WHAT MAKE HIM A GOOD FATHER?
Answer: Because he done this and that. A family type kind of person, loving caring etcetera etcetera. We should asked Ijaz when he gets older on how he feels of his ayah, instead asking the mother.
WHAT MAKE HIM A FATHER?
Answer: Because I gave birth to his child.
But, this is something interesting, WHAT MAKE A MAN A FATHER. It is because his wife has giving birth to his next kin, or he adopted other people’s child or to whatever reason that makes him a father.
Dalam hidup setiap bapa, ada satu saat penting yang menjadikan dia seorang bapa.
And this is the story of the ‘moment’ that turned Jasmi Abdul Rahman from‘married man’ to the’married man with one child *and still counting*.
Oh, ini bukan journal ‘how I delivered my son’ dengan sound effect mengerang kesakitan nak beranak, so don’t get scared or started to feel eerie at your private part, girls.
16hb September 2008.
I am expected to deliver on that day. Gynea di HUKM sudah buat apoinment untuk saya beranak, since on 38th week saya pernah report baby tak bergerak. Cerita lebih kurang tentang itu di sini. Jadi pagi-pagi jam 7 pagi aku di induce.
Tengahari Jasmi Abdul Rahman datang siap berlagak aku kata “tak sakit pun induce, ok je. Awak tak payah datang lah petang ni”. Hambik kau, lepas semua orang balik, contraction datang tiba-tiba. Padan muka aku sebelum tu berlagak. Telefon Jasmi Abdul Rahman suruh datang juga petang tu. Kah kah kah. Memang sakit.
17hb September 2008.
Jam 7 pagi juga air ketuban pecah. Pintu dah buka 3 cm. Yeay! Boleh sorong ke labor room. Jasmi Abdul Rahman pun teman juga masuk labor room. Berani lah sangat nak teman aku bersalin, tapi dengar gedak geduk dari CTG pun dah seriau semacam.Sebab sakit sangat, aku request juga untuk epidural. Jam 9 masuk labor room, tapi epidural masuk jam 1 tengah hari. Itu pun selepas 2nd induce, sebab pintu lambat sangat bukak.
5pm, doctor check pintu rahim. Aikk, baru 7 cm. Target 10cm baru boleh meneran. Lambat sangat dh ni, baby pun dah nak lemas. Jadi dengan segala hormatnya doctor buat keputusan untuk C-Section. Sekian terima kasih.
6pm masuk Operation Theatre, 6.45pm budak Ijaz lahir. Aku separa sedar masa tu siap boleh nampak dari reflection lampu operation tu masa anak aku keluar dari perut sendiri. Yang ni memang tak kelakar. Menyesal aku sibuk2 usyar, sampai sekarang image tu ada dalam kepala. Tak kelakar ok.
So, bilanya nak cerita detik jadi bapa ni? Jap jap sikit lagi
Gedang gedung gedang gedung, hampir waktu berbuka tu aku di bawa masuk ke wad semula. Masa ni baru dapat bertemu kembali dengan Jasmi Abdul Rahman tercinta sebab husband tak boleh masuk OT. Jasmi Abdul Rahman di arahkan pergi ke nursery untuk azankan baby. Muka dia masa ni? Jangan cakap, excited gila nak tengok baby.
Masa ni aku belum boleh room-in dengan baby, sebab C-Sect mother lah katakan. Lepas azankan baby, Jasmi Abdul Rahman kembali kat aku dengan muka tersengih-sengih dan super excited. Habis dia call dan sms nya semua orang. Senyuman tak putus kat bibir dia. Senyum lebar sampai ke telinga.
Aku? Masa ni tak ada perasaan. Yang aku rasa cuma penat, lega dan sedikit sakit sebab kesan bius semakin hilang. Jasmi Abdul Rahman siap tanya aku “yang, awak tak happy ke dapat baby? Senyumlah sikit” Sebab muka aku kelat memanjang. Aku jawab “tak larat nak senyumlah bang, dah start rasa sakit ni”.
Sebab waktu berbuka dah hampir sangat, Jasmi Abdul Rahman pun berbuka dalam wad dengan saya. Tapi Jasmi Abdul Rahman makan sesudu dua. Tak lalu makan! Sebab gembira sangat excited segala. Tangan sibuk mengsms lagi keluarga dan kawan-kawan. Bila tanya dia sms siapa, dia sendiri tak tau sebab main send saja. Jasmi Abdul Rahman masih senyum lebar sampai ke telinga.
Hah, itulah cerita detik-detik Jasmi Abdul Rahman menjadi bapa. Tak berapa nak detail sebab macam aku cakap, ini bukan journal, ini cerita. Kalau aku cerita kisah benar macammana proses nak beranakkan Ijaz dan kesakitan selepas beranakkan Ijaz, nanti korang yang belum beranak rasa tak berani nak beranak seumur hidup. Kih Kih.
Esok paginya, selepas sakit kesan C-sect dah tak ada, selepas makan pain killer dan boleh bangun jalan sendiri pergi nursery tengok baby, barulah berkesempatan borak-borak dengan mother yang bersalin saing dengan aku. Semua yang baru lahirkan anak pertama, punya cerita yang hampir sama tentang suami mereka, yang juga adalah bapa kali pertama. Samanya tentang Senyum Lebar sampai ke telinga. Ha ha ha. I guess, be a father for the first time is such an overwhelming experience kot. Like, LIHATLAH DUNIA, INILAH HASIL KEJANTANANKU! Ha ha ha. Jangan marah ye bapa-bapa sedunia.
Tapi bila dengar cerita kaki ipar, yang bersalin anak ke lima tak lama selepas aku bersalin, “alah, lelaki, mula-mula je macam tu, esok dah anak 2-3, dia hantar kita sampai wad, lepas tu hilang duduk kantin” ekeke
Ok, Jasmi Abdul Rahman. SELAMAT HARI BAPA. Dari mata hati saya sebagai isteri awak yang solehah ni, awak bapa yang sangat baik, bertanggungjawab dan penyayang. Anak-anak awak wajib berbangga awak sebagai bapanya. Semoga, bila mereka dah pandai tulis blog atau sekurang-kurangnya ada facebook snediri, ada appreciation untuk awak sebab awak memang layak mendapatnya. Kami sayang awak sepenuh jiwa raga!
Nota mamaIjaz&Nur: Asalkan bapa dan bukan 'bapa ayam', samada bapa kandung ke, bapa angkat ke, bapa tiri ke "HAPPY FATHER'S DAY!!"




0 comments:
Post a Comment