PERHATIAN KEPADA CIKGU HUSSIN SAID, SILA ALIHKAN KERETA ANDA. TERIMA KASIH


This entry is specially dedicated to the person whom we love so much. Love him to the bit. Happy Father’s day!

Bapa Kesayangan Huzaimah, Huzaidah, Huzairiyah, Huzairinah dan Huzaifah.

He’s the man in the family. THE ONLY MAN you can found dalam rumah bernombor 15, Taman………… Rengit Batu Pahat Johor if you came before 2004. Aku membesar mengenali ayah sebagai SATU SATU NYA LELAKI yang hidup bersama dalam keluarga yang berfungsi sebagai Imam solat, guru mengaji, ketua baca doa makan, penghantar anak ke sekolah, pembeli ikan di pasar, tukang spray sheltox waktu maghrib, tukang buat the tarik waktu malam, tukang masak burger, plumber, electrican, tukang tutup pintu gate dan rumah setiap masa, and the list goes on. Ayah aku juga boleh bertukar jadi superman atau incredible hulk dalam hal melindungi keluarga. Banyak kali ayah aku ‘came to rescue’ bila aku kena usik dengan kutu berahak. Siap bawak parang dalam bakul motor and shouted “sape kacau anak aku? Sape kacau anak aku??”. See, kau fikir ada tak superman atau incredible hulk buat mcm ni?

Atau masa sakit terutama aku yang dari kecil selalu kena bisul dalam telinga. Dulu kecil-kecil sampai umur sebelum baligh, siapa sakit atau demam, dia akan tidur dengan ayah. Sebab ayah akan jaga dia sepanjang malam. Aku ingat, kalau aku mengerang sakit sikit je, mesti ayah terbangun tengok keadaan aku. Kalau sakit sampai nangis-nangis, tak ada istilah “kita pergi klinik esok”, tapi mesti begini “ kita pergi klinik sekarang”. Walau tengah-tengah malam buta, ayah akan telefon MA klinik kesihatan supaya buka klinik. Ya, ini pernah berlaku pada aku dulu.
Ayah buat semuanya untuk kami. Hampir semuanya. Aku tak tipu!

Ayah aku memang dari dulu berperanan memudahkan urusan isteri dan anak-anaknya. Mungkin dia dah biasa memegang peranan abang besar dalam adik beradiknya (anak kedua dan lelaki sulung), sehingga sifat protectivenya di bawak sehingga ada anak. Tapi ayah bukan penggongkong. Let me tell this straight. MY AYAH IS THE BEST SUPPORTER EVER IN THE THE WHOLE WIDE WORLD!! Tanya sesiapa dalam adik beradik aku, semuanya akan kata begitu. Of course, dalam proses dia nak support sesuatu mesti ada drama gaduh-manja-anak-beranak-slam pintu-15 minit kemudian tengok tv sesama. Betul, ini pun kau boleh tanya adik beradik aku especially doctor gigi robocop manja kesayangan ayah,Huzaifah itu.

Tanya emak aku, semua urusan rumah ayah yang buat. Bayar bil, beli barang kat kedai, pergi pasar, semua ayah uruskan. Sehingga kalau nak keluar rumah tu, kitaornag ni siap-siap je cantik-canti, kemudian terus masuk kereta. Urusan tutup pintu semua urusan ayah. Mak aku smapai sekarang, kunci rumah pun dia confuse mana satu. Jangan tanya pasal bil pada mak aku, silap haribulan dia boleh salah bayar kalau dia yang tukar bayar. Aku berani bet, kali terakhir dia tengok utilities bil adalah masa dia duduk rumah bujang masa anak dara dulu hahaha.

Mak aku kata, anak-anak adalah segalanya kepada ayah. Terutama kami ni semua perempuan. Kalau kami sedih, ayahlah paling menerima kesannya. Kalau kami gembira, ayahlah ornag yang paling sihat. Kalau kami gaduh dengan ayah, ayahlah ornag yang paling sedih. Mak selalu kata, anak-anak ayah adalah racun dan penawar dia.

Sekarang anak-anak ayah dah dewasa. 3 orang dah berkeluarga dan bawa haluan sendiri. Seorang lagi bakal mengikut jejak. Tinggal si bongsu sahaja, itupun tak lama juga akan di’ambil’ orang. Sungguh kami dah beranak pinak pun, ayah tak pernah gagal memain peranan sebagai bapa. Tak cukup duit, telefon sahaja ayah “ayah call back!” 2 saat selepas tu dia telefon balik. Cakap sahaja “ayah, bantuan Kosovo!”. 10 minit selepas tu *sebab tukar seluar dulu* ayah telefon “ayah dan masukkan duit”. Itu pun dia tak reti pakai internet, maybank2u lah apalah. Kalau tak, 5 minit je semua boleh selesai.

Itulah ayah.

Sebenarnya banyak lagi pasal ayah kalau aku nak cerita. Tapi aku tak dapat nak cerita semua sebab terlalu banyak. Terlalu sangat banyakkkkkkkk. Tak caya tanya adik beradik aku.

Kisah ayah dan anak-anak perempuan kesayangannya ni tak pernah berpenghujung. Ada sahaja cerita suka duka, kisah hidup yang terlalu panjang, ujian tuhan yang tak pernah putus dalam keluarga, tapi itulah, kami semua menjadi tabah dan kuat kerana lelaki inilah. Kerana ayah kami yang sungguh penyayang, yang punya ketabahan yang tinggi, yang meletakkan keperluan keluarganya melebihi keperluan dirinya sendiri, yang sanggup bersusah payah untuk keluarga, yang segala-galanya bagi kami. Ayah kami, lelaki yang amat setiap kepada keluarga, pemimpin, imam, kawan, guru, suami dan bapa kepada kami keluarga kesayangannya.

Sepenuh hati, sepenuh jiwa, aku titipkan ucapan ini untuk ayah kesayangan aku. Walau apapun kelakuan dan perbuatan kami yang pernah menyakitkan hati, ayah tidak pernah gagal menerima kami kembali. Kami belum tentu lagi adalah yang terbaik untuk Ayah, tetapi Ayahlah bapa yang terbaik yang Allah takdirkan untuk kami. Terima kasih Tuhan!

Untuk itu,
Ayah, Selamat Hari Bapa! Kami semua sayang ayah sampai hari akhirat!

Nota anakHussin: ayah aku versi Seth Tan beranak 5 dan less hopeless romantic.

0 comments: