ibu!"

Kalau dilayan, alamat keluar rumah sejam selepas tu.

Jadi macam biasa, terimalah gambaran ikhlas apa yang berlaku pagi ini.

tu nampak kepala budak kecik dah start mencangkung


masam muka sebab dipaksa tahan berak


tengah mengeliat disuruh senyum

Nota mama rileks: memanglah. towards end of the week, mesti berkelakuan baik. Esok ayahnya balik

0 comments: