JUMAAT INI TIDAK LAGI SERUPA DAHULU.


Kata Martinah: Ia buat kita sedar, betapa fragile nya kita


Ingatkan aku dah kuat. Rupanya aku salah!

Kali pertama dan terakhir aku melawat kuburan Nur, adalah sebaik sahaja aku kembali semula ke KL, itu sekitar 16hb Mei lepas. Selepas dari tu aku tak pernah jejak kaki ke situ. Aku tak tahu kenapa. Mungkin aku terlalu sibuk, atau sebab aku rasa rohnya sudah bersama penciptaNya, maka tak relevant aku kembali ke kuburan itu.

Sebulan berlalu, tapi sejak seminggu lalu aku rasa seperti ada tak kena. Tiba-tiba rasa sayu. Tiba-tiba rasa rindu. Aku suarakan pada suami dan bercadang datang semula pada hari ni selepas kerja. Aku terlalu rindu, hingga tengok kanak-kanak perempuan buat aku jadi pilu bukan kepalang. Tengok mereka berbaju kurung, rasa comel dan suci sahaja.

Sebelum masuk meeting,sempat aku buka facebook sebab dah 2 hari aku hanya sempat check facebook lalu handphone je.

Aku terbaca status Mazu. Tiba-tiba aku terkelu. Hari Selasa, kawan baik aku masa matriks, Nenn beritahu kawan lama kami Toyon masuk PPUM, brain surgery. Mula-mula aku tak ada paln nak visit Toyon, tapi hari Rabu tu aku terbayang-bayang sangat Toyon, tergerak hati nak melawat dia kt PPUM yang sekangkang kera je dari Angkasapuri.

Kemudian Rabu, dan Khamis, aku masih sibuk sehingga tertangguh niat tu walau hati ni mengaja-ngajak benar ke PPUM.

Hari ni, aku fikir, waktu tengahhari bila semua pria melaksanakan solat Jumaat, aku nak curi masa pergi PPUM. Melawat Toyon.

Tak. Aku tak rapat pun dengan Toyon masa matriks. Kenal pun melalui Nenn. Tapi Toyon memang special. Kenal sekejap pun sudah rasa aura, dia memang gadis sempoi yang baik hati. Dia selamba, sempoi dan cantik pula. Dan sangat kurus. Dulu selalu usik dia, kata kaki dia sama besar dengan tangan aku.

Selepas Matriks, lagi jarang jumpa. Tapi kadang-kadang terjumpa juga di kedai makan atau di Mines. Toyon masih mesra menyapa. Dia tetap sempoi. Kata Mazu, budak sekolah agama yang sempoi.


Pagi tadi, status Mazu begini:-



Aku memang terkelu. Ralat. Ralat sangat rasanya hati ni.Dan yang paling mengusik kalbu. Toyon pergi meninggalkan 2 orang cahayamata yang masih kecil, umur 4 dan 1 tahun. Dan lagi, hari dia pergi menghadap Azali adalah hari yang sama dengan ulangtahun kelahiran anaknya.

Dan hati yang pilu awalnya, bertambah menjadi ralat dan aku tahu, pada bila-bila masa aku boleh meletus.

Selesai meeting, aku tak tunggu lama. Buat apa yang patut, selesai orang lelaki balik solat Jumaat, aku terus balik. Janji mahu ke kuburan selepas kerja, tapi hati tak tertanggung lagi. Aku tak sanggup menangguh hingga ke waktu itu.

Keluar dari perkarangan Angkasapuri, air mata turun bagaikan hujan.


Ralat satu perkara.

Rindu satu perkara lagi. Semua bercampur baur.


Sepanjang perjalanan, sehingga bertemu suami, sehingga tiba ke tempat persemadian Nur, dan sehingga selesai, air mata sahaja yang berkata-kata.


Nota mamaIjaz&Nur):

Terfikir, kenapa aku ambil masa yang lama sebelum ke sini semula. Betapa tak berhati perutnya aku, aku tinggalkan anak aku begini lama. Kenapa aku tak sedari, sungguh pun rohnya di sana, tapi jasadnya, tulang temulangnya ada di sini. Betapa penangguhan yang aku lakukan selama ni hanya merobek hati.Lupakah aku tentang amaran Tuhan tentang penangguhan?

Rindu ini tidak tertahan. Rindu ini memang dahsyat.

Doa aku untuk keluarga arwah Nazirah Hamid Ghul yang ditinggalkan, semoga Allah beri ketabahan yang paling tinggi untuk kalian. Dan untuk Toyon, bersemadilah dengan tenang. Semoga Tuhan mencucuri rahmat.


Ya, memang fragile.

0 comments: