DIA TELAH PERGI. AL-FATIHAH.

Apa?? Sebulan tak update blog?

Eceh, ni ayat baik mahu bagi alasan kenapa tak update. We leave it from here, tak payah panjangkan cerita mencipta alasan paduhal yang sebenarnya writer block. That's it.

10hb Julai 2011.
Tarikh tercipta dalam hidup. Nenda kesayangan pergi meninggalkan dunia fana ini. Menemui pencipta.

See, asal update blog je nak cerita orang mati. Tak de menda lain ke aku nak tulis.

Tapi, kemudian aku terfikir, cerita macam ni lagi penting dari cerita merapu aku. Sebab ini fakta sejarah like soalan no.3 kertas sejarah PADA TARIKH BILAKAH PERDANA MENTERI MALAYSIA YANG PERTAMA MENINGGAL DUNIA.

Kan, itu penting. Hidup dan mati manusia adalah termaktub dalam sejarah. Bukan cerita rapek merepek.


Dulu, selalu terfikir bila tengok orang lain yang nendanya meninggal. Sedihkah nenda meninggal? Adakah seperti ibu bapa atau anak meninggal? Aku tak pernah tahu sebab atuk-atuk(from both side) dan nenek (sebelah ayah) meninggal masa tu aku pun tak wujud lagi. Masa tu mak ayah aku pun tak kahwin lagi.

So, bila arwah nenda meninggal, aku ingat aku cool.

Sebelum apa-apa, cerita nenda disini. Nanti tertanya-tanya pulak, nenek mana ni.

Nenda atau yang dipanggil 'atuk' memang sakit tua. Selepas raya tahun lepas semua sistem badan merundum.

Bila dapat berita dari ucu, sehingga pulang ke kampung memang sedih teramat. Padahal rasanya dah bersedia dengan berita ni sebab nenda dah sakit lama. Tapi aku fikir, mungkin sebab aku agak phobia dengan berita kematian sekarang ni. Mungkin perasaan tu terbawa-bawa.

Sampai kampung, aku lepak dulu dengan kakak dan adik aku. Cover cerita dari ucu. Masih boleh cool lagi.

Bila kami lima beradik duduk bersama, banyak cerita terkumpul bersama. Yang mak dan ayah aku sendiri tak tahu.

1. Masa kecik-kecik, aku, along dan angah selalu tengok arwah atuk buka almari baju. Arwah banyak kain batik. Semua kain batik dia tersusun cantik dan banyak yang belum pakai. Ada satu kain batik lepas tu selalu dia kata, 'yang ni buat tutup mayat atuk kalau atuk meninggal'.

Kemudian, masa dia meninggal cuma ada ucu dan Inah sahaja di kampung selain pakcik makcik aku yang lain. Aku, Along dan Angah masih di KL. Yang tutup jenazah dia waktu tu adalah ucu dan Inah, yang tak pernah tahu cerita pasal kain batik lepas tersebut sebab masa atuk cakap tu diaorang masih terlalu kecil. Tapi kata Inah, dalam banyak-banyak kain yang ada entah kenapa kain batik lepas tu yang dia capai buat tutup jenazah. Intuition maybe?

Aku pula bila terpandang kain batik lepas tu terus meleleh air mata. Macam terngiang2 semula apa yang arwah katakan 20 tahun dahulu. Dan masanya kini telah tiba. Inilah masanya.

2. Dulu atuk rajin simpan duit bawah kain. Dalam envelope. Dia kata kat kitaorang 'esok, kalau atuk meninggal, ni buat belanja urusan'. Kitaorang jawab, 'ala, kan ada bank'. Arwah pula kata 'kalau meninggal hari ahad, kan bank tutup'.

Ya, masa dulu urusan bank banyak buat kat kaunter. Masa tu penggunaan kad atm belum meluas macam sekarang yang siap boleh buat debit kad lagi (punca aku selalu terover spend ni lah dia)

Bila aku buka balik cerita kain batik lepas arwah, Along tiba-tiba rewind balik cerita pasal duit ni. Tiba-tiba semua terdiam. Ya, atuk pergi menghadap Ilahi pada jam 3.30petang Ahad. Seperti yang dia katakan dahulu.

Bila dah buka cerita macam ni, apa lagi meleleh lah airmata sorang-sorang.

3. Kain batik yang banyak, arwah kata buat bagi orang yang mandikan dia besok.
Mandikan jenazah, semua adik beradik aku terlibat sama bersama sepupu yang lain. Aku dan Inah tak dapat menyelit sebab fullhouse, tapi masih berdiri di hujung kaki bersama ustazah yang memerhati.

Jadi, kami beradik semua ada kain batik dia. Tapi aku ngelat sikit lah. Aku siap pilih yang lawa *masih duniawi lagi woi*

4. Cincin belah rotan, arwah kata siapa cebukkan dia masa meninggal, ornag tu yang dapat.

Pemiliknya sekarang adalah Ucu. Sebab dia yang cebokkan jenazah. In fact, dialah cucu yang berkhidmat di saat-saat akhir usianya. Uculah yang tolong bibik uruskan atuk masa atuk masih hidup. Mungkin sebab dia doktor kot, maka dia boleh buat dengan kasih sayang.

5. Banyak lagi peristiwa. Tapi yang mengharukan, cucu-cucu arwah semua berganding bahu melancarkan urusan. Sedangkan kenduri kahwin pun tak semua tolong turun padang, tapi yang ini, smeuanya ingin terlibat sama. Penghormatan untuk arwah nenek yang paling disayangi.

Cukuplah sampai sini. Atuk pun dah selamat. Cuma yang belum, ni dia tunggu Huzaidah Hussin rename fb arwah dan remove semua gambar seperti yang diminta Pak Usu, anak bongsu kesayangan arwah.

Dan yang pastu raya tahun ini, adalah raya pertama tanpa atuk. Bagaimanalah rasanya ya.


Atuk, Uda rindu atuk. Sangat.



Nota mama: Banyak sangat kenangan.


0 comments: