Selamat Menyambut Ramadhan yang mulia wahai sahabat taulan.
Bulan ni, tolong kurangkan aktiviti tak berfaedah. Seperti mengumpat, menular, paw duit kopi kat subcon, berlagak dalam facebook, stalking blog atau fb orang lain dengan niat tak berapa elok, mencarut dengan kawan baik, mengurat awek lain padahal bini gigih masak berbuka di rumah, menonton dvd lucah dan macam-macam lagilah yang menyebabkan pahala puasa menjadi ringan.
Kalau pergi pasar ramdhan tu, sebelum melangkah masuk, istighfar banyak-banyak. Beli yang basic sahaja. Nasi-lauk 2 jenis-kuih sejenis-murtabak untuk moreh-air. Kemudian cepat-cepat keluar. Jangan merapu, dah beli ayam masak merah kat gerai depan, nampak ketam masak lemak kat gerai hujung pun nak juga. Bila nak keluar, nampak ikan bakar, pun nak dirembat juga. Sudah-sudah lah tu. Puasakan sebulan.
Berjaga-jaga sedikit dengan penjual air ni. Ramai yang, dah lah airnya tak masak, pakai filter murah pulak tu. Tu yang selalu sakit perut. Boleh tahu sebenarnya. Bila minum, cepat je sakit tekak, lepas tu mencirit. Air tak masak lah tu. Esok jangan beli lagi. Pergilah econsave beli kordial F&N, bancuh sendiri kat rumah lagi baik.
Hari pertama ni, jangan beli kuih banyak-banyak kot ye pun lapar. Testing sebiji dua dulu. Kadang-kadang indah rupa dari rasa. Bila makan, tawarlah, tepung kat dalam tak masaklah, kelapa basi lah, macam-macam. Berhati-hati, kecuali dah aim "Hah, ni makcik jual tako tahun lepas yang sedap tu". Cakap pasal ni, teringat pulak penjual mee tarik kat Sungai Sekamat tahun 2009 dulu. Agaknya, manalah diaorang berniaga tahun ni. Nak mee tarik!
Tahun ni aku tak berniaga. Sebab kakitangan tak cukup dan kekangan masa. Kakitangan yang dimaksudkan adalah kaki&tangan Huzairiyah dan kaki&tangan Jasmi. Ada juga kaki&tangan Ijaz, tapi kalau dia ikut serta, jawabnya aku bakal buka gerai pukul 10malam. Tak jadi apa. Dapat masak sendiri kat rumah pun dah kira baik. Ada perancangan nak ambik order Nasi Ambeng dihujung minggu untuk sesiapa yang berhajat nak menghantar ke masjid/surau. Sekali tu baru teringat, alamak, kuali besar, periuk besar semua peralatn yang besar-besar semua dah hantar balik kampung. Cis, cis! Geget jari. Tak ambil peluang berniaga pada bulan puasa ni macam satu kerugiaan besar je rasa. Bukan sebab nak kaya cepat, tapi berniaga pada bulan puasa terutama jual makan minum untuk orang yang berpuasa, selain peluang menjana kewangan itu juga dikira amal jariah. Dengan syarat, makanan wajib sedap dan harga mesti berpatutan.
Rindunya nak bertarawikh. Kali terakhir masa duduk serdang dulu, tahun 2003. Itupun sekali dua sahaja, iaitu bila sempat dan tak buka kat luar. Tahun ni husband ajak tarawikh, tapi dia lupa agaknya, anak jantan dia nak letak mana. Kalau jenis boleh duduk diam tak apa, atau jenis main dalam kawasan tak apa. Ni jenis sukahati dia je, ikut hati ikut kaki. Hem, nampaknya pergilah awak sesorang. Itupun kalau sempat, kalau balik cepat ye bang.
Dan terakhir, Ramadhan ini Ramadhan pertama tanpa atuk tersayang. Hish, tak boleh ingat, tak boleh ingat. Nanti meleleh lagi air mata. :(
Semoga Ramadhan tahun ni, kita lebih istiqhamah dan jujur.
Nota akhir Syaaban: baju raya pertama dah siap semua kihkih!
1 day ago




4 comments:
Selamat Menyambut Ramadan!!
Nasik Ambanggg satuhh!!
byk ragam bulan puasa..tahun ni macam mana pula kan..selamat berpuasa :)
zaireen dear,
selamat berpuasa.
boleh, utk kau boleh ajeeee.
epol,
selamat berpuasa!
Nice article and perfect posting, I really appreciated
Kodokijo
get4best.com
Post a Comment