Ingat lagi tentang GHD, company yang mengVSS kan aku, dan kemudian ambil balik aku kerja sebagai Resident Engineer untuk projek Angkasapuri. 2009 aku tinggalkan GHD, sekarang 2011, GHD tinggalkan aku. Cerita macam makwe tinggal pakwe, lepas tu pakwe tinggalkan makwe.
GHD dah tutup. Ada company lain yang beli, pun Australian base company juga. Dan hari ni hari terakhir GHD hidup di bangunan The Mall. Staff banyak yang dah berhenti dengan gelaran OKVSS, dan ramai juga di bawa masuk ke company baru. Apa-apa pun pilihannya, tepuk dada tanya selera.
Aku disini untuk menyelesaikan sebahagian urusan kerja yang perlu dengan Adzroul. Juga memulangkan segala perkakasan dan peralatan yang milik GHD. Tapi tak sangka, aku terlibat secara tak langsung dengan proses terakhir hayat GHD. Sadis, melihat timbunan fail dan drawing yang dibungkus untuk disimpan ke dalam stor dan dibuang, buat aku terfikir, benarlah, ini penghujung hayat GHD (Malaysia).
Dahulu, 2006, hari pertama aku masuk kerja di GHD, aku datang seawal 8 pagi. Akulah antara orang terawal sampai. Dan hari ini, semasa aku menulis, aku antara orang terakhir yang pergi. Ironiknya, dari tempat operasi yang sama hampir 5 tahun lalu. Bezanya, tempat pertama aku dulu, kini diduduki oleh Adroul manakala aku sedang menulis di hadapan Adzroul.
Tak tahu, kenapa terasa GHD begitu attached dengan aku. Bila aku cakap menda ni, ramai yang tergelak, tapi memang betul, itu yang aku rasa. Dahulu, sebelum kerja di GHD, aku selalu lepak The Mall dan terfikir, macammana lah rasanya kerja di The Mall ni. Tak lama selepas itu, kuasa tuhan meletakkan aku di sini. Di GHD, dalam The Mall.
Kemudian pada 2009, selepas aku berhenti dari GHD, aku kerja di Plaza Pekeliling pula. Setiap pagi LRT train melepasi The Mall, entah kenapa aku boleh terfikir, satu hari nanti aku mesti kembali ke GHD. Tapi masa tu aku bayangkan aku sebagai share holder GHD. Dan 2010 aku kembali, walau tidak sepenuhnya di The Mall dan walau bukan sebagai shareholder. Ironic.
Hari ini GHD senyap sunyi dari suara manusia. Yang ada hanya bunyi CPU Kak Siti, yang computernya sedang aku gunakan sekarang ni. Juga bunyi derap kaki Abang Rozi yang sibuk berkemas memunggah barang. Juga sedang menghampiri jam 5.30 petang apabila Adzroul, KS Tan dan Abang Rozi tiba-tiba tepuk dahi
"yelah, belum buat timesheet!"
Timesheet terakhir bersama GHD. Benar-benar yang terakhir.
Hari ini, hari penuh sayu dalam hati. Sayunya dalam hati sahaja tak tertunjuk sebab agak sibuk juga mencari surat-surat penting untuk meeting hari Isnin. Tiada masa sangat melayan gelodak rasa, tapi bila sekali sekala terpandang aktiviti memunggah kiri dan kanan (padahal yang tinggal dalam ofis tinggal 4-5 orang sahaja) perasaan sayu yang terjengah. Kenapa sayu sangat ni. isk.
Baiklah, cepat-cepat ucap selamat tinggal kepada GHD. Aku tak mahu jadi orang yang paling akhir. Itu lagi sadis.
Nota mamaGHD: mungkin sebab ada huruf 'H' kot




2 comments:
aku pun selalu ingat pasal ghd sbb:
1. kalau kau tak forward cv aku kat maj dulu tak dapat la aku masuk line environment. forever grateful dgn kau ni!
2. sbb keje kat situ la aku dpt buat passport foc & pergi overseas walaupun bukan london/korea/us
3. dpt jejakkan kaki kat bali juga foc (walaupun x pusing 1 pulau)
4. merasa keje dgn aussie people
so kau keje kat mana now?
mazu,
perkara no.1 perkara biasa. Ramai orang buat perkara ni kata aku. Cara membalasnya, sila bantu orang lain juga. Simple!
No.2. aku tak pergi pun oversea, jangan kata London, Timor Leste pun tak dapat kau tahu. Rugi kau tak jumpa Raul Lemos dulu sblm KD, kalau tak mesti sekarang kau lagi selalu balik Timor Leste hahaha
No.3.lagi tak ada. limau bali pun ambik kt kampung halaman sendiri
No.4. ya, dan aku merindui Harold.
Aku masih bersama AJP, dibawah SKM. sehingga September, kemudian ke company *IAllah*, BA Tan sehingga dapat PE
Post a Comment