Update Ramadhan amat rare sekali. Nak kata khusyuk buat ibadat tak juga. Nak kata busy at work langsung pun tidak. Nak kata duduk bertenggek kat facebook pun tak begitu. Hari-hari pergi kerja dalam bulan Ramadhan ni hanya duduk depan pc dan baca artikel-artikel yang menarik. Tapi selalu juga baca artikel tak menarik dan artikel penambah dosa, blog gossip. Tak rajin pula menjengah orang buat kerja, sebab konon tak nak terbatal puasa. Kalau dah turun ke bawah, mesti nak kena check betul-betul kerja kontraktor. Pas tu mesti penat. Pas tu mesti pesan “100 PLUS SATU, MAS!”. Blerghh.alasan.
Tapi memang banyak yang menarik pasal Ramadhan ni. Perasaan berpuasa tu sungguh indah. Soothing je rasa. Rasa lebih berdisplin je. Rasa memang diciptakan jadi khalifah dimuka bumi lah pendek kata!
Khalifah tak khalifah lah, REVIVAL tetap berjalan macam biasa. This year patah kaki sedikit. Sebab sambil revival sambil cari baju melayu Ijaz yang dikehendaki 99.9% matching color dengan ayahnya. Punyalah payah waktu tu nak mencari. Ada terjumpa kat satu tempat exactly same scheme color, tapi ada sulam-sulam pula kat leher. Aduss, tension betul. Kalau boleh nak clear plain baju melayu cekak musang. Akhirnya jumpa di Hari-Hari, itupun di lehernya masih ada jahitan ala-ala jahit jelujur. Bantai je lah, kami betul-betul dah patah kaki. Ijaz pula asyik nak berdukung sebab dah penat sangat. Siang tu sebelum keluar boleh plak carik pasal dengan aku, nangis-nangis kena marah. Dah nangis banyak mengantuk lah jadinya. Kan dah padan muka ayah kena dukung budak 17kg yang letih mengantuk di Jalan TAR. Muahaha!
Kemudian bila ada jemputan, berbukalah kami dirumah keluarga dan kawan-kawan yang menjemput. Rumah kakak sendiri, dijemput aku datang, tak jemput, aku yang menjemputkan diri datang rumah dia. Blood sisters, main aci redah je lah. Ijaz seronok bukan main pergi berbuka rumah kakak aku. Sebab nak mandi di ‘sungai pun’. HAAHAHA.Ni memang kelakar. Ni baru betul orang kampong masuk bandar. Sebut swimming pool jadi 'sungai pun'. Sebab biasa mandi-manda kat sungai di kampong husband, bila datang apartment Abang Danial, orang lain sebut swimming pool, penuh confident dia sebut ‘sungai pun’.Sangat kelakar HAHAHA!
Berbuka di rumah Pojot pun seronok, walau tak mandi swimming pool, tapi Pojot kenyangkan budak-budak ni dengan layan Boboi Boy dan entah apa lagi. Asyik khusyuk budak Ijaz dan Affan sampai tak terkacau parents masing-masing. Aku, Wazan dan Pojot borak je lah sampai “eh, pukul berapa dah ni?” Ye, lupa diri puan-puan sekalian. Kawan-kawan lama bergebang memang macam tu :)
Dan tidak pernah dilupai eksesais kegemaran rakyat 1Malaysia apalagi SHOPPING SPREE!
Duit gaji memang belum masuk, tapi Alhamdulillah, with a good planning, maka berdikit-dikitlah membeli. Mostly online shopping lah. (Refresh TEORI PRAKTIKAL MENGHALALKAN ‘BRANDED CLOTHING’S ONLINE SHOPPING disini) Tapi offline shopping pun jalan juga since bila few jobs yang kami buat dapat payment. Plus bajet untuk adik Nur dulu yang akhirnya digunakan untuk Ijaz. Sedar tak sedar baju Ijaz dah banyak. Almost 95% settle. Kasut dan sehelai jeans cikai je belum. Itu tunggu last minute shopping sebelum balik esok. Memang rezeki Ijaz kot. Tup-tup, ada pula rezeki mendatang . Sedikit masalah dengan seller few weeks back pasal baju dia ni, tapi aku redhakan je. Baju hilang dalam shipment dan tak dapat reorderlah tapi Alhamdulliah, semua berakhir dengan baik dan tuntas sekali!
Oh, syukur!
Persiapan diri pun, asalnya memang ala kadar. Sangat nak ala kadar sebab peruntukan untuk aku lebih kepada nak pergi training BEM lepas raya. Kepala ni memang focus ke PE sahaja. Baju kurung pun beli ready made yang murah-murah tak de blink-blink punya. Baju ke dua pula, sebelum puasa hari tu Umi owner pepari design hantar baju aku yang aku mintak kat dia jahit manik dahulu. Dah dekat 2 tahun, dulu nak ambil macam dah tersegan sebab lambat sangat aku claim. Tapi Alhamdulillah, umi yang baik hati masih simpan baju aku dan baju sample yang masih baru. Sebelum puasa tu tak muat sebab ukuran baju tu ukuran lama selepas beranak Ijaz. Tapi kelmarin bila aku acu cuba try test, masuklah pulak. Wow! Apa lagi, segeralah online shopping tudung. Tak cukup dengan itu, bleh lah pulak ajak wazan dan pojot menjejak kedainya di ampang. Macam-macam kerenah perempuan ni ye.
Alhamdulillah, semuanya baik-baik. Semua masih dalam circle keperluan, jadi have no regrets at all. Mood raya sudah mengaum. Mengaum pun mengaum jugak, tapi still report untuk PE masih belum buat apa pun lagi. Huzairiyah, kamu jangan main-main!





0 comments:
Post a Comment