SAYA BERISI. SAYA OK!

Wanita dan kesedaran menjaga tubuh badan tak pernah dapat dipisahkan.
Sedar jelah, buatnya?


Selalu kan dengar quotation begini;

THERE ARE NO UGLY WOMAN, ONLY LAZY ONES.


Setuju tak kawan-kawan? Setuju ke tak? SETUJU KE TAK???

Saya bersetuju yang arif! Provided yang 'only lazy ones' tu adalah wanita yang seharian duduk di cauch sambil menonton tv. tidak berbuat apa-apa waima sidai baju sekalipun. Apa lagi kerja rumah yang lainnya.

Tidak bersetuju jika ditujukan kepada wanita bekerja, yang pulang ke rumah bawak kereta macam nak langgar semua kenderaan yang ada, yang melangggar lampu merah semata-mata untuk cepat sampai kerumah supaya sempat memasak, basuh pinggan/baju, menyapu ala kadar dan melayan anak dan suami.

Bagitau pada aku, mana celah nak bubuh aktiviti begini:-
1. pergi gym seminggu 3 kali
2. berjogging pagi-pagi seawal 7 pagi
3. Brisk walking setiap petang di taman bersama suami dan anak
4. Spa treatment sekurang-kurangnya 2 kali sebulan.

Aku bercakap bagi pihak kebanyakkan wanita bekerjaya, sebab dulu aku pun begini. Sebelum aku kerja di site, begitulah keadaan aku. Tapi lately, jadi begitu juga especially bila site tengah hectic dan ada kerja luar yang masuk.

Pun begitu, bukan bermakna alasan untuk tak jaga badan.
Cuma tak semantop mereka yang betul-betul rajin jaga badan. Yang jenis makan ulam-ulam je waktu malam dan tak sentuh nasi. Tahan tu tengok suami dan anak bedal ayam masak lemak yang diri sendiri masak tu. Aku salute kamu!

Untuk aku yang jogging cumalah seminggu sekali, brisk walking kalau langit petang cerah dan strength training kalau teringat dumbbell dan sit up mana yang mampu, hasilnya mestilah tidak segempak orang yang rajin aerobic exercise.

Tapi aku masih bahagia dengan tubuh badan aku. Tak adalah nak komplen selalu, cuma bila baju terketat sikit terutama bahagian chamber, barulah sibuk nak bising. Cuma aku pastikan aku tidak terlalu gemuk dan tidak makan makanan yang berkolestrol tinggi.

Semua orang nak kurus cantik, tapi aku pilih untuk sihat. Kurus tak bermakna kau sihat. Tapi kalau kurus dan sihat, itu bonus dan memberi bahagia. ITU SEKSI!

Dan ini kelakar. Bila aku google image untuk tengok macammana bentuk badan aku jika aku lentik menawan, iaitu ketinggian 160cm dan berat 55kg, hasilnya ada yang betul, tapi yang ada aku rasa tipu. Especially dari website pencari jodoh seperti marriageagency.com. Muka dan badan gebu, tp mengaku 55kg. Macam tak seia sekata dengan images yang lain.

Korang try lah sendiri. Aku tak sempat nak copy paste dan edit dalam photoshop. Boleh juga cuba untuk diri sendiri. Caranya taip '160cm 55kg'. Kemudian google image. Lepas tu boleh pilihlah gambar mana yang relevan dengan kamu yang memberi insiprasi.

Dan aku? I don't mind. Aku berisi dan aku OK.

Nota tangan berisi: Bahagia itu subjektif.



0 comments: