I miss to write. Dekat 2 bulan aku tinggalkan abang blog ni gersang tanpa pengisian jiwa aku. To those who are following me on fb, tahu aku telah keguguran usai 3 minggu lalu. That was a painful experience. Tapi syukur, aku lebih redha dengan ujian ni dan ini semua hasil didikan seorang sahabat menerusi karyanya. Terima kasih tuan syed!
Ramai yang beri kata-kata sokongan dan terima kasih untuk itu.
Tapi ada yang tak ada idea nak kata apa dan boleh cakap, “anak no.2 kan? Tak apalah kak, at least akak dah ada anak”. Should I get mad or should I be thankful to that response?
This is what I felt FYI.
Anak.
Anak. Tak kiralah anak pertama ke, anak kedua ke, anak ke lapan ke *as if dah pernah beranak lapan je bunyinya*. Anak sorang ke, dua orang ke, 11 orang ke, dah namanya anak. From the moment disahkan pregnant oleh puan pregnancy kit, semuanya adalah tentang si dia yang berada didalam perut. Segala impian, segala harapan adalah berkenaan si dia. Dari saat air mani masuk ke dalam rahim kau pada waktu subur, masa tu harapan telah terbina. Dia adalah darah daging aku, malah lebih dari itu. Dia adalah jiwa aku. Dia adalah diri aku. Besar harapan untuk melihat dia lahir dengan selamat pada tiba waktunya. Tak pernah sesaat pun terfikir, “tak pelah, kalau jadi apa2 pun, at least ada seorang anak”. No. NEVER. Maybe sounds ok to those woman who have intention to go abortion. Tapi untuk manusia normal macam aku, yang berkeluarga dengan hubungan yang disahkan dengan ijab dan kabul, yang menanti sehingga luka cesear sembuh untuk memiliki cahayamata kedua, sesungguhnya kehadiran cahaya mata kali ini tetap sama, rasa perasaan, harapan, impian dan debaran sebagaimana yang terdahulu. Tidak ada bezanya.. Dia adalah anak. Darah daging jiwa raga aku. Macammana nak pujuk diri ‘tak apa’ sedangkan aku memang ‘apa’. Setiap saat cuba melindungi kandungan. Tak mungkin ‘tak apa’.
Dan ada pula kata “anak aku cukup 9 bulan meninggal masa nak lahirkan. Kau baru 5 bulan. Tak pelah”.
Samada tak sensitive, atau terasa diri sendiri sahaja berhak berasa sedih? Dan aku tidak? Jadi kalau aku keguguran masa usia 2 bulan, maka aku hanya layak karaoke pada hari seterusnya. Langsung tak boleh rasa sedih? Macam nilah, how short a time si dia duduk dalam rahim, may not matter for the feeling of loss. Dari saat disahkan mengandung, perasaan dan keterikatan atau bonding itu sudah pun bermula. Apatah lagi kalau aku dah boleh rasa tendangan halus dari kaki kecil si dia, malah ayah dan abangnya pun boleh saksikan sendiri pergerakan pada perut aku akibat kick boxingnya 2-3 hari sebelum kejadian tu.
Ya, aku berterima kasih kerana ulasan itu terjadi kerana tidak mahu lihat aku bersedih.
Namun, jujurnya ulasan ini juga buat aku bertambah sedih.
Seksa sebenanrnya menahan perasaan sedih masa tu. Apatah lagi dengan phrase ‘perempuan bersalin, tak boleh sedih-sedih nanti meroyan’. Logiknya orang mati anak, mesti sedih menangis. Tapi aku tak boleh. Aku kena tahan. Ingin sangat nak menangis satu hari cukuplah tapi bak kata suami aku “boleh, tapi lepas berpantang. Masa tu nangis lah sepuasnya” . Hari pertama keluar wad, tengok tilam pun tak boleh. Gosok gigi kat sinki pun boleh menangis, sebab masa pregnant aku mesti muntah-muntah masa gosok gigi. Tapi bila tak muntah lagi, itu macam affirmation yang baby dah tak ada. Tengok muka anak pun nangis. Sebab tahu dia takkan dapat bercakap dengan adiknya “adik, abang Ijaz main lari-lari kat rumah ibu tadi. Nanti adik keluar kita main sama”. Tiada lagi.
Tengok nasi pun sedih. Sebab masa pregnant aku tak lalu sangat nak makan. Tapi paksa juga makan, ingatkan dir sendiri “makan untuk baby”. Tapi bila aku boleh makan dengan sihat, aku jadi sedih. Again, affirmation yang baby dah tak ada.
Jadi bila keluar wad hari Sabtu, aku terus ajak husband balik kampong hari Ahad, tapi atas sebab ‘stand by’ *will tell you later on*, kami hanya dapat balik hari Isnin. Tak sanggup aku lama-lama kat rumah ni. Setiap sudut mengingatkan aku tentang baby. On the way balik, husband berusaha asyik tukar tunning radio. Tiap kali lagu sedih keluar, mesti dia tukar station lain. Sebab masa tu aku mudah sangat terbawa dengan lagu sedih. Tiba-tiba air mata laju je keluar. Pernah masa sampai yong peng, aku baru nak lelap mata, tiba-tiba radio main lagu annuar zain ‘sedetik lebih’ . Tiba-tiba satu perasaan datang dan zapp! Meleleh-leleh air mata aku.
Bila aku google cari info pasal miscarriage baru aku tahu kenapa.
Sumber: http://www.miscarriagesupport.org.nz/health.html
the physical symptoms of grief
Many women find they experience physical symptoms of grief as well as the emotional aspects. These vary greatly from person to person, and include:
- disturbed sleep and eating patterns
- unexplainable tiredness
- unexpected tears
- disturbing dreams and mental confusion
Normal kan.
Sampai kampung ingatkan dah kuat. Jumpa mak, jumpa ayah siap gossip gossip dengan mak gelak-gelak bagai. Kemudian bila aku kena masuk balik wad kat Hospital Batu Pahat sebab symptomatic anemia, perasaan sedih tu datangbalik. Fenomena ni aku relate kan dengan keadaan aku bila keseorangan. Yang paling tak tahan tu, bila pagi-pagi kena sorong buat scan kat labour room. Tengok ramai orang nak bersalin masa tu, dengan dengar suara baby yang baru keluar, mak aihhh, physco aku jadinya. Balik wad sendiri aku jadi separa sewel. Masa tu tak baik lagi dengan kakak katil sebelah. Kemudian husband pulak lambat datang sebab tunggu ayah aku yang kena tunggu orang renovate rumah siapkan kerja. Petang baru dia sampai. Apalagi, meleleh-leleh je air mata.
Alhamdulillah, kalau orang tanya aku sekarang macam mana, aku jawab dengan ikhlas, aku semakin kuat. Luar dan dalam. Jujurnya memang aku redha, tapi bila hormone down, aku pun jadi haru biru sikit. Sebab tu aku kawal je minda ni, jangan start fikir yang bukan-bukan. Bila layan perasaan sikit, mulalah start nak sedih. Cuma hari ni, bila aku start kerja balik, aku haru biru balik. Masuk ofis, terpandang kotak soya bean atas meja yang aku tak sempat nak buang sebelum aku sakit hari tu, buat aku sasau kejap. Nasib baik ada kawan-kawan kat twitter yang layan gossip dan merapu je kerjanya. At least tak lah aku layan sangat ‘feeling lonely’ aku.
Ok, next entry adalah entry mendebar dada dan mengilukan. Pun memilukan tapi aku cuba tak pilu-pilu nanti ijaz nyanyi lagu salem ‘antara hujan dan airmata’
Oh..hujan..
Di antara airmataku
Menitis laju bersama pilu-pilu
Tak tipu punyalah kiut dia nyanyi lagu ni. Karang ada masa free aku upload video dia




1 comments:
sorry ajai for ur loss...baru tau citer ni
Post a Comment