NUR JASMI THE EPIC. BIDADARI MAMA.

Entry ini tujuannya sebagai satu ingatan. Satu memori. Supaya esok anak-anak aku tahu, bahawa mereka ada seorang adik/kakak yang tak sempat melihat wajah sebenar dunia. Yang telah menjadi bidadari di syurga milik Tuhan, dan betapa ada seorang gadis kecil telah wujud selepas/sebelum mereka. Maka aku ceritakan perihal gadis itu disini.


23hb April 2011. Sabtu

Perut memulas-mulas macam nak buang air besar. Tapi masuk toilet tak jadi berak juga. Kebetulan husband beli yakult, 2 botol aku minum malam tu. Selalunya tak lama lepas tu mesti aku sibuk gaduh nak masuk toilet. Tapi tak berkesan. Tak pelah, aku fikir tak ada apa kot. Esok mesti ok punya.

24hb April 2011. Ahad.

Rasa memulas on off. Tapi makin sakit. Bila baring rasa sakit. Petang tu pergi Mualana Food Court Seri Serdang layan mee soto. Sepanjang jalan perut on off balik. Aku fikir, lapar kot, lepas makan ok lah nanti. Later on that night, aku dah tak senang hati. Isk, takkanlah sakit nak berak 2 hari tak baik-baik lagi. Aku ajak husband pergi Klinik An-Nur. Dr Aziah, the Gynea tak ada, yang ada doctor yang aku tak kenal. Budak kaunter kata GP. Tak kisah lah GP pun GP lah. Buat urine test, dan positive aku ada UTI or kata nama panjangnya Urinary Tract Infection. Doktor bagi antibiotic dan suruh minum air banyak-banyak. Jangan tahan kencing katanya.

25hb April 2011. Isnin.

Aku pergi kerja macam biasa. Badan rasa sihat sikit tak ada sakit perut lagi. Tapi tiba-tiba masa drive perut rasa sakit memulas-mulas balik. Lpeas bayar tol 50sen, aku singgah petronas sebelah tol Metramax tu. Masuk toilet, ada juga membuang. Aku ingatkan dah lega, but then masa dalam kereta perut sakit balik. Tak boleh jadi ni. Kalau UTI kenapa sampai sakit perut begitu sekali. Masa tu aku tak berapa nak terima sakit perut yang aku rasa tu adalah sakit perut sebab UTI. Jadi bila sampai area Kampung Kerinchi, aku sibuk cari klinik. Aku nampak sign board Klinik 1Malaysia. Tapi bila aku ke sana dia kata untuk kes mcm aku ni, aku kena pergi HQ dia kat Pantai Junction. Fikir-fikir balik, dari aku pergi Pantai Junction dan sesat baik aku pergi PPUM terus. Tapi fikir balik PPUM mesti ramai orang, aku decide pergi cari klinik lain yang dekat. So aku jumpa satu klinik bawah flat sebelah 7Eleven. GP lagi. Tapi what to do, aku tak familiar dengan klinik-klinik kat situ. Doktor tu check aku, dan lagi best dia kata aku gastric. Nah kau, makan lah kau ubat gastric yang rasa macam kapur bubuh colgate tu.

26hb April 2011. Selasa.

Aku cuti hari tu uruskan kereta kakak aku Along yang nak dihantar ke workshop kawan husband aku, Usop. Tapi kena ambil towing kat Selayang. Perut aku masa ni dah sakit-sakit tapi sikit je. Balik dari rumah Along, masa nak hantar Usop balik workshop dia, sakit makin kuat. Lepas drop Usop, terus aku ajak husband pergi Alam Damai Cheras sebab member aku Suraya recommend seorang Gynea yang buka klinik sakit puan kat situ. Kata Sue, doctor tu dari hospital Pantai. But unfortunately klinik Suria tu tak buka hari Selasa. Nasib baik ada Hospital Pakar Wanita sebelah dia then aku terus dapatkan rawatan kat situ. Buat urine test lagi dan scan sekali. Gynea tu kata baby ok, sihat. Strong heartbeat. Tapi tak bleh detect kenapa aku sakit perut. Then result urine test keluar. Dia kata UTI juga. Dan infection getting worse sebab ada darah dalam urine. Result kat kertas litmus tunjuk kaler purple which is the last colour in the row which also mean paling teruk dah. So dia upgrade dosage untuk antibiotic dan suruh datang balik after 2 weeks.

Balik sampai rumah, sakit makin kuat. Aku terbaring je memang tak larat. Badan rasa memang macam nak demam pun ada. Bila fikir-fikir balik, betullah, sakit ni macam contraction. Memulas-mulas yang sakit, on off. Malam tu pergi toilet, aku perasan ada bloody show. OMG! Aku dah gigil lutut ni, tapi aku sabar je. Tak cakap pun dengan husband takut dia risau. Aku cuba bertahan, tapi bila satu malam sakit perut macam contraction yang makin kuat, subuh-subuh tu aku ajak dia pergi Hospital Kajang.

27hb April 2011. Rabu.

Pagi-pagi buta terus aku daftar kat emergency Hospital Kajang. Ijaz tak bangun lagi masa bawak masuk kereta. Kat hospital, Dr Norlida yang attend aku. She is a good Gynea. Sangat baik eventhough agak tegas dengan budak2 nurse yang terkial-kial. Buat scan, baby still moving. Sihat je dia. Strong heartbeat. Syukur Alhamdulillah. Masa tu fikir, tak pelah sakit, janji baby sihat. Aku ingatkan tak ada apa, tapi doctor bagitau satu berita yang buat air mata aku automatic tumpah kat situ juga. Dia kata condition aku dipanggil Threaten Abortion. Maksudnya kandungan terancam. 50% of threaten abortion continue with the pregnancy while the other 50% end up with miscarriage. Waktu macam ni memang kena banyak berdoa. Kalau tak ada yang serius, Alhamdulillah memang rezeki aku. Doktor explain slowly dengan aku sambil pegang tangan aku, kalau baby tu lahir pun dia tak boleh survive kat luar rahim sebab baru nak masuk 19 weeks. Eventhough dia complete macam manusia biasa, tapi sebenarnya organ dalaman dia tak fully develop lagi. So doctor prescribe dengan Duphaston, iaitu ubat hormone which masa tu aku tak difahamkan ubat tu boleh berhentikan contraction. Keluar bilik doctor, banjir terus Kajang dengan air mata aku. Ambil ubat kat farmasi semua orang toleh-toleh, kenapalh minah ni nangis beria-ia. Suami dia pulak monyok semacam tapi anak jantan masih nak main lari-lari. Keluarga apakah ini? Doktor bagi mc sampai jumaat dan set appointment lepas 2 minggu.

Petang tu, adik aku call. Aku bagitau dia ubat apa aku makan dan dia tanya doctor tak bagi ke ubat hentikan contraction. Aku ni belum kenal sangat dengan ubat hormone ni, yang aku tau ubat yang biasa aku makan macam ventolin, piriton, ceterizine, Claritin tu aku taulah. Paling terdekat dengan pregnancy macam asid folic dan obimin je lah aku tahu. Bila aku rasa doctor tak bagi ubat hentikan contraction, mulalah aku mengelabah. Aku pergi klinik An-Nur balik petang tu. Doktor Aziah tak ada, tapi doctor in charge hari tu adalah juga Gynea, so confident lah sikit. Doktor Nirda kata duphastron yang aku dapat tu lah ubat yang hentikan contraction. Bila dia rasa perut aku, dia kata memang ada contraction. Sedih aku.

Malam tu aku memang tak dapat nak lena. Contraction makin kuat. Setiap kali datang, aku cengkam tangan husband aku kat sebelah sambil selawat. Berbeza sangat perasaannya dengan kalau kau tahu memang ko dah sampai masa nak bersalin berbanding contraction yang ko kena lawan for the sake nak selamatkan baby. Otak ni kena kawal sebaik mungkin sebab according the info yang aku dpt from internet, from the gyneas dan adik aku sendiri, now it is up to me, kalau aku boleh kawal minda dan emosi aku, IAllah, aku boleh kawal contraction ni. Tuhan sahaja tahu macammana aku sedaya upaya kawal minda aku, aku fikir yang positive sahaja dalam otak, mulut aku tak henti zikir, selang terjaga aku baca selawat fatih, selawat tibb dan macam-macam lagi.

28hb April 2011. Khamis

Lepas subuh tu, aku terasa urgency nak kencing. Bila aku kencing je, tiba-tiba keluar ketul darah merah macam jeli. Masa ni aku nak meletup dada dah. Aku kejut husband. Aku kata “bang, tadi keluar darah ketul-ketul” then aku nangis. Husband aku peluk aku suruh sabar. Menangis-nangis aku panggil “anak mama tu, anak mama!”. Masa tu aku ingat ketul-ketul darah yang jatuh tu adalah sebahagian baby aku. Terus husband aku packing untuk aku, sempat hantar Ijaz kat rumah ibunya, dan terus bawak aku pergi Hospital Kajang semula.

Sampai hospital terus buat scan. Unbeliveable, baby still moving! Healthy and strong heartbeat. Menangis aku tengok baby masih hidup. Ya Allah! Masa tu hanya Alhamdulillah je yang asyik keluar kat mulut aku. Aku sempat texted husband aku kat luar, “bang, baby sihat. Baby ok”. Berjurai-jurai air mata aku.

Tapi berita doctor buat aku sedih balik. Doktor kata aku kena tahan wad nak cuci. Masa tu separuh nyawa aku dah melayang. Baby aku masih kuat, kenapa nak cuci. Sepanjang sampai masuk wad tu nangis je keje aku. Aku tak dapat bayang, anak aku masih hidup nak di buang. Ya Allah! Luruh jantung aku. Terasa langit dah hempap kepala.

Dalam wad aku dapat pain killer. Slowly contraction tu hilang. Doktor sebelum tu kata, pain killer just nak hilangkan sakit, bukan hentikan contraction. Tengahari tu masa Specialist datang, dia bagtau aku, dia takkan cuci dulu. Bagi baby tu chances to live. Kalau dia(baby) nak gugur, dia gugur sendiri. For the time being, just doctor nak monitor keadaan aku. What a relief! Syukur Alhamdulillah. Sepanajng hari aku rasa bit stronger, sedikit harapan masih ada untuk baby dan aku. Kepada kawan-kawan yang sms aku tanya pasal aku, aku minta doa. Waktu-waktu mcm tu, hanya keajaiban je yang aku harapkan berlaku. Tak putus aku baca yassin dan al-mulk. Parents aku kat kampong yang tak dapat nak datang, masing-masing buatkan doa dan solat hajat untuk aku.

Memang ada sedikit harapan bila aku rasa macam contraction dah berhenti. Vaginal bleeding pun tak ada lagi.

Kemudian, petang tu aku terasa nak mandi awal sikit. Lepas mandi aku ngantuk sangat, tak larat nak buka mata recite yassin lagi. Memang ngantuk sangat. Masa tu fikir, tak pelah tidur dulu, karang malam sikit terjaga aku baca yassin balik. Dalam jam 9 malam tu tiba-tiba aku rasa sakit sangat-sangat. The contraction is back! Ya Allah, tak senang duduk dah aku masa tu. Aku panggil nurse pelatih, tanya schedule untuk pain killer aku jam berapa, Dia kata pukul 12 malam. Then aku minta dia awal sikit sebab aku dah sakit sangat. Dia kata, nanti doctor datang, aku mintak kat doctor.

Then jam 10, seorang doctor lelaki buat round. Aku mintak kat dia pain killer aku dipercepatkan, then dia bagi. So dalam jam 11 tu aku makan pain killer. Aku ingat lepas makan pain killer tu sakit hilang, tapi still aku sakit lagi. Even stronger. Aku dah tak boleh nak baring, last-last aku cuba tidur beralaskan meja. Dalam pukul 1 pagi, aku pergi toilet. Ada vaginal bleeding. Banyak juga. Aku panggil nurse dan terus doctor buat speculum examination kat aku dan bagitau pintu tak bukak lagi. Aku masa tu tak terfikir langsung nak bersalin ke apa. Aku tak harap pun pintu rahim terbuka. Aku nak juga selamatkan baby aku.

Lepas balik bed, aku call mak. Aku cakap, minta mak carikan air untuk aku. Sebab dalam kepala otak aku, baby aku sihat, pintu rahim aku kuat lagi, so what’s wrong dengan semua ni. Aku sakit apa? So apa salahnya aku minta perubatan alternative pulak.

Sakit makin kerap menjelang pukul 3 pagi. Entah kenapa, tiba-tiba aku terasa sesuatu dalam hati. Sayu je. Padahal tadi aku punyalah berjuang, kuatkan semangat tabahkan hati. Entah kenapa, satu perasaan menjalar terus masuk ke dalam hati. Perasaan macam ditinggalkan. Masa tu aku macam tersedar tentang sesuatu. Dengan penuh rasa sayu hati, aku cakap kat baby “ Baby, mama sayang awak. Tapi kalau awak nak pergi, awak pergilah sayang. Mama redha!”. Tak lama lepas tu, aku rasa kain aku basah, macam air ketuban pecah. Aku panggil nurse, dan sekali lagi doctor buat examine kat aku. Maybe it’s about time, doctor terus bawak aku pergi labour room. Sampai labour room, for one last time, doctor buat final scan. Sebenarnya masa tu aku dah redha tapi bila doctor cakap “Puan, baby punya heartbeat masih ada, tapi pintu rahim dah terbuka dan dia nak keluar” Tuhan! Masa ni nak nangis pun air mata dah tak keluar dah. Aku bulatkan hati aku REDHA. Sebab aku tahu, baby aku memang ditakdirkan untuk bersama penciptanya. Aku tekad tak nak nangis.

29hb April 2011.Jumaat

Jam 6.55 pagi, usai hujan kat luar makin reda, aku bersalin. Tapi placenta tak keluar. Yang harunya, masa baby dah keluar ada seorang doctor senior cakap “tak pe, berakkan lagi berak lagi” mean push lagi baby bagi keluar. Then doctor tu blah je. Left alone aku dengan doctor muda yang nampak tak tahu nak buat apa. Sebelum tu doctor muda tu nak tarik uri, tapi doctor senior tu tak bagi, dia kata nanti menda tu kuar sendiri. Ynag doctor muda mangkuk tu pun keluar juga tinggalkan aku sorang-sorang. Aku mana ada experience beranak normal, so aku pun push laa sepanjang masa even masa baby tu dah complete keluar. Aku pula, tak snaggup nak tengok apa yang aku push, sebab aku rasa tak cukup kuat, takut aku nangis kalau tengok baby masih bernyawa lagi. Dalam 7.10 minit tu tiba-tiba aku rasa nak pitam. Aku jerit panggil doctor, bila doctor masuk dia macam panic. Dia kata uri tak keluar lagi, so aku kata “macam mana nak bagi keluar, nak saya push lagi ke”. Dia beri satu jawapan yang buat aku rasa nak mampus “jangan! Kalau you push nanti banyak darah keluar” kau rasa kalau bukan aku yang beranak masa tu tak jahanam doctor tu aku kerjakan. Padahal aku dah dok push for about 10 minits. So 10 minit tu aku push apa kalau bukan darah??

Masa tu sorang sorang doctor, nurse masuk. Seorang Sister/Matren entah apa, terkejut bukan main. Terus dia jerit panggil doctor dan segala macam orang dia panggil. Dan dan tu segala macam jarum dicucuk kat kedua tangan aku. Aku kira 2 kiri, 2 kanan. Masa tu memaang nak pitam sangat-sanagt tapi sebba aku rajin tengok Grey Anatomy, Private practice dan Paramedics punya tv series, aku tahu bahwa aku tak boleh pitam or otherwise Sadakallah. Aku semat dalam hati, dalam kotak fikiran “Aku tak boleh tertidur, aku kena hidup. Aku nak jumpa Ijaz. Ijaz perlukan aku” masa tu memang terbayang muka Ijaz je buat penguat semangat. Aku tahu aku kena terus hidup untuk orang yang masih hidup. Perjuangan aku untuk baby dah berakhir, dan sekarang aku berjuang untuk Ijaz, abangnya.

Sepantas kilat selepas tu aku kena sorong ke Operation Theatre untuk buat D&C. Sepanjang nak ke OT, memang rasa nak tertidur tapi aku bayangkan muka Ijaz je. Sampai OT, sebelum doctor bagi full bius aku sempat tanya “doctor, boleh saya tidur sekarang?” then bila doctor kata boleh terus aku tutup mata.

Keluar OT, aku tersedar orang panggil-panggil nama aku. Aku nampak husband aku, terus aku nak ngadu kat dia apa yang jadi kt labour room. Sempat terfikir, kalau umur aku tak panjang, at least dia tahu apa berlaku. Padahal masa tu aku bukan sedar sepenuhnya pun.

Aku sedar jam 2 ptg. Tengok husband aku dah kat hujung katil. Dia senyum kat aku dan cakap “ tak pelah, bukan rezeki, ma”. Aku sikit pun tak menagis masa tu. Aku cerita kat dia apa yang berlaku sepanjang malam sampai saat melahirkan, dan aku memang redha.

But thing doesn’t turns up right. Petang sikit tu bila aku try nak angkat kepala tiba-tiba aku nak pitam balik. Habis doctor berkerumun kat aku, ambil bacaan hemoglobin aku. Very low. 8.4. Sebenarnya aku hilang banyak darah masa kat labour room dan OT. 1500cc or 1.5 litter. Hanya 1 pain sahaja yang diganti equal to 250cc. Aku ni engineer. Maths aku begini. Kalau kau hilang 1500cc, kau kena ganti dengan 1500 cc juga plus 10% safety factor. That’s make it to 1650cc. Tapi dalam sains perubatan ni, kalau kau hilang 1500cc tak semestinya kau dapat balik 1500cc replacement. Tranfuse darah ni banyak risikonya. Untuk hemoglobin reading aku 8.4 tu, sebenarnya ramai je yang hidup dengan bacaan hemoglobin dlm darahnya begitu. Tapi sebab aku tak biasa, dah drastic sangat so, aku kena tambah lagi darah. Later that night doctor tambah 1 pain lagi.

30hb April 2011. Sabtu.

Sebelum zuhur husband pergi tuntut jenazah kat rumah mayat. Tapi diberitahu segala urusan dilaksanakan selepas zuhur. Husband cakap “baby girl”. Sekali lagi luluh hati aku dengar. Luluh seluluhnya. Baby girl, itu yang aku harapkan sangat buat pelengkap keluarga kecil kami. Kami namakannya NUR. Cahaya. And she is. Selama 19 minggu dalam rahim aku, dialah cahaya penyeri kepada aku, ayahnya dan terutama Ijaz, abangnya. She diserve the good and beautiful name.

Selepas zuhur husband uruskan pengkebumian baby Nur. Disebabkan baby less than 6 months, dia hanya perlu mandi, kapan dan kebumikan sahaja. Husband dan kakak pengurus rumah mayat yang settlekan smuanya. Aku tak dibenarkan ikut sebab masih anemia. Karang pengsan tak jadi apa.

Bila husband balik dia cerita, baby lengkap jari kaki tangan semua. Memang terbentuk fizikal manusia yang sempurna cuma kecil sahaja. Seketika saat, kami berdua terdiam. Such a heartbreaking. Tapi aku dah janji kat tuhan aku redha, jadi aku mesti redha.

Petang tu aku dah bleh discharge balik rumah. Tapi doctor pesan, kalau rasa nak pitam datang balik hospital masuk darah.

1hb Mei 2011. Ahad

Oleh sebab tu aku tak boleh balik kampong hari Ahad sebab standby, kalau aku teruk sangat, masuk wad balik. Memang ada pening-pening tapi tak delah teruk sangat. Sempat pergi urut kat sungai sekamat, sempat pergi econsave cari bengkung dan jamu segala. Almaklum tak prepare apa. Pesan kat Along barang-barang tu tapi Along kata kat kampong ada. Memikirkan nak balik Johor berejam, tak pelah aku beli jelah kat sini. Petang Along dan Pojot datang. Along datang ganti mak yang tak boleh datang sebab tak sihat. Masa ni memang nak nangis. Teringat snagat kat mak aku, jadi aku pesan along, “mak tak ada kat sini, jadi kaulah jadi mak aku”. Tu ayat mengugut tu sebenarnya. Pojot datang bawak green apple & strawberry. Green apple sedap, semua suka. Strawberry sedap kot, tak tahulah sebab Ijaz sorang yang melantaknya. Orang lain tak merasa, sabar je lah.

2hb Mei 2011. Isnin.

Balik batu pahat

3hb Mei 2011.Selasa

Masuk wad kat hospital batu pahat sebab memang tak cukup darah. Hemoglobin reading=6.9 masa aku masuk. Wahhh!! Rupanya inilah rasanya jadi orang enemia. Bermalam lah 2 malam aku kat wad

5hb Mei 2011. Khamis

Discharge. Bermulalah waktu berpantang aku menghadap astro memanjang sebab tak ada baby nak dijaga.

Ok, cerita dah habis. Epic Nur Jasmi dah habis. Now pergilah kamu nonton filem Nur Kasih sementara belum keluar kat Astro First.

9 comments:

Z4Sya said...

Ajai,
Tabahnya ko, kuatnya lah ko.. Aku bangga dgn semangat ko ajai.

Sedih baca citer ko nih smpai aku x blh nak byg mcmana perasaan ko yg menanggung tu.

Allah sygkan ko my dear friend. Sakit yg ko lalui tu insyaAllah tlh gugurkan dosa2 ko.

Allah juga sygkan ko n family.. Bygkan Nur ni akan sentiasa doakan korg satu family, n tmpt dia sememangnya di sisi Allah di syurga. Kita ingt yg baik2 ni aja ya, yg sedih2 tu biarkan berlalu.

Big hugs for u... Take care ajai. Ko mmg tabah xoxo

tanB said...

ajai, *big hugssss*...

HW said...

Hope Kak Ajai terus tabah. InsyaAllah Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.

-Wahida-

Enny Razak said...

Ajai...
Ya Allah beb... aku baru baca ni. i'm so sorry to hear that. sedih sgt. aku fhm perasaan ko. my baby hari tu pun almost the same age as yours. tp aku tak setabah ko. bole ingat setiap saat dan mampu utk ceritakan balik. aku ni nak mengingat pun xmampu. Ko mmg kuat, tabah. Take care beb. Allah sygkan dia. Takpe, i'Allah dia tunggu kita di pintu syurga.

pali at blog said...

Ko memang tabah. Aku pon rase sedih bila baca nih. Salam takziah dari kami sekeluarga

chics said...

You are such a strong motherlah Ajai!

And I think she(baby Nur) pun rasa begitu.

Huzairiyah Hussin said...

Dear All beloved friend,
thanks for your prayer and love. Really need it now. Alhamdulillah, aku getting stronger. Memang sometimes terkucil gak perasaan tu, tapi aku sentiasa ingat , hanya Allah tahu yg terbaik untuk aku. Jika ini yg terbaik, aku kena redha. Aku pegang tu aja untuk teruskan hidup.

Besides, 2 kali duduk hospital goverment, 3rd class ward 'menampak' aku bahawa aku antara orang yang diuji dengan ujian yg kecil. Ada lg patient yg lebih teruk, tapi they stay positive. Itu yang buat aku tersedar sgt. Bak kata husband aku, kalau aku masuk colombia asia ari tu (plan nak bersalin kat situ, beside 10 minit je dari rumah), sure aku tak jumpa dengan manusia yg lebih susah dan payah dari aku sebab duudk bilik sornag-sorang. Itu pun yang buat aku percaya 200% dengan setiap
ketentuan Allah.

Anyway, thanks semua orang. Please jangan sedih, jangan risau. IAllah,ujian itu rahmat Allah.

love,
huzairiyah

ayin1911 said...

Ajai,
Sorry to hear about ur keguguran..
Aku lame gile xbukak blog plus aku blk msia aritu. Offline dr blog+twitter+fb for quite sometimes.

U r one strong mother Ajai. Allah kan ingatkan kite yg Dia xkan duga kita diluar kemampuan kita. InsyaAllah ko akan terus kuat+tabah. Sambil nangis2 aku bace entry ko.

She (Nur Cahaya) will be waiting for u in front of Jannah dear.

Huzairiyah Hussin said...

zaireen darling,

thanks for your support.
so true apa kau ckp, plus, Allah duga kita utk ingatkan kita yg dia ADA.

i know we've been thru the same situation. facing the loss of our loves one. u inspired me u know. kalau kau kata aku tabah, sebenarnya aku belajar ketabahan ni dari kau.

thanks again. lovesss