Time;Nothing is a waste of time if you use the experience wisely.
Cukuplah mengeluh "tak cukup masa, tak cukup masa".
Bukan masa yang tak cukup, time management yang failed sebenarnya
Tak payah cerita time management. Kalau dah bagus hari ni, bulan depan failed lagi. Itu belum jadi jutawan. Kalau betul jadi, agaknya mcam mana lah aku uruskan masa.
Baru terfikir, kalau dah kaya raya, mesti dah ada maid, PA, secretary dan segala pembantu yang boleh menguruskan kehidupan. Wah, seronok jadi jutawan ni. Dalam limousine sendiri ada tukang menicure, tukang make up, tukang suap. Aku just duduk diam-diam prepare utk next meeting. Wallauweh!
Tapi hari ni 22hb Jun 2011, aku masih belum jutawan. Aku masih Huzairiyah dengan time management yang tunggang langgang. Yang jadi mangsa bukan orang lain, anak sendiri juga. Selalu sangat tabur janji melayu, "petang nanti mama ambil kita jojing *jogging*"
Petang mama ambil juga, Ijaz jogging juga. Tapi mama ambil selepas Ijaz jogging depan rumah ibu. Jogging depan rumah ibu adalah berlari-lari hingga peluh sakan depan koridor rumah penjaganya. Itu kira baik. Tapi yang selalu berlaku, bukan mama yang jemput tapi ayah. Yang bagusnya ayah Ijaz rajin melayan anak main di taman. Kalau mama, lepas ambil anak terus tak sabar nak balik rumah, dan terbongkang atas couch. Siap kelentong anak "tak payah main taman, hari nak hujan".
Tak apalah, Ijaz kena berkorban sikit ye. Nanti lepas ayah beli washing machine baru, mama punya masa lebih terancang. *kelentong anak lagi*
Tapi walau apa pun kesulitannya, aku sungguh enjoy keseluruhan proses ini. Ya, proses masa yang tunggang langgang itu yg aku sukakan sangat. Dia buat aku rasa sentiasa tak cukup masa, sentiasa nak selesaikan semua masalah. At the end of the day, banyak perkara yang aku belajar sebenarnya, walau banyak juga kekurangan dan kesilapan yang berlaku. Tapi, aku belajar.
Dan aku juga sangat cintakan perjalanan aku ini. Sangat-sangat! Walau kadang-kadang dalam facebook atau twitter aku meledakkan kepenatan dan kekecewaan, tapi aku masih cintakan jalan ini. Jauh lebih cinta dari sebelumnya.
Aku berdoa, semoga quality time yang ada untuk aku dan keluarga kecil tersayang terus kekal walaupun aku terus sibuk mengejar impian.
Nota mama sibuk: Blog ini terupdate bila mama tak sibuk sangat.




0 comments:
Post a Comment