Disclamer: Entry ini tidak sesuai untuk kamu yang duduk di luar negara seperti US dan UK. Juga bukan untuk kamu yang punya adik-beradik yang sedang belajar atau study di negara tersebut. Juga bukan untuk kamu yang bakal melancong ke luar negara tersebut. Entri ini sesuai untuk aku dan clan aku yang selalu terkebil-kebil mata bila masuk children's branded store di Malaysia sebab harga macam.....
Tengah surf internet, cari baju raya untuk budak Ijaz. Gila hapo? Raya Cina baru start dah sibuk cari baju raya.
Ok, alasan munasabah seperti tertera dibawah ini:-
1. Banyak branded outlet buat grand sale waktu ni. Besok time nak raya kalau ko bukak Gap.com ke oldnavy.com, jangan ko fikir pasal sale. Diaorang tak buat sale raya macam Jusco. So, this time kira waktu terbaik, plus tunggu shipping bagai another 2 months. Sampai kat tangan kau esok dalam bulan April. Itu pun kalau ko order sekarang lah. Itu pun kalau order straight pakai credit card sendiri. Kalau ko order through blogger/fb, lagi kalau ko main kutu 3 bulan baru habis bayar atau installment 2 bulan, kau tambah lagi 3 bulan. Expected arrival adalah bulan Jun 2011 esok. Puasa bulan 8, raya bulan 9. Oklah 2 bulan duduk almari diam-diam dulu.
2. Financial planning. Beli last minute esok memang berduyun-duyun sale yang mengkelabukan mata, tapi confirm berterabur perbelanjaan tika itu. Kau bawak rm500 konon shopping baju anak, tapi aku confirm jugak ko mesti habis rm700 bukan rm500. kita orng perempuan mana boleh dipercayai dik nonnn. Mesti kau nak bagi anak kau punya baju cantik walau baju raya ko kain cotton beli jalan TAR RM59.90 je (Mak aku panggil kain chet). Contohnya kamu shopping di Jusco/Sogo tempat kesukaan dan kesedatan orang paling ramaI time perayaan. Ko confirm jengah PONEY atau BABY KIKO sebab tu jelah brand yang paling hebat kat outlet mcm tu. Kalau ada SEED, oklah lagi baik.
Dah pilih yang 50% sale punya yang rata-rata kualiti memang pasar malam brand punya, mesti kamu nak sehelai yang elok. Ok, kamu pergi ke rak yang 10% less sahaja. Harga satu helai kemeja PONEY boleh mencecah RM70 - RM100. Masa tu confirm kau mesti teragak-agak nak beli ke tak. RM100 untuk brand PONEY? Ok, kamu beli juga lah, tapi confirm bajet kamu lari mcm yang aku sebut tadi. Question, why want to spend RM100++ for biasa-biasa brand if you can get muchhh better brand with better quality? Ok, harap itu bukan soalan susah nak jawab.
3. Kalau ko dh beli yang bagus dengan harga bagus sekarang, dekat nak raya besok kau hanya beli yang biasa-biasa punya aje. Ini lah yang biasa aku buat selalu. Setiap bulan lepas tolak semua payment wajib, hantar parents, bayar broadband, insurance, unit trust, pinjamkan duit kat budak-budak bangla kat site yang belum dapat payment, dan segala macam bagai, kau hanya perlu allocate rm50-rm150 sahaja untuk ini. Bergantung pada atau dimana ko buat online shopping. Yang biasa aku pergi (nanti aku kongsikan dimana) ada sediakan khidmat kutu dan installment, jadi allocation aku hanya dalam rm70 sebulan untuk itu. Fair enough kan? Win-win condition kan?
4. Oh, yang aku cerita ni BUKAN online shopping yang ko beli branded item but actually rejected item/ A-A grade/ imitation lah apalah. Ini memang ORIGINAL straight dari outlet dia di US/UK. Aku tak kata imitation yang kita selalu beli tu tak bagus ke apa, tapi come on lah kawan-kawan, once a while, untuk raya/wedding adik beradik, biarlah ada yang original. Biarlah anak kita pakai yang best, yang original. Korang kalau beli handbag nak yang tulen aje tak nak imitate, tapi baju anak sekali sekala pun bagi jugalah yang ori. Aku pun layan GM/Chowkit imitate/reject mari tapi nak cari yang tak cokia sangat, ko ingat senang. Mostly nampak je serupa tapi bila ko belek-belek, nah hamek kau made in gurun kalamari. Tu kira baik, ada yang aku tengok, jenama guess tapi sekali pandang nampak macam cap ah kong. Memang low class imitation betul. Yang betul-betul rejected item tu bukan senang nak dapat. Kebanyakkannya memang imitate items.
5. Sekarang ada opportunity nak beli truly original, direct from the outlet/website, yang reliable, yang tak tipu duit punya. Mahu tahu, sila pm aku kat fb, aku bagi link atau email aku. Jahat kan aku tak nak share dengan ikhlas. Of course! sebab aku nak shipping free untuk next order aku, aku kena recommend orang. Macam mana aku nak tau KAMU lah yang aku recommend jika aku terus warwarkan page siapa. Nanti korang masuk page tu terus like, nah berputih matalah aku. HAHAHAHAHHAAAHAHHA. Bijak tak?
6. So far aku dah order 2 items kat page tersebut. Satu baju budak satu lagi kasut. Dulu pernah order kat page yang similar to this page, offer same service tapi owner dia tak lah friendly mcm owner page yang aku promote ni. Kakak ni sangat bagus dan mudah berunding. Kau terbayar lambat sikit tak delah sibuk nak blacklistkan nama kau. She is full of consideration as long as kau inform dia why and why. Kat page yang jual imitation item pun tak banyak sangat aku pernah order sebab aku punya peel kalau takat nak beli yang imitate, aku sanggup redah ampang, jalan pudu, chow kit, GM plaza segala. Seriously not advisable beli kasut online, walau ikut international chart size, aku telah terbeli saiz lebih besar. Nak tukar ambil masa. Tapi kalau beli baju memang syiok habis tahap rambang sumbang. Terbesar ke terkecil ke, tak pe. Lagi pulak baju budak kecik. Kamu compare harga disini dengan retailer/outlet contohnya kat isetan ke, mid valley ke (pavillion, klcc lagilah aku rasa dia paw kau haru biru punya), memang tak tercompare punya. Masih lagi murah disini sebab u know lah dik non, tak de malaysian tax, shop rental lah, tak bayar pekerja etcetera etcetera.
7. Jadi kamu tunggu apa lagi, aku serius ni! Terus pm kat fb aku atau email terus aku kat huzairiyahhussin@yahoo.com. Aku bagi link terus kt fb tu dan akan inform owner dia. This is how we play. Bukan cari downline ye excuse me! Aku bukan MLMer. This no scam, pergi page dia dulu, rambang-rambangkan mata then decide. Bukan decide nak join tapi decide nak habiskan duit kat website mana>> ralphlauren.com ke gap.com ke macy.com atau apa sahaja. Weehooooooooooooo!
8. Lastly, aku harap ni tak menutup periuk nasi website/blog yang jual imitation item. Yelah dik, sekali sekala tekak akak nak juga makan piza original dari Italy, tak nak lah asyik piza kat pizza hut je dik non. Dan akak pun tak larat juga nak makan piza italy mahal tiap-tiap bulan, kena juga makan pizza hut lunch set rm10 tu. Harap faham ye!




3 comments:
Kak Riyah,
PM aku link tu kat FB.
TQ,
ikhlas tapi jauh
Kingkenny
jgn panggil I kak, maluewwww!
For those of you who are purchasing Taps,we realize that this is one of the most important purchasing decisions you will make. You have made the best choice in choosing one of our Bathroom Sink Taps,Kitchen Taps or Shower Taps etc, as they are constructed of the highest grade materials to ensure that your new Taps lasts forever. You can be confident in your purchase as each item comes with a no hassle 30 day return privilege.
Post a Comment