KITA SEMUA ADALAH ANNOYING. SIAPA BAJET SUCI DAN SUFI ANGKAT TANGAN!

Semenjak dua tiga menjak rindu kawan-kawan lama. Terutama kawan-kawan masa universiti. Kawan-kawan di rumah sewa lama, kawan-kawan matriks dan ada juga kawan-kawan masa degree. Kawan-kawan sekolah selalu je keepintouch yo, samada di twitter dan fb. Tapi kawan masa u, walau ada fb ramai yang setakat buat fb. Balik-balik asyik status aku je yang update, walau 'selalu' tu adalah seminggu 3 kali macam tu.

Jadi, dalam 2 hari ni aku gigih menjejak kawan-kawan lama. Mula-mula aku menyusuri friendlist aku, siapa yang tertinggal. Kemudian aku buat friend finder ikut kapsul masa. Mula-mula yang paling senang iaitu kawan-kawan degree. Kalau pencarian aku tu tak berjaya disebabkan samada aku tak ingat nama sebenar mereka, atau mereka ini pakai nama samaran, aku susur pula friendlist's friend aku. Kadang-kadang ada. Selalunya ada.

Formula ini adalah berjaya. Ramai yang aku jejak. Gigih tak gigih, adalah 2 malam aku buat menda ni. Senang, esok anak nak kahwin tak susah dah nak cari kawan lama. *Asal nak jejak skandal lama LOL.*

Tapi ada juga yang aku tak jadi nak add, sebab bila aku baca Basic Information orang ini, buat aku terjengkel sekejap. Tak pernah pun terfikir nak buat basic info seperti itu, tapi yelah, lain padang lain belalang kan.

Jadi, bila habis siap misi aku, dah macam hobi baru pula baca basic info orang, Hai, macam-macam. Ikut suka lah asal korang bahagia. Memang annoying pada aku sebab bajet celebriti ke entah apa, tapi kalau celebriti buat mcm ni memang lepas 5 minit aku bukak sendiri fanpage KAMI MELUET TENGOK CIK BEDAH.PERASAN BAGOS. LOL. *Lots of love*

Mungkin sebab mereka seperti hotchics, jadi berduyun duyung dan dugong nak add mereka. Maka rimas maka tulis JANGAN ADD AKU, HANYA AKU YANG BOLEH ADD KAMU.
Ini contoh.

Tapi, walaubagaimana pun aku bagi markah 110% kepada Achik Luna, Suraya Lunatots yang mengambil pendekatan yang lebih berhemah dengan kata-kata begini. Achik Luna ni memang 'hot-selling-mommy'. A founder to hot selling brand Lunatots. Dia buat begini bersebab. Hye Su, sorry stalking to you info. Gatai tangan. . :) By the way, you are really inspiring!





About Suraya
Saya besar hati untuk berkawan dengan teman baru di FB. Namun
minta di tinggalkan sebaris dua ayat mengenai intro diri anda untuk tujuan saya
refresh memori saya (seperti dimana kita berjumpa) dan approve for
friends. Saya tidak dapat approvekan friend request tanpa sebarang nota
atau message.Ianya tiada apa apa yang formal, sekadar nota perkenalan supaya
ukhuwah yang dibina lebih erat, insyaAllah.



(Sorry, malas copy paste and edit lagi. Semua kerja nak mudah je.)

Sejuk je hati dengar. Sangat berbudi bahasa dan berhemah. Orang lain tak adalah rasa nak merajuk tak tentu pasal.

Basically, macam tu lah adat manusia. Nak masuk rumah orang kena beri salam. Main ketuk je sape pun marah. Tapi kalau yang ketuk tu kita tengok dari lubang pintu, EH KENAL! maka tak adalah formality. Kita accept je.

Tapi, belum sempat ketuk dah ada pantang larang contohnya




About Cik Bedah
Aku tak janji aku accept friend request kalau aku tak senang dan tak senang
dengan kamu. Kalau kamu poyo, aku remove terus kamu. Kalau kamu mencarut dan
memaki aku, aku block kamu terus. Kalau kamu asyik upload gambar anak, aku
hide kamu.




Sekadar contoh. Malas nak copy paste yang betul punya. Kamu pergi cari dan tengok sendiri kalau rajin.



Malas kan nak add orang macam ni. Banyak songeh. Aku pun tak sudi. As for me, tak ada restriction yang mengarut kalau takat fb je. Lagi pun aku bukan famous amous pun kat Malaysia ni macam pakcik Tukar Tiub. Cuma, just behave as a normal person dan bukan beruk.

Nota gadis suci: Kalau rasa diri sendiri tak annoying, cuba tanya ex-ex kamu dahulu.

0 comments: