Pagi tadi bangun awal sedikit. Uruskan baju mana yang patut, mandi kemudian keluar rumah. Sebab tiada meeting, maka boleh pakai jenas dan t-shirt serta make up basic sahaja. Kalau ada meeting pun tak boleh juga pakai long skirt nanti Abang Din agak kutuk mati-matian. Abang Din ni safety officer dekat site. Tak payah bubuh gambar dia nanti budak site yang tersinggah blog ni bagitau abang Din.
Tapi kena bubuh gambar sendiri sebagai kredit kepada diri yang susah payah urus anak di pagi hari. Seorang diri.
Tapi kena bubuh gambar sendiri sebagai kredit kepada diri yang susah payah urus anak di pagi hari. Seorang diri.
1 kaliMenduga perasaan betul setiap pagi. Budak kecik ni kalau dah bangun mesti nak susu. Dah dapat susu, mesti nak berak. Yang geram tu part nak pakaikan pampers. Boleh pulak main hide and seek dengan emak dia, berlari-lari lagi. Bila dah dapat, tak nak dibaringkan, nak pakai pampers berdiri katanya. Ok lah, tapi bila berdiri, disuruh kangkang sikit, main-main.
Sudahnya kalau dah geram sangat 'pap!' jugalah. Tapi selalunya jadi drama pulak lepas tu. Lagi leceh. Dengan nak buka pintu pagar yang bersolex bagai tu. Adusssss.
Cara diplomasi, cakap elok-elok. Ijaz, mama nak work ni. Pakai pampers cepat sikit. Nanti lambat mama kena rotan dengan boss mama.
Ada masa dia faham, ada masa buat-buat tak faham.
Jadi, nak tak nak kenalah umpan dengan Vitagen ke, Yakult ke atau air Ribena.
Barulah dengan berdisplin dan taat setia merelakan diri dipakaikan pampers.
Jadi, inilah kerja aku pagi-pagi. Singgah kedai Mesra Petronas terdekat membeli minuman kegemaran budak kecik ni. Kalau Petronas depan rumah aku, adalah jual Vitagen, tapi kalau Petronas di BTHO, Vitagen tak ada, Ribena lah jawabnya.
Itu belum kira nak masuk Petronas pun nak bawak beg
Tak payah tunggu emak bukak pintuGambar pun terhenti takat ni. Dah masuk dalam, mana nak mengejar mana nak membayar. Fuh!!!!!
Last-last sampai office pun lambat juga. Ceh! Hampeh je bangun awal.
nota mama riang ria ribena: Kadang-kadang kena paw beli mainan





3 comments:
ajai..
anak hantar nursery ke hantar kat umah org?
ha ha ha.
mau kasi repot sama itu abang din.
enny,
antar rumah org le, kecik lagi. biar main puas dulu
kama,
ceh! gunting dlm lipatan, musuh dlm selimut, rambut dalam tepung, jentik2 dlm tempayan, ptin dlm gulai tempoyak!
Post a Comment