A child can ask questions that a wise man cannot answer.; Unknown

Masih ingat cerita cerita budak kecik kesayangan emakbapanya ini?
Entry ini special untuk dia. Emak dia rasa, kadang-kadang kena juga interframe budak ni especially bila emak dia rasa dunia emak dia berkisar hanya tentang cita-cita dan dia sahaja.

Dan semakin bungkam dan sunyi jika budak ini jatuh sakit.

Dan dunia emakbapanya menjadi riuh dengan lawak spontan-naif budak 3 tahun yang bercakap dari hati yang tulus ikhlas.
Semakin riuh dan kecoh apabila tak semena-mena kentut busuk dalam kereta.
Eh, walaupun anak kamu semua pun penuh keajaiban, tidaklah wajib menamakan beliau Ijaz. Nanti penuh satu kelas 1 ALPHA dengan nama Ijaz. Ijaz bin Jasmi, Ijaz bin Mohamad, Ijaz bin Hazual, Ijaz bin Samad. LOL. Masih boleh letak juga Ali Baba dan Lampu Ajaib. *tak LOL langsung*
Semua ibu bapa tahu, dengan budak kecil yang sedang memahami persekitannya, jagna mudah tersalah cakap atau suka merapu rapek macam zaman kamu bujang atau berdua sahaja. Budak-budak mudah sangat meniru. Semudah budak-budak kolej sekarang yang buat assignment dengan copy paste dari wikipedia tanpa ada mahu mengedit dahulu. Budak besar buat itu bangang. Budak kecil, itu comel!
Kadang-kadang budak kecik tak buat direct on the spot apa yang dia tiru.
Macam kamu telah geram sebab rumah bersepah kamu cakap "ni rumah ke kadang lembu, sepah-sepah ni".
Lepas seminggu, dia cakap kat babysitter dia "ni rumah ke kandang lembu"
Hah, ambik kau. Bila babysitter cerita balik, malunya makcik ya.
Ni baru contoh mudah. Dah banyak dah berlaku kat aku. Sebab tu berjaga-jaga sangat jangan buat lawak bodoh merepek suami isteri depan anak. Kejap je dia tiru.
Apa lagi perbuatan.
Dan satu lagi, penuhkan lah ya dengan ilmu di dada walau sebenarnya taraf pendidikan kamu sampai PMR je. Budak kecik memang banyak soalan, sampai mati kutu nak menjawabnya
Contoh:
"mama, tu tower crane"
"haah, tower crane"
"tower crane buat apa, mama?"
"towercrane buat work"
"work macammana mama"
"work macam towercrane lah"
"work macam tower crane tu macammana mama"
"dia angkat barang lah"
"barang tu apa mama"
."barang tu macam batu"
"oh, dia angkat batu, batu tu macammana mama?"
.......................................
ok. masa ni kau tahu akan ada banyak lagi "macammana mama". Masa ni kau menyesal tak kawin je dengan mr google.
Nota mrs google: Belum sampai peringkat tanya, "baby datang dari mana mama?'





6 comments:
Anak member aku penah tanya soalan yang agak mencabar minda kat mak dia
"Mama, apesal bird abang tak terbang Mama?"
Muahahaha :D
lea, ijaz pernah tanya, napa bird tu dgn bird ijaz tak sama? sejak tu dah tukar term.no more bird, ia jadi non*k. bunyi kasar tp practical haha.
same goes to anak kakak aku. dia sebut elephant. ijaz jadi hairan "kenapa dia punya elephant pulak?" adoiiii..kat google pun x de info yg mcm ni kan.
Comel sangat! Memang kadang-kadang kelu lidah nak jawab pertanyaan demi pertanyaan :D
-wahida-
Wahida,
kadang2 lawak, tp bila time mak dia penat otak, lagi nk tanya soalan mcm ni, aduiii, mcm nak terjun kereta kan..haha
hugs utk khayra mata bulat..muahss!
ajai.. dah besarnya ijaz..teringat jumpa dia masa baby comel...
ijaz sekarang mengada
Post a Comment