SIAPA KATA GELAK TU AWET MUDA? CERIA DAN SENYUMAN BARULAH YA!

Kadang-kadang kita tak sedar yang kita ni ketawanya mengilai. Selama ni bila gelak-gelak besar, partner kita tak comment apa pun, kawan-kawan kita pun macam ok aje.

Tapi semenjak suami kena kerja jauh, jumpa jarang-jarang, gelak pun jarang, sekali gelak baru perasan "Eh? Apesal aku gelak macam ni?". Malu juga tu. Siap tutup-tutup mulut konon MAAF, HARI NI JE TERGELAK KUAT. SELALU TAK BEGINI.

Emak aku tak berkenan dengan orang yang sikit-sikit nak gelak, sikit-sikit nak gelak macam tak ada pendirian. Aku tak berapa faham maksud mak aku. Even sampai hari ni, message tu tak berapa aku fahami. Dulu masa awek remaja, mak aku selalu pesan jangan suka gelak-gelak, kawal diri sikit, jangan cakap sikit gelak, cakap sikit gelak tapi being a young girl masa tu dengan life yang cukup fun, gelak adalah aktiviti yang paling best yang tak boleh sehari tak buat tanpanya. Umpama keluar rumah tanpa pakai bedak baby johnnson dan lipstik.

Cuma few days back, jumpa orang yang ada kerektor cakap sikit gelak, cakap sikit gelak ni, tiba-tiba terasa tension sendiri. Kadang-kadang tak lawak pun apa yang dia cakap tu, tapi sebab dia gelak sendiri, jadi aku serius tak tau nak response macam mana. Sudahnya sengih jelah. Tu yang malas tu, lama-lama jadi rimas.

Bila dah sekarang pandai berimas-rimas, kemudian barulah terflash back, rupa-rupanya ramai kawan-kawan aku yang macam ni juga sebenarnya. Tapi mungkin dulu sebab aku pun suka gelak kuat, jadi perkara ni tak pernah terlintas langsung nak rasa annoyed.

Dan sekarang, mungkin sebab dah semakin dewasa, kelakuan begini jadi menjengkelkan. Padahal bukan besar mana pun. Sebab tu, tiba-tiba tak pasal-pasal aku buat analisis diri sendiri. Asal setiap kali gelak je, mesti aku nak stop, sempat fikir , kuat sangat ke aku gelak tadi. Atau semasa berborak tu, sempat ingatkan diri, kalau bukan tujuan nak buat lawak, jangan cakapnya asyik berulam gelak je. Nanti orang lain pun naik menyampah.

Hai, macam-macam lah aku ni. Mungkin tanda-tanda usia bertambah agaknya.

1 comments:

KalpanaS said...

laughter is the best medicine, but in right doses! nice blog- but i had to translate in order to understand. best wishes- keep blogging!