Ya, jangan melayan perasaan. Don't even start thinking about it. 'IT' itu adalah apa sahaja yang boleh membuatkan anda melayan perasaan. Contohnya, masuk website online shopping, jatuh cinta pada jam tangan cap Marc by Marc Jaccobs yang sangat menawan. Tahu bahawa harganya melebihi kemampuan anda. Tapi masih mahu melihat jam itu setiap hari dan berangan. Akhirnya, jam itu jatuh ke tangan orang lain yang lebih mampu. Tapi masih mahu lihatnya setiap hari dengan perasaan kecewa. Setiap hari sehingga kerja terbengkalai. Sehingga tak ada mood nak melayan suami dan bermain dengan anak. Sehingga hanya nak baring memikirkan tentang jam tangan tersebut.
Jam tangan tu hanya contohlah. Mana mungkin kerana jam tangan yang tak sampai RM1000 tu bisa buat kita semua jadi manusia loser *choppp! loser sekejap je *. Biasanya pasal material ni manusia cepat move on. Tak dapat apa dihajati, cepat dan tangkas otak kita pusing cari plan B. Contohnya tak dapat jam tangan Marc by Marc Jacobs, plan B terus cari jam Fossil yang jauh lebih murah. Pun masih bagus, adat manusia, pertukaran yang tidak jauh tandingannya masih boleh diterima.
Tapi jika berkaitan dengan manusia, ambil masa untuk pulih sepenuhnya. Bangkit, ya memang bangkit, tapi untuk jadi seperti dahulu perlukan masa.
biar waktu merawat segalanya; Shima
Itu kata Shima lah. Tapi kata saya sebagai pengerusi untuk forum perdana ini, selain WAKTU, OTAK juga boleh memberi rawatan. Sebab itulah tajuknya JANGAN LAYAN PERASAAN. Kaitan perasaan dengan otak adalah, bila otak tertumpu kepada satu pemikiran baik positive atau negative, sebenarnya ia juga menarik hati untuk pergi ke titik tumpuan itu.
Ok, berbalik contoh jam Marc by Marc Jacobs tersebut BERIA-IA AKU BAGI CONTOH JANI NAMPAK SANGAT AKU NAKKKK. SOBBBBBBB.
Bila mata kali pertama tengok jam ni, apa yang otak akan buat. Ianya memberikan 'idea' . Samada "Jam ini memang gorgeous, tak beli menyesal" atau "Jam ni gorgeous". Nampak tak beza. Statement pertama beri idea, jam ni cantik tapi kalau tak beli menyesal. Bila ada statement 'tak beli menyesal' terus idea ni jadi idea negative. Then statement kedua. ideanya jam ini cantik. Kemudian berhenti sahaja disitu. Idea ni masih bernilai positive.
Aku kata statement pertama jadi idea negative sebab, dari situ dia tarik perasaan kita. Melayan-layan lah kita dengan perasaan yang diterjemah dari idea tadi iaitu 'TAK BELI MENYESAL'. Berhari-hari dok monyok depan laptop tengok gambar jam tu. Terngiang-ngiang suara hati TAK BELI MENYESAL WEH TAK BELI MENYESAL WEH! Siap ada topup dari hati yang hitam OI SENAH, TAK BELI MENYESAL NI, CIK KIAH PAKAI JAM LEBIH KURANG MACAM TU. TAKKAN NAK KALAH DERR.
Boleh nak hidup macam ni hari-hari? Sebab itu semuanya berpunca dari OTAK. Sebab tu dalam cerita Zombi Kampung Pisang, Mamat Khalid tunjukkan Zombi nak makan otak manusia. Sebab otak ni punca segala TENAGA. Kalau fikir positive, tenaga POSITIVE lah yang keluar. Kalau negative, NEGATIVE lah jawabnya. Hati perasaan ni dipengaruhi oleh tenaga yang disampaikan dari otak. Ingat prinsip keabadian tenaga?
TENAGA TIDAK BOLEH HILANG ATAU DIMUSNAHKAN. HANYA BERUBAH BENTUK
Jadi hati ni mendapat tenaganya dari otak. Sebab tu kalau rasa sayu hati, cepat-cepat otak kena tune balik. Asal rasa nak nangis nak bersedih, nak layan perasaan, otak cepat-cepat kena main peranan.
Nampaknya tajuk forum kita kena bertukar tuan puan sekalian. Dari JANGAN MELAYAN PERASAAN sepatutnya jadi JANGAN MELAYAN OTAK. Hahaha, macam tak sastera je bunyinya kan. Macam tukar tajuk novel 'BILA HATI BERBISIK' kepada 'BILA OTAK BERBISIK'. Serius tak boleh boleh jual kat mat rempit. Sebab mat rempit tak guna otak.
Bagi aku perasaan boleh dilayan. Tapi kena kawal dengan layan secara positive. Untuk itu otak perlu beri idea positive. Idea postive pula kena tegas dan firm. Bukan mellow dan tidak berasas. Baru hati boleh layan dengan tenang dan redha. Hendak lupakan sepenuhnya, bukan satu kewajaran. Ingatan dari akal, biar ingatan yang indah. Dan yang tersimpan dalam hati, adalah perasaan istimewa.
Baiklah tuan puan, aku rasa anda faham sebenarnya apa yang aku nak sampaikan. Yalah, inilah process 'menelan' yang sungguh tak mudah seperti yang aku sangka. Tidaklah sampai bermuram durja, tapi terkucil juga kadangkala. Entry ini hanya pengingat diri.
Nota working mama: Teringat lagu yang Nik Haryati dedicate kat aku masa form 3. LIFE GOES ON by POISON. Cuba google jap.




2 comments:
Ajai,
I know its not easy...aku dah mengalami peristiwa ni 3 kali berturut-turut dan menjadi sangat negative. Tapi, betullah, life must go on. Peristiwa yang dah berlaku tu untuk kita jadikan pelajaran untuk pengalaman yang lebih baik pada masa depan.
Take a deep breath & enjoy every moment you have now. Hari Jumaat ni jemput datang rumah mak aku, aku ada buat kenduri sikit + sambutan birthday Aimar ke-2 tahun. Boleh la kita sambung gossip session tapi version mak-mak pula :p
lia, thanks for your support and understanding. we move on, but it's never been easy to put the past memory behind. esp part teringat baby punya kicking. how sweet she was.
haipppp..dah start dh melayan perasaan. ok aku tunning balik otak ni.anyway thanks again.
Jumaat ke? Millions & Millions appology dari aku denagn rasa rendah diri. I'll be back to jasmi's kampung that day. Since misscarriage blum balik lg. sooooooo mintak maaf on that. sampaikan salam peluk cium untuk aimar & emak kau ye. lovesss
Post a Comment